CPUV~ Costa Cruise dan Eversoft Micellar Cleansing - apekinah.com

Latest

Friday, 29 September 2017

CPUV~ Costa Cruise dan Eversoft Micellar Cleansing

CPUV~Costa Cruise dan Eversoft Micellar Cleansing

Alhamdulillah, meriah betul bulan september ni. Banyak juga dapat cpuv, yang terbaru daripada Costa Cruise dan Eversoft Micellar Cleansing. Hat yang lain tu dah kredit dah. Mesti korang ingat banyak dah yang kinah dapat. Ehh takdelah banyak mana pun. 


Pada yang meinginkan satu percutian yang lain dari yang lain, apa kata percutian kali ni bercuti di atas kapal pula. Mungkin percutian kali ni memberi momen yang indah kepada korang sekeluarga. Pemilihan Costa Cruise untuk pelayaran cruise adalah satu langkah yang bijak di mana kini Costa Cruise kini sedang dalam proses mendapatkan sijil HALAL. Jadi, lepasni tiada lagi masalah tempat makan apabila menaiki cruise. Woww best tu, jadi lepasni korang semua dapat menikmati makanan-makanan yang enak dan lazat ketika belayar dan apa yang penting Halal. Untuk dapatkan maklumat lebih lanjut mengenai Costa Cruise boleh baca di sini.


Buat pengguna Eversoft, kini Eversoft menampilkan produk baru iaitu Eversoft Micellar Cleansing Water. Merupakan produk yang menjimatkan masa kepada mereka yang sibuk dengan urusan seharian. Fungsinya digabungkan bagi membersihkan wajah dan juga membersihkan make up dengan mudah. Terdapat dua jenis pembersih keluaran Eversoft iaitu Eversoft 100% Tomato Micellar Cleansing Water dan Eversoft 100% Organic Yuzu 2 in 1 cleanser dan toner. Kedua-dua produk ini boleh didapati di mana-mana pasaraya besar dan boleh juga didapati di laman web lazada. 

4 comments:

  1. Alhamdulillah & Tahniah ... Mari ler beramai-ramai klik ape yang patut ...

    ReplyDelete
    Replies
    1. hihi alhamdulillah kak hani. itupun kalau muncul iklannya.

      Delete
  2. Replies
    1. terima kasih CCL. tula baru sekarang nampak aktifnya

      Delete