Review Novel ~ Abang King Control

Review Novel ~ Abang King Control | Akhirnya tamat juga baca novel Abang King Control. Gigih membacanya bila ada masa lapang. Jalan cerita yang menarik dan teratur membuatkan kita tak sabar nak tahu apa yang jadi sebenarnya. Novel Abang King Control karya Imanisa Riana terbitan Gede Book. Boleh tahan tebal juga novel ni ada 735 muka surat. 

Review Novel ~ Abang King Control

Novel Abang King Control
Novel Abang King Control mengisahkan kisah suka duka dalam rumah tangga di antara Razif dan Irdina. Takdir telah menemukan mereka berdua. Siapa sangka kerana berebutkan tempat letak kereta dan berbalas nota antara satu sama lain, Razif dan Irdina bermusuh. Setelah enam tahun berlalu, mereka ditemukan sekali lagi. Tapi kali ni sebagai jiran. Kecik betul dunia ni. Pertemuan demi pertemuan bukan mengundang bibit-bibit cinta antara mereka tetapi hanyalah rasa benci yang semakin mendalam.

Namun begitu, manusia hanya mampu merancang, Tuhan yang menentukan. Oleh kerana berlaku salah faham yang kecil oleh ibu Razif, iaitu Puan Sopiah, Puan Sopiah nekad untuk satukan Irdina dan juga Razif. Mereka disatukan ibarat kahwin ekspress. Setelah disatukan, mereka terpaksa pula berkampung di pusat pemindahan banjir sehari selepas berkahwin. Tragis betul kisah mereka berdua ni.

Kata orang, bercinta selepas berkahwin lebih membahagiakan. Memang Irdina bahagia. Pada zahirnya mereka berdua kelihatan bahagia tapi dalam hati Irdina tiada siapa yang tahu. Kehidupan Irdina dikawal oleh suaminya. Kebebasan Irdina disekat, tidak boleh memandu, terpaksa berhenti kerja, tak boleh pakai berwarna pink, semua sosial media dikawal oleh Razif. Uisshhh memang parah macam ni. Kesian Irdina hidupnya terkongkong. Irdina hanya boleh berkawan dengan dua kawan baiknya sahaja, Balkis dan Laila.

Bagi Razif, semua yang dibuatnya adalah untuk kebaikan Irdina. Walaupun berpuluh nasihat diberi, tetapi boleh diibarat masuk telinga kanan keluar telinga kiri. Makin lama kawalan Razif makin ketat. Agak-agak korang la, sampai bilalah Irdina akan bertahan dengan sikap Razif ni? Rasanya Razif akan berubah tak? Kalau nak tahu kisah cinta mereka korang kena dapatkan Abang King Control. 

3 comments:

  1. Zumal belum khatam lagi novel ni, baru baca 10 muka jer...

    ReplyDelete
  2. Sha tak baca lagi novel nie..cam menarik lak baca review kinah nie..

    ReplyDelete