Review Novel ~ Miss Cleaner Undercover By Fateen Najwa

Review Novel ~ Miss Cleaner Undercover By Fateen Najwa| Lama betul nak habiskan novel ni. Bajet nak habiskan hujung bulan Oktober, tapi tengoklah dah November baru settel semua. Biasalah ada je sibuknya. Selalunya kinah akan baca novel pada waktu malam lepas Thahirah tidur. Kalu baca siang, gayanya memang tak terbacala sebab banyak kerja yang menanti, belum lagi dengan Thahirah ajak main masak-masak hihi.

Review Novel ~ Miss Cleaner Undercover By Fateen Najwa

Review Novel ~ Miss Cleaner Undercover
Review Novel ~ Miss Cleaner Undercover By Fateen Najwa
Miss Cleaner Undercover ini agak berbeza dengan novel cinta yang lain. Antara tugas dan cinta, Khaira Wilda terpaksa memilih salah satu darinya. Kisahnya bermula apabila Khaira Wilda dihantar bertugas ke Kuching, Sarawak bagi melindungi keluarga orang ternama iaitu Tan Sri Anwar Karim El-Zahri yang sering menerima ugutan bunuh daripada individu yang tidak dikenalinya. Jadi, sebagai langkah berjaga-jaga Tan Sri Anwar meminta perlindungan daripada pihak berkuasa. Bagi menjayakan misi tersebut, Khaira Wilda terpaksa menyamar sebagai tukang sapu di syarikat Tan Sri. Di sinilah kisah cinta antara Khaira Wilda dan Hayden Danial bermula. Selain Hayden Danial, Hakimi yang juga rakan sekerja Khaira Wilda turut menaruh hati kepadanya. Hakimi pula ditugaskan bagi melindungi Tan Sri sepanjang masa walau di mana beliau berada.

Demi menjaga keselamatan keluarga Tan Sri, Khaira Wilda dan Hakimi terpaksa menyamar sebagai suami isteri dan ditempatkan di sebuah apartmen berhadapan rumah Tan Sri tanpa pengetahuan Hayden Danial. Percintaan Khaira Wilda dan Hayden Danial terputus akibat salah faham apabila Nelly, merupakan bekas pembantu Hayden Danial telah menceritakan bahawa Hakimi dan Khaira Wilda adalah suami isteri. Hayden Danial begitu kecewa dengan berita tersebut sehingga bertindak memutuskan hubungannya dengan Khaira Wilda. Selama ni, Hayden Danial cuma kenal Khaira Wilda adalah tukang sapu saja. Selepas rahsia itu terbongkar, Hayden Danial rasa tertipu dan menghilangkan diri beberapa hari untuk mencari ketenangan. Ketika perkara ini berlaku, Khaira Wilda berada di Kuala Lumpur kerana sedang bercuti. 

Apabila pulang ke Kuching, Khaira Wilda begitu hairan akan perubahan Hayden Danial yang langsung tidak endahkannya. Khaira Wilda begitu kecewa dan membuat keputusan tidak mahu bercinta lagi. Kejadian kes culik yang menimpa Puan Sri Zainon telah merapatkan semula jurang di antara Hayden Danial dan Khaira Wilda. Hayden Danial telah mengetahui cerita yang sebenarnya daripada ibunya. Jadi, Hayden Danial mula mendekati Khaira Wilda semula. Sepanjang hubungan Khaira Wilda dan Hayden Danial terputus, Hakimi pula mencuba nasib.

Hayden Danial dan Hakimi sentiasa bersaing untuk menawan hati Khaira Wilda. Siapakah di antara mereka yang berjaya? Bagaimana dengan ugutan bunuh tu terhadap Tan Sri? Kalau nak tahu cerita sepenuhnya kenalah baca novel ni dulu. Sebenarnya banyak lagi perkara yang berlaku, tapi kinah tak boleh nak cerita sampai habis. Nanti tak seronok la pulak. 



19 comments:

  1. Mesti ada lawak-lawak kan novel ini..

    ReplyDelete
  2. cantiknya kulit dia! macam best je ni

    ReplyDelete
  3. wow, nama watak best la, Khaira Wilda dan Hayden Danial... mesti ramai peminat novel tegar berminat nak membaca novel ni...

    ReplyDelete
  4. Kalau cerita novel atau drama, tukang sapu pun mesti ramai yang rebutkan. Handsome2 lak tu. Hehehe!

    ReplyDelete
  5. Macam syok novel ni.. boleh la deeba cari dan beli novel ni.. lagipun lama xmembeli novel ni sejak ada baby.. hehe.. rasa teringin pulak nak feeling2 baca novel..

    ReplyDelete
  6. Saya suka membaca novel-novel misteri karangan Sidney Sheldon dan seram di bawah label Buku Prima. Memang best kan membaca nie.

    ReplyDelete
  7. Suka citer yang santai macam ni..okey masuk wishlist..ada masa kang kak terjah kedai buku

    ReplyDelete
  8. I like the opening of the story . Jalan cerita novel ni ok jugak tak membosankan

    ReplyDelete
  9. Wow bagus lah orang rajin membaca novel ni kita boleh tengok dari gaya penulisan kat blog mereka nampak lebih kemas dan tersusun dengan. Kita malas membaca tu yang tulis carca marba hehehehe..

    ReplyDelete
  10. Lama x buat review buku... ada banyak buku dekat atas meja nie...

    ReplyDelete
  11. Looks like it is an interesting novel. I will buy 1 to read out the whole story.

    ReplyDelete
  12. mcm best je ni....akk xsmpat baca novel skrg. Kalau keluar kt tv boleh juga tgk ni

    ReplyDelete
  13. menarik juga jalan cerita novel ni

    www.maisarahsidi.com

    ReplyDelete
  14. Dulu mmg rajin baca novel, penuh almari gan novel, lps pindah dan bagi org..terus dah tak beli lagi.

    ReplyDelete
  15. Memang salute untuk korang yang suka baca novel. pernah sekali jer dulu baca..nak abeskan tuh memang seksa.haha. tapi best jgk sebenarnya..

    ReplyDelete
  16. I like the plot, macam best jer, maybe I.should start my reading habit again.

    ReplyDelete
  17. Syoknya! KAlau buat filem mesti best ni kan..

    ReplyDelete
  18. Wah ada novel baru yer, dah lama juga tak melayan novel since ada anak-anak ni

    ReplyDelete
  19. Macam menarik lah plot dia. Rasanya tak lama ni, esok-esok keluar la jadi drama kat tv hihi

    ReplyDelete