Selamat Datang Oktober - apekinah.com

Sunday, 1 October 2017

Selamat Datang Oktober


Selamat Datang Oktober| Assalamualaikum semua. Alhamdulillah kita masih lagi diberi peluang untuk bernafas di muka bumi ni. Hari berganti hari, sedar tak sedar eh dah bulan Oktober. Sekejap je masa berlalu. Bulan Oktober ni ada dua tarikh istimewa dalam hidup kinah. Pertama hari lahir anak dara kinah, Marzaqah Thahirah. Tahun ni genap 2 tahun. Sekejap je dah besar. Rasa macam baru je keluar dari labour room huhu. Kedua pulak tarikh lahir kinah. Kami kongsi bulan yang sama. 

Bulan Oktober juga genap setahun kinah aktif semula berblog. Alhamdulillah dalam masa setahun ni ada juga rezeki datang tak disangka antaranya berkolaborasi dengan Traveloka, Zalora, PTT Outdoor, Ayam Brand dan insya Allah nanti ada satu lagi. Sekarang ni kinah tengah draf entri tu. Nanti bila sampai masanya kinah akan publish entri tu. 

Selain dapat job, ada juga kinah join giveaway, segmen yang dianjurkan oleh blogger dan ada juga daripada Lazada. Ada menang, ada tak biasalah kalah menang tu adat ber contest. Ehh tak pela. Apa yang penting kita support sesama blogger. Apa-apa pun selamat menyambut bulan baru, semoga bulan ni akan menjadi lebih baik daripada bulan lepas dan di permudahkan semua urusan korang ye. 

5 comments:

  1. InsyaAllah teruskan Kin... moga mendapat manfaat dalam dunia blog...

    ReplyDelete
  2. Selamat datang Oktober. Semoga bertambah-tambah rezeki kina ;)

    ReplyDelete
  3. sekejap dah bulan oktober...

    ReplyDelete
  4. Ada 3 bulan je lagi sebelum 2017 habis..

    ReplyDelete
  5. baru setahun? alhamdulillah...
    aida da 7-8 thn :)

    ReplyDelete