Makan Malam Di Restoran Sakura Cabin Batang Kali - apekinah.com

Friday, 23 March 2018

Makan Malam Di Restoran Sakura Cabin Batang Kali

Makan Malam Di Restoran Sakura Cabin Batang Kali| Malam kelmarin ayahnya bermurah hati belanja kami makan di luar. Alhamdulillah moga murah rezeki ayahnya. Sebenarnya dah lama dah nampak restoran ni. Cuma nak singgah tu belum ada kesempatan lagi.

Makan Malam Di Restoran Sakura Cabin Batang Kali

Tengok dari luar nampak macam best je sebab kereta sentiasa penuh di restoran ni. Tapi semalam takde la ramai sangat orang mungkin sebab baru lepas hujan petang tu.Sampai-sampai je, kami terus cari meja yang sesuai. Kinah pilih meja bulat dan uniknya meja dan kerusi ni dibuat daripada tong drum.
Oh ye, menu kat sini pun best-best tau. Korang pilih je nak makan apa. Steamboat, makan bakar-bakar, goreng-goreng, ayam penyet dan macam-macam lagi. Kitorang pulak pilih ikan pari bakar, kailan ikan masin, telur bistik. Makan itu pun dah kenyang. Satu lagi spesial makan kat sini nasi tu nasi bakar. Haaa sungguh nasi bakar. Diorang bungkus nasi tu dengan daun pisang. Macam mana rasa ye nasi bakar tu? Haa itu korang kena cuba sendiri baru tahu macam mana rasanya.

Sementara tunggu order siap, kitorang selfie, welfie dulu hihi. Meh kinah belanja gambar kitorang di Restoran Sakura Cabin.
Ikan Pari Bakar
Hidangan utama yang kami pilih ialah ikan pari bakar. Sedap tau ikan pari bakar ni. Rasa macam tak cukup pulak haha. Memang sedap dan korang patut cuba.
Kalau korang nak tahu, ni la nasi bakar.  Lain sangat rasa nasi bakar ni dan korang jangan risau nasi bakar ni nampak je sikit tapi sebenarnya banyak jugak. Memang puas makan. Kalau korang tengah plan nak makan kat mana bolehlah singgah ke Restoran Sakura Cabin di Batang Kali. Restoran ni tepi jalan je. 

8 comments:

  1. ambient dia nampak menarik tu..dan yg pasti bila suasana cantik, makanan sedap.perut pun kenyang kan Kinah

    ReplyDelete
  2. Menariknya restoran ni kina. Tempat duduk dr tong drum lagi. Makanan semua nampak sedap. Nasi bakar tu pun unik.

    ReplyDelete
  3. hi. jmput la join n meriahkan segmen GA kt sini

    http://www.raydahalhabsyi.com/2018/02/wonderful-march-giveaway-by-raydah.html

    ReplyDelete
  4. Wow..lampu2 cntik..unik...nasi bakar? Xpernah rasa lagi tuu

    ReplyDelete
  5. Assalamualaikum dan salam isnin dari saya. Boleh tahan mewah makan di cabin tu ya. Hiasan dalaman memang umph

    ReplyDelete
  6. Ikan pari bakar tu nampak sedap lah puan.

    ReplyDelete
  7. Wahhh sakura...akk igt menu Japanese hehe..unik lah..ehh tong drum tu kan...kreatifnya

    ReplyDelete