Friday, 8 December 2017

Jonlivia Active Hotpants S5+

Jonlivia Active Hotpants S5+| Assalamualaikum semua, sejak duduk rumah dan jadi suri rumah sepenuh masa ni berat kinah makin lama makin naik kalau turun pun alahai sekilo je. Tak boleh jadi ni asyik ternak lemak je, nampaknya dah tiba masanya kena jalankan satu misi untuk menurunkan berat badan secara konsisten. Sepertimana yang kita tahu, di pasaran sekarang ada pelbagai ubat dan supplemen untuk menurunkan berat badan namun begitu perlu ke bergantung dengan ubatan tanpa sebarang senaman? Hmm, walau apa pun senaman perlu juga ye untuk meningkatkan stamina kita tu. Bila nak bersenam kena ada pakaian yang sesuai untuk bersenam barulah ada semangat kan kan. Bagi membantu menjayakan misi ni, kinah  telah mencuba satu seluar hotpants iaitu Jonlivia Active Hotpants S5+ yang dapat membantu mengurangkan berat badan terutama di bahagian kaki  ni.

Jonlivia Active Hotpants S5+
Jonlivia Active Hotpants S5+ 

Kalau korang nak tahu, kinah tak pernah lagi mencuba mana-mana hotpants lagi tau. Ni kali pertama. Bila dah cuba yang ni terus jatuh cinta dan tak pandang lain dah sebabnya seluar hotpants dari Jonlivia ni memang kena sangat dengan saiz kinah. Kinah ni kalau korang nak tahu besar dibahagian bawah, jadi agak sukar nak cari saiz yang sesuai dengan kinah. Alhamdulillah Jonlivia Active Hotpants S5+ ni betul-betul ngam dengan kinah. Jadi korang tak payah risau la kalau korang saiz besar memang ada saiz punya.

Jonlivia Active Hotpants S5+
Jonlivia Active Hotpants S5+ 
Tentang Jonlivia Active Hotpants S5+
Kalau korang nak tahu, Jonlivia Active Hotpants S5+ ni menggunakan material yang bermutu tinggi iaitu 100% Genuine Neoprene yang dapat memberi keselesaan kepada si pemakai disamping dapat membantu membakar lemak yang bersarang di dalam badan kita. Untuk pengetahuan korang juga, hotpants ini terdiri daripada 4 lapisan fabrik iaitu  External Fabric, High Performance Neoheat Fabric, Internal Fabric (Absorption and Comfort) Special Airy Fabric (For Discharge).

Hotpants Bakar Lemak
Jonlivia Active Hotpants S5+ 
Bila pakai hotpants ni korang akan rasa lebih selesa seakan-akan pakai bengkung sebab ianya boleh ditarik sehingga ke perut. Jadi, bila kita buat aktiviti, bahagian pinggang tak akan mudah bergulung. Kebiasaanya, masalah ni berlaku bila perut kita buncit. Jadi dengan Jonlivia Hotpants ni masalah tu tidak akan berlaku. So, gunakannya tanpa was-was.

Menarik lagi dengan Jonlivia Active Hotpants S5+ ni, terdapat poket kecil di bahagian pinggang di sebelah dalam. Jadi mudahlah korang nak simpan kunci ke apa bila bersenam di taman. Bagusnya Jonlivia ni.

Jonlivia Active Hotpants S5+, Hotpants bakar lemak
Jonlivia Active Hotpants S5+ 

Dari segi penjagaan pula, ada pantang larangnya tau. Jangan sesekali korang cuci guna mesin pulak ye. Bila cuci guna mesin, akan merosakkan struktur materialnya. Jadi, nak hotpants kesayangan korang tahan lama cukup celup dalam air sabun dan lalukan dengan air kemudian sidai di tempat yang teduh. Macam tu je cara jaganya. Tak susah mana pun.

Siapa yang Sesuai Memakai Jonlivia Active Hotpants S+
Semua orang boleh pakai hotpants ni tau. Tak kisah la lelaki ke perempuan semua boleh pakai. Cuma untuk wanita hamil dan ibu yang sedang berpantang tidak digalakkan memakai hotpants ni. Lepas pantang nanti pakaila ye. Kemudian, wanita yang sedang haid tidak digalakkan memakai hotpants ni lebih daripada 3 jam dan pesakit yang baru saja menjalani pembedahan di bahagian perut pun tak digalakkan.

Pengalaman Menggunakan Jonlivia Active Hotpants S+

Jonlivia Active Hotpants S5+, Hotpants Bakar Lemak
Jonlivia Active Hotpants S5+
Hampir sebulan kot kinah cuba hotpants ni, ternyata memang rugi kinah tak cuba awal-awal dulu. Hotpants ni best sangat. Bila guna hotpants ni seolah-olah kita bersauna, peluh tu tak usah cakapla habis basah underwear. Nak kata workout sangat pun tak cuma buat senaman biasa je sambil dengar lagu kpop. Walaupun dalamnya basah, tapi kinah langsung tak rasa basah disebabkan fabrik 4 lapisan tu tadi. Kinah memang puas hati sangat dengan hotpants ni. Korang patut cuba tau. Macam mana? Teruja nak mencuba hotpants dari Jonlivia? Korang boleh order di website Jonlivia.

Untuk Maklumat Lanjut

Website: www.jonlivia.com

8 comments:

  1. Assalamualaikum. Tahniah kerana anda telah terpilih sebagai salah seorang pemenang SPM Fever Giveaway! Untuk makluman lanjut dan cara untuk menuntut hadiah anda, sila klik pautan di bawah. Terima kasih.

    http://www.zukidin.com/2017/12/senarai-pemenang-spm-fever-giveaway.html

    ReplyDelete
  2. Wahh bagus nya jonlivia hotpants. Ada saiz besar xxxl x? Klauvada ika nk try beli.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Itu kena tengok ukuran berapa. Kat website ada guide saiz mana yang kita patut ambil mengikut ukuran badan kita

      Delete
  3. Bestnya jonlivia hotpants ni. Agak-agak kalau pakai boleh kecikkan paha tak... hehe..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Pakai dan rajin workout tak mustahil kak fiza. Hehe

      Delete
  4. Seluar Jonlivia Activ Series ni memang best. Ruby pun selalu guna untuk jadikan ia sebagai korset dekat perut. Hehehehe. Rasa slim.

    ReplyDelete
  5. Nampak ringan juga ju tgk fabrik dia ni =D

    ReplyDelete