Aktiviti Petang Thahirah

Aktiviti Petang Thahirah| Bila ada kelapangan memang kitorang akan bawak Thahirah pergi ke taman permainan. Selalunya kitorang bawak dia ke Taman Awam Kuala Kubu Bharu. Bukannya tak ada taman permainan kat kawasan rumah ni, ada tapi tak banyak mainan tak macam dekat Taman Awam Kuala Kubu Bharu. Selain dia main, dapat jugak dia kawan kat situ hehehe. Tapi nak pergi main kat sini kena la pergi lepas Asar sebab kalau lewat sampai nyamuk pun mulalah dengan aktiviti dia.

Aktiviti Petang Thahirah
Seronok tengok dia main, mula-mula je takut nak main sekarang dah expert dah. Tempat tinggi pun dia dah main tapi dalam pemantauan ayahnya la. Thahirah ni kekadang ikut mood dia jugak tau. Kalau dia nak main permainan dia akan main kalau tak dia ajak kita jalan-jalan di track jogging.

Aktiviti Petang Thahirah
Baru-baru ni ada juga bawak dia main di Taman Botani Perdana, kat situ lagi banyak tempat dia boleh explore, permainan pun banyak, macam biasa bila dia boring dengan permainan tu dia ajak pusing kat situ. Rasa lebih selamat lepaskan dia main dekat area ni. Sambil jalan di track jogging jumpa burung tengah makan.

Aktiviti Petang Thahirah
Bagus juga sebenarnya aktiviti macam ni, selain dapat mengisi masa lapang, dapat juga kita bersenam sambil melihat keindahan alam semula jadi. Siapa yang ada dekat Kuala Lumpur dan tak tahu nak bawak anak main dekat mana bawa je kat Taman Botani Perdana ni. 

4 comments:

  1. Seronok bawa anak jalan jalan pergi taman kan

    dapat nampak senyum manja mereka

    bahagia

    ReplyDelete
  2. Bestnya dia dapat jalan-jalan kat taman mengenal dunia

    ReplyDelete
  3. bawa p taman pun dah kira seronok sgt utk budak2 =D

    ReplyDelete
  4. Bagus bawak anak keluar. Kadang-kadang duduk rumah je, tak nampak dunia luar kan.

    ReplyDelete