Tuesday, 29 August 2017

Terima Sampel Diapers Kiddo

Lampin Bayi Kiddo
Terima Sampel Diapers Kiddo| Sabtu lepas, kami sekeluarga keluar untuk beli barang dapur. Biasalah bila ada anak kecik, mesti pampers mesti ada dalam senarai barang. Tengah membelek pampers ternampak satu jenama ni, Kiddo. Ehhh tak pernah nampak sebelum ni. Cuba tanya yang jaga bahagian tu, nak tengok sampel Kiddo tu. Selalunya ada letak sampel untuk kita tengok  dan belekkan. Tapi jenama ni tiada. Orang yang jaga bahagian baby tu tanya, "u punya anak pakai saiz apa?" kami pun jawablah saiz L. Terus dia bagi free sampel untuk kami cuba di rumah. Bermulalah eksperimen kinah.

Beginilah rupa lampin bayi Kiddo
Lepas je Thahirah mandi pagi semalam, kinah terus pakaikan dia Kiddo ni. Sehingga tengah hari maintain je. Padahal Thahirah banyak juga minum. Bocor pun tak de tau. Woww setanding dengan jenama Tesco Loves Baby. Cuma... Haaa ada cuma ok. Petang tu Kinah nak mandikan die ada nampak sikit gel kat buntut Thahirah. Hmm sebelum ni tak pernah pulak a gel macam tu. Ok lah yang penting takde ruam lampin semua. Kiddo ni harga dia takla mahal. Kalau tak silap kinah dalam RM27.++ lebih kurang la. Kat tempat korang kinah tak pasti ada ke tidak pampers ni. Tapi apa yang pasti kat TESCO takde ye huhu. Kalau penduduk Bukit Beruntung, Bukit Sentosa Rawang, Kiddo ni ada di Pasar Raya Grand Union tau. Ekonomi sekarang ni tak berapa cantik, mana yang pakai Mamy Poko tu boleh jadi Mamy Pokai haha. Jadi, ni jela alternatif yang ada.

6 comments:

  1. Assalamualaikum Wrmbth

    Selamat pagi dari Maznee sis kinah

    Tak pernah maznee pakai brand ni lagi

    ReplyDelete
  2. Waalaikumussalam sis mazni. Kinah pun tak pernah cuba lagi jenama ni. Ni pun sebab dapat sampel. Bagi kinah, bolehlah pampers macm ni kalo pakai siang hari. Malam bocor huhu

    ReplyDelete
  3. Brand tesco bagus ya kinah?

    Ibu tak pernah cuba

    ReplyDelete
    Replies
    1. memang bagus. Tesco Love Baby warna hijau. sepanjang kinah pakaikan pada anak, tak pernah lagi bocor tau ibu. cubalah. tebal pun tebal

      Delete
  4. Ada jenama baru ye.. Zaman skrg nie memang kena jadi pengguna yang bijak.. Huhuhu..

    ReplyDelete
  5. People such as security guards, who must remain on duty for extended lengths of time without taking a break use adult diapers.adult diapers

    ReplyDelete