Tahukah Anda Apa Itu Antioksidan?

Tahukah Anda Apa Itu Antioksidan?|Antioksidan – anda mungkin pernah dengar istilah ini di sekitar kedai makanan kesihatan di bandar ataupun perbincangan mengenai topik kesihatan dan pencegahan penyakit. Carian melalui Google menunjukkan  bahawa penggunaan istilah ini telah berkembang pesat semenjak dua dekad yang lalu, ini selaras dengan minat dalam gaya pemakanan hidup yang lebih sihat semakin meningkat. Tetapi tahukah anda apa itu antioksidan sebenarnya?

Merujuk kepada kamus, antioksidan merupakan bahan yang menghilangkan agen-agen pengoksida yang berpotensi merosakkan organisma hidup di dalam tubuh badan. Pengoksidaan di dalam tubuh manusia adalah tindak balas kimia yang menghasilkan radikal bebas yang boleh menyebabkan tindak balas rantaian yang boleh merosakkan sel.

Malah proses metabolisme atau pemprosessan oksigen yang kita ambil melalui pernafasan, atau penghasilan tenaga daripada sel-sel, boleh menghasilkan radikal bebas seperti itu. Tubuh kita adalah ciptaan Tuhan yang menakjubkan, kerana ianya juga boleh menghasilkan antioksidan yang diperlukan untuk mengatasi kerosakkan ini. Walau bagaimanapun, kandungan radikal bebas ini jauh lebih banyak daripada antioksidan yang terdapat didalam tubuh kita, terutamanya di dalam dunia yang semakin tercemar ini.

Oleh itu, untuk membantu badan kita mengekalkan keseimbangan, bekalan antioksidan luar yang berterusan diperlukan untuk membantu meneutral dan juga menghilangkan radikal bebas. Inilah sifat alam semulajadi apa yang diperlukan oleh badan kita. Antioksidan boleh didapati di kebanyakkan makanan yang berasaskan tumbuh-tumbuhan seperti buah-buahan dan sayur-sayuran. Ia juga boleh di dapati di dalam teh, dan coklat! Terdapat juga banyak jenis antioksidan yang lain, beberapa yang popular adalah vitamin (beta-Karoten), C, dan E. Anda juga mungkin pernah dengar mengenai flavanols – yang terdapat didalam coklat dan lycopene yang terdapat di dalam tomato. 


Salah satu sebab disebalik  minat terhadap jus buah-buahan dan sayur-sayuran baru-baru ini – selain daripada kelazatannya adalah jumlah antioksidan yang banyak yang boleh diperolehi daripada mereka. Ambil minuman Heartbeat daripada Juice Works, yang mengabungkan kebaikkan antioksidan yang kuat dari limau gendang, oren, lobak merah, epal dan timun.

Ia mempunyai hesperidin antioksidan daripada oren, dimana ia boleh membantu meningkatkan fungsi saluran darah dan menurunkan risiko penyakit jantung seseorang. Selain daripada antioksidan alfa dan beta-karoten, yang bain untuk kuit, paru-paru, sistem imun dan kesihatan jantung, wortel mengandungi antioksidan lutein yang penting untuk kesihatan mata

Di samping kaya dengan vitamin A dan C, limau gendang juga mempunyai antioksidan naringenin, didapati dapat membantu hati memecah lemak dan meningkatkan kepekaan sel tubuh terhadap insulin. Terdapat bukti menyatakan bahawa naringenin mungkin melindungi hati daripada kerosakkan.

Timun, mempunyai banyak antioksidan juga. Sekali lagi, selain vitamin C fan beta-karoten, ia mengandungi flavonoid seperti kaempferol, yang dapat membantu melawan kanser dan menurukan risiko penyakit kronik, termasuk penyakit jantung. Epal juga adalah kaya dengan flavonoid yang mempunyai antioksidan yang banyak. Saintis kini telah mengira kuasa antioksidan epal adalah bersamaan dengan lenih daripada 1,5000 miligram vitamin C. Jadi apa yang anda tunggu? Dapatkan secawan Heartbeat – atau mana-mana jus pilihan anda dari Juice Works hari ini - dan bantu badan anda melepaskan radikal bebas yang jahat.

P/s: Khusus untuk bulan Oktober, Juice Works telah berkerjasama dengan Face – dahulu dikenali sebagai Groupon – untuk menawarkan RM 5 Diskaun untuk setiap pembelian di Juice Works. Hanya layari www.myfave.com atau muat turun aplikasi Fave dan dapatkan kod promo untuk mendapatkan diskaun anda!**

**Tawaran ini boleh ditebus dari Oct 1 sehingga Oct 31, 2017

**Ia tidak boleh digabungkan dengan diskaun/baucar yang lain

Post a Comment

6 Comments

  1. Salah satu contoh lain anti-oksida adalah teh, tapi nak buatnya bukan senang.. kalau dah ada Jus anti-oksida, buat apa susah-susah buat teh kan...

    ReplyDelete
  2. Nice sharing! Nanti Nisha share dekat Group hihi ^__^

    Anyway, saya tag awak untuk satu GA, jemput join ya ^^
    http://hadiahbintangjatuh.blogspot.my/2017/10/october-book-giveaway-by-blog-siqahiqa.html

    ReplyDelete
  3. Terbaiklah.. sudah la sedap, berkhasiat pula tu ;)

    ReplyDelete
  4. juice works adalah kegemaran saya lah!
    terima kasih kerana berkongsi!

    ReplyDelete
  5. Thanks for the info. Surely helped!

    ReplyDelete
  6. I like juice so much. Thanks for sharing with me the promotion.

    ReplyDelete