Review Novel ~ Awak Jealous Ye? By Piqah Yusof

Awak Jealous Ye? By Piqah Yusof | Novel ni kinah pinjam dari adik. Pinjam dah lama kot dalam bulan Oktober lepas. Hari ni baru ada kesempatan nak review novel Awak Jelaous Ye? by Piqah Yusof ni.

Awak Jealous Ye? By Piqah Yusof
Kehidupan Balqis pada mulanya sangat bahagia walaupun keluarganya orang susah. Namun, hidupnya berubah apabila ibu dan ayahnya meninggal dunia dalam kemalangan. Tinggallah Balqis keseorangan. Keputusan Balqis untuk tinggal di Kuala Lumpur bersama Mak Long yang bekerja sebagai pembantu rumah Dato' Mahfuz telah merubah segalanya.

Perkenalan antara Balqis dan Faiz iaitu anak sulung Dato' Mahfuz bermula apabila Faiz diminta oleh ibunya Datin Rukiah untuk menjemput Balqis di stesen bas. Pada mulanya Faiz enggan menjemput Balqis kerana tidak kenal dan sibuk dengan kerja tetapi setelah didesak oleh ibunya, Faiz pun beralah. Berang kerana terlalu lama mencari dan menunggu Balqis akhirnya mereka bertemu juga. Dari situ bermulalah perang dingin antara mereka.

Perang dingin mereka bertukar menjadi lebih dasyat apabila Balqis telah membuang kertas kerja Faiz di atas meja kerjanya. Kertas kerja tersebut perlu dibentang dalam masa terdekat dan tambahan pula projek tersebut adalah projek daripada sahabat lama Dato' Mahfuz. Pelbagai cara dilakukan oleh Balqis untuk mendapatkan kemaafan daripada Faiz tapi semuanya gagal.

Kehadiran Balqis dalam kehidupan Faiz telah banyak merubah Faiz. Kalau dahulu Faiz ni kaki perepuan dan kelab lepas berjumpa Balqis semuanya itu berubah. Walaupun begitu, kadang kala sikap keras kepala dan ego tu tetap ada dalam diri Faiz berbeza pula dengan Luqman iaitu adik Faiz yang jauh beza sikapnya dengan Faiz telah membuatkan hubungan antara Luqman dan Balqis akrab. Secara tak langsung telah menghidupkan api cemburu Faiz.

Rasanya siapakah pilihan hati Balqis? Adakah Faiz atau pun Luqman? Kenalah baca baru tahu endingnya.

Review Kinah
Mula-mula baca novel ni rasa macam menarik sangat jalan penceritaannya. Pandai penulis memainkan emosi dan perasaan pembaca di awal penceritaan. Kinah baca pun ambil masa tak lama pun dalam 3 ke 4 hari biasalah malam je pun ada lapang. Cuma ada part yang kinah perasan penulis tersilap tulis nama watak dan tempat. Pada mulanya hotel ni kemudian tetiba keluar pula hotel lain. Ikut positif kinah mungkin tempat event tu dah berubah cuma tak mention je. So far itu je la kinah nak komen. Overall memang best dan terhibur dengan novel ni. Jadi kinah bagi 4 **** la ye. 

5 comments:

  1. haha what a novel title by asking that! haha

    ReplyDelete
  2. Tajuk novel too general hihi. Tapi sinopsis okay jugak laa. hehe. Dah laama oii KinKin tak baca novel2 ni.

    ReplyDelete
  3. Dah lama tak baca novel ni , baca tajuk & jalan cerita macam best

    ReplyDelete
  4. Bagusnya rajin baca novel, akak lama dah tinggal novel2 ni, makik berusia makin kurang baca novel, atau tgk tv hahaha, sibuk dgn anak2.

    yanmieonline.com

    ReplyDelete