Cabel Car di Gunung Matcincang Langkawi

Cabel Car di Gunung Matcincang Langkawi | Susulan berlakunya masalah teknikal Cabel Car Skyway beberapa hari yang lepas di Gunung Machinchang hampir seribu pengunjung termasuk krew terkandas di sana. Kali pertama perkara seperti ni berlaku di negara kita. Kinah pernah naik sekali cable car ni tahun bila tu tak pasti, pergi dengan makcik ikut trip. Masa naik tu dup dap dup dap berdebar takut perkara yang tak diingini terjadi. Syukurlah pada masa tu tak jadi apa-apa. Gayat? Tak usah cakapla. Ketor kaki bila turun di stesen pertama tu. Bila dalam gondola tu, tengok je bawah pening terus sebab di bawah tu hutan je. Jadi, korang yang gayat dan teringin nak naik tu tak payah la nak tengok bawah ye.


Cabel Car di Gunung Matcincang Langkawi

Cabel Car di Gunung Matcincang Langkawi

Mungkin lepasni ada yang fobia nak naik cabel car kan. Terpulang pada masing-masing. Lagipun sebelum ni tak pernah lagi jadi macam ni. Perkara dah nak jadi kan. Sejujurnya, bila dalam cabel car tu, kita dapat menyaksikan panorama yang indah di Langkawi. Untuk pengetahuan korang, cabel car mula dibuka kepada umum pada 27 Februari 2005 bagi memudahkan pengunjung tiba ke puncak gunung yang tingginya kira-kira 713 meter. Kira-kira dah nak 13 tahun dah ye cabel car ni beroperasi. Kalau ada anak ni dah Tingkatan 1 dah hihi. 

Berbalik semula cerita tentang cabel car, masa mula-mula dulu, cabel car ni dikendalikan oleh Langkawi Cable Car tapi sekarang ni diurus dan diselenggarakan oleh oleh anak syarikat milik penuh Syarikat Prasarana Negara Berhad. Panjang keseluruhan kereta kabel ni ialah 919.5 meter. Panjang tuu dan telah mencipta Malaysia Book of  Records.

APA YANG MENARIK DI SINI
Di puncak Gunung Matchincang ni, terdapat pelantar tinjau dan dari situ juga korang akan dapat menyaksikan keindahan dan akan terpukau dengan pemandangan Lautan Hindi dan juga Laut Andaman yang terbentang luas. Daripada pelantar ni juga, korang akan nampak dengan lebih jelas pulau-pulau yang terdapat di Selatan Thailand. 


TITIAN GANTUNG BENGKOK (CROOKED HANGING BRIDGE)

Cabel Car di Gunung Matcincang Langkawi

Pengunjung juga dapat melihat titian gantung bengkok (Crooked Hanging Bridge) sepanjang 125 meter. Titian Gantung ini siap dibina pada tahun 2004. Kalau korang nak tahu titian ni tergantung setinggi 82 meter dari tiang tunggal. Jarak dari tanah puncak pula adalah 100 meter. Cuba korang perhatikan titian ni, nampak unik sangat rekaannya kan. Nampak macam tergantung tetapi sebenarnya ianya dipaut oleh tali-tali yang diikat kemas oleh sebatang tiang penahan.

ORIENTAL VILLAGE

Cabel Car di Gunung Matcincang Langkawi

Terdapat 30 buah rumah mengikut pelbagai budaya yang terdapat di seluruh dunia di tapak Oriental Village ni.y Antaranya rumah gaya Jepun, yang mana korang berpeluang untuk mengenakan pakaian tradisi Jepun iaitu Kimono, makan sushi dan banyak lagi mengenai budaya Jepun. Selain itu, panorama seakan-akan geisha di kak Gunung Fuji turut dibina bagi melahirkan rasa-rasa santai. Dihadapannya pula, terdapat tasik yang penuh dengan bunga teratai dan jambatan lengkung seperti di Jepun. Menarikkan. Nak tahu lagi rumah apa yang ada kat sini, korang kena la plan bercuti kat sini.

TELAGA TUJUH

Cabel Car di Gunung Matcincang Langkawi

Bila korang naik kereta kabel, korang akan dapat menyaksikan tujuh buah air terjun di kaki bukit. Airnya yang putih jernih mengalir bertingkat-tingkat.


Gambar di atas ni kalau korang guna jalan bawah. Kinah dah sampai sini. Kalau korang nak tahu punya la nak tengok apa yang ada di Telaga Tujuh ni, tengah mengandungkan Thahirah masa tu nak juga naik. Geleng kepala suami melayan peel bini dia ni. Walaupun penat naik tangga yang disediakan, kita boleh je berehat. Ada je bangku kat tepi tu kalau nak rehat hihi. Alhamdulillah kinah selamat naik dan turun. 


Korang yang ada plan nak ke Langkawi pada musim cuti sekolah nanti bolehlah nak survey tempat yang menarik di Langkawi untuk dilawati di jomjalan.com. Di sana ada banyak perkongsian tempat yang best di Langkawi tau. Selamat Bercuti.

pss: Alang-alang dah sampai Langkawi, naiklah cabel car.  Rugi tau. Kalau korang nak tahu lebih lanjut lagi mengenai Cabel Car, harga dan sebagainya bolehlah rujuk di sini 

Post a Comment

8 Comments

  1. akk dh 2kali naik sini...mmg best dan terasa nak naik lagi sbb suka tengok pemandangan kat atas tu...tgk laut tgk alam

    ReplyDelete
  2. Yezza... Pasti ramai yang fobia nak naik lepas insiden tu terjadi.. Tapi bagi LeYa tuh semua kan kuasa Allah... Masa naik tu banyak2 kan zikir sambil menikmati panorama indah.. tu kan lebih baik.. Tak silap LeYa, dah 4 kali juga naik..hehehe..

    ReplyDelete
  3. dulu mai langkawi tak siap lagi titian gantung ne.

    ReplyDelete
  4. busyra penah naik kesini.. best.. hehe. tinggi

    ReplyDelete
  5. Teringin naik cable car tuh tp bila umur makin meningkat makin gayat plak naik tempat tinggi

    ReplyDelete
  6. Kak ana dh 3 kali nail cable car tu. Tp rasanya lps ni mcm takut plak. Hehe.

    ReplyDelete
  7. bila dah jadi macam ni ,
    baru semua orang akan berfikir tentang keselamatan
    dan natijah jika lah nauzubillah berlaku

    ReplyDelete
  8. AS dah 3 kali naik cable car ni. Best! Sejuk je.
    Tp baru-baru ni kan ade kes cable car terkandas kan? Rasa seram lah pulak, takut pun ada.

    ReplyDelete