Jakel Barulah Raya Di Jakel Shah Alam

Jakel Barulah Raya Di Jakel Shah Alam | Ahad lepas kinah berkesempatan ke Wisma Jakel Shah Alam yang mana menjadi destinasi ke 2 untuk Jakel Barulah Raya pada tahun ni. Seperti pada tahun sebelumnya, sekali lagi Jakel  Trading Sdn. Bhd menampilkan selebriti duta raya Jakel kepada pengunjung di Shah Alam bagi mempromosikan koleksi pakaian raya.
Jakel Barulah Raya Di Jakel Shah Alam
Credit to: Dboy studio
Majlis yang berkonsepkan sembang santai menampilkan Duta Raya pada tahun ni, Nabil Ahmad, Awal Ashaari, Scha Al Yahya dan Lara Alana (Schawalara), Hanis Zalikha, Hairul Azreen dan Yusuf Iskandar, serta Harith Iskandar dan tidak dilupakan watak animasi kegemaran anak-anak kita, Upin dan Ipin.


Dalam ramai-ramai Duta Raya Jakel tu, sempat juga la kinahr bergambar dengan Nabil hihi..

Jakel Barulah Raya Di Jakel Shah Alam
Credit to: Bonde Zaidalifah
Menurut Tuan Hj. Mohamed Izani bin. Mohamed Jakel iaitu Pengarah Urusan Jakel Shah Alam, Kempen Jakel Barulah Raya tahun ini adalah satu aktiviti wajib dalam kalendar promosi Jakel bagi memasarkan produk pakaian raya di antara Duta Raya Jakel bersama para pelanggan.  

Jakel Barulah Raya
Selain bertemu pelanggan Jakel, majlis turut dimeriahkan lagi dengan sesi lelongan jualan 'Happy Hour' untuk koleksi pakaian raya di mana setiap duta akan mempromosi dan menjual koleksi pakaian raya mereka dengan harga runtuh pelanggan Jakel. Jakel Shah Alam, turut menghangatkan lagi kempen jualan hari raya pada hari tu dengan memberikan 1000 baju melayu percuma kepada pelanggan terawal  saja dan pelanggan yang membeli baju melayu akan  menerima kain kain ela bercorak dengan percuma.

Jakel Barulah Raya Di Jakel Shah Alam
Harith Iskandar tengah lelong koleksi pakaian raya beliau
Jakel Barulah Raya Di Jakel Shah Alam

Untungnya mereka yang dapat free tu siapa yang tak nak kan?...... 

Kain Samping Benang
Jakel sentiasa menampilkan sesuatu yang unik dan memberikan kelainan pada setiap tahun agar pelanggan dapat merasai kemeriahan menyambut musim lebaran. Sememangnya kain samping begitu sinonim bersama baju Melayu kerana ianya melengkapkan lagi gaya sang arjuna.

Sebagai trandsetter fabrik, Jakel tidak terkecuali untuk menghasilkan sesuatu yang lebih kreatif bagi memenuhi citarasa pelanggan. Kain Sampin Benang lebih berkonsepkan santai dan mudah untuk digayakan di samping mengekalkan ciri eksklusif yang hanya boleh didapati di Jakel sahaja. Elemen keselesaan juga diberikan untuk pemakaian kain samping benang ini kerana ianya boleh dipakai sepanjang masa. Didatangkan dengan pelbagai pilihan warna yang boleh disuai padankan bersama koleksi baju Melayu.

Koleksi Baju Melayu
Jakel Barulah Raya Di Jakel Shah Alam
 Credit to: Jakel
Koleksi Baju Melayu Aaron Aziz  direka khas dan khusus dengan memberikan kemasan pada bahagian leher, poket dan keselesaan. Keistimewaan Koleksi Aaron Aziz pada tahun 2018 ni koleksi yang sememangnya berbeza dari segi penggunaan fabrik dan warna. Antara warna-warna yang dijangkakan bakal menjadi pilihan pada tahun ini ialah warna hijau burung merak ataupun dikenali dengan warna teal green.
Jakel Barulah Raya Di Jakel Shah Alam
 Credit to: Jakel
Baju Melayu Nabil Ahmad pula berkonsepkan moden kontemporari yang menekankan kekemasan pada leher dan poket termasuk potongan slim-fit yang digemari ramai. Baju-baju ini ditawarkan dengan harga yang berbeza mengikut pada rekaan dan kualiti. Warna yang bakal menjadi perhatian pada tahun ni ialah maroon ataupun warna merah hati.
Jakel Barulah Raya Di Jakel Shah Alam
 Credit to: Jakel
Selain itu, Baju Melayu Awal Ashaari berpotongan moden kontemporari pada bahagian poket hadapan baju dan mempunyai label AA turut memeriahkan lagi kempen jualan raya pada tahun ni. Tahun ni, koleksi Awal Ashaari lebih memfokuskan kepada warna dan kualiti kain untuk membantu jejaka beraya dengan penuh keyakinan. Warna yang dijangka bakal mendapat sambutan ialah navy blue.

Jakel Barulah Raya Di Jakel Shah Alam
Credit to: Fb Page Jakel  Shah Alam
Bagi mereka yang 'plus size' usah risau, korang boleh dapatkan koleksi Harith Iskandar. Warna yang dijangka menjadi pilihan ialah yellow buttercup.

Sebut pasal harga tak payahlah korang risau, harga yang ditawarkan oleh Jakel amat berpatutan iaitu serendah RM89.00 dan lebih menarik lagi, pelanggan akan diberikan sehelai kain samping secara percuma beserta bujang baju Melayu. 

Wahhh kiranya dah lengkap persiapan korang untuk raya kali ni. 



Koleksi Kurta
Jakel Barulah Raya Di Jakel Shah Alam
Credit to: Nazlannasir.com
Jakel Barulah Raya pada tahun ini turut mengekalkan pengeluaran kurta di bawah jenama Hairul Azreen. Jakel sentiasa memenuhi citarasa pelanggan di samping mengikut trend semasa. Koleksi kurta yang dihasilkan adalah berkualiti kerana ianya mementingkan keselesaan apabila dipakai. Kurta ini turut dilengkapi dengan detailing poket dan butang pada sisi lengan. Selain itu, koleksi kurta ini turut berkonsepkan mesra wudhuk di mana pada bahagian lengan boleh dilipat dengan mudah. 


Baju Kurung

Jakel Barulah Raya Di Jakel Shah Alam
Credit to: Nazlannasir.com
Pada tahun ini, Jakel masih mengekalkan pengeluaran koleksi baju kurung di bawah label Ayda Jebat. Berkonsepkan kurung moden, ianya bersesuaian dengan citarasa terkini wanita terutamanya para gadis dan wanita yang berkerjaya yang mahukan penampilan ceria dan segar di musim lebaran. Bersifat moden, pilihan warna yang menarik dan motif corak printed yang terkini.


Koleksi Kanak-Kanak

Pakaian kanak-kanak masih dikekalkan dengan label Upin Ipin namun telah diolah kepada rekaan baharu bersesuaian dengan keadaan pada masa kini. Setiap pembelian koleksi baju melayu Upin Ipin yang dijual turut diberi percuma kain samping dan butang baju Melayu. Jakel juga turut memberikan keistimewaan kepada si kecil agar tidak terlepas bergaya di aidilfitri. Jakel masih meneruskan pengeluaran produk koleksi pakaian kanak-kanak di bawah label Lara Alana dan Yusuf Iskandar.


Berkonsepkan Kekeluargaan

Pada lebaran ini juga, Jakel tampil mengeluarkan koleksi raya bercirikan kekeluargaan di mana ianya direka dengan design dan warna sedondon. Mewujudkan lagi suasana riang di hari raya bersama keluarga tersayang, Jakel menghasilkan rekaan dengan mengeluarkan produk bercirikan warna-warna ceria dan boleh digayakan untuk satu keluarga.


Koleksi Schawalara
Scha Al-Yahya
Fabrik yang digunakan adalah berkualiti untuk memberikan keselesaan kepada pemakai terutama golongan ibu yang mempunyai anak kecil. Ditawarkan dengan harga yang berbeza-beza bergantung kepada rekaan. Baju kurung Scha Al-Yahya diperkemaskan dengan beberapa jenis detailing seperti jahitan manik, perincian beaded dan lace dan permainan dari segi potongan. Lebih menarik, kesemua baju Scha Al-Yahya didatangkan dalam pelbagai saiz bermula XS sehingga ke 5XL.


Awal Ashaari
Koleksi pakaian raya Baju Melayu di bawah label Awal Ashaari ini direka khas dengan mengetengahkan kekemasan pada leher, poket dan motif warna. Di samping itu, mempunyai potongan moden tanpa pesak seperti kebiasaan baju melayu.


Lara Alana
Jakel juga mengekalkan si kecil Lara Alana sebagai Duta Raya Jakel untuk tahun ini bagi mempromosikan produk baju kurung kanak-kanak perempuan. Populariti si kecil di laman sosial dilihat mampu untuk menarik minat anak kecil untuk tampil secomel Lara Alana di hari lebaran kelak.


Koleksi Hanis, Hairul, Yusuf

Hanis Zalikha
Setiap rekaan yang dihasilkan oleh jenama ini pasti memberikan kepuasan yang maksima kepada peminat Hanis untuk beraya bersama koleksi ini. Jakel mengekalkan konsep elegan, versatile dan juga classy menjadikan koleksi gabungan ini memiliki keistimewaan tersendiri.


Hairul Azreen 
Koleksi Kurta Hairul diperbuat daripada fabrik cotton bersesuaian dengan keadaan cuaca di negara kita. Setiap rekaan ini juga mempunyai detail poket dibahagian sisi tepi baju bagi memberikan sedikit unsur klasik untuk membolehkan pemakai menyimpan barangan peribadi.

Yusuf Iskandar
Keceriaan lebaran tahun ini diserikan lagi dengan koleksi daripada pakaian si kecil comel Yusuf Iskandar. Koleksi Kurta Yusuf bermotifkan potongan leher 'round neck' dan berkolar di mana ianya membantu memberikan keselesaan kepada kanak-kanak. 

Pembayaran Aplikasi Boost

Jakel Barulah Raya Di Jakel Shah Alam
Credit to: Google
Kalau korang nak  tahu, musim perayaan ni, Jakel telah bekerjasam dengan pihak Boost. Boost merupakan aplikasi di muat naik dalam telefon pintar untuk membantu para pelanggan membuat pembayaran secara online. Kiranya korang tak payah nak bawak duit banyak-banyak bila shopping nanti. Guna Boost je. Paling best korang akan dapat mata ganjaran pada setiap transaksi pembayaran dilakukan.


Haa korang jangan lupa slogan 'Ingat Kain, Ingat Jakel'


UNTUK MAKLUMAT LEBIH LANJUT
Website

Facebook

Instagram

Post a Comment

9 Comments

  1. teringin jugak nak beli dkt jakel utk baju raya tahun ni..

    Aerill Hassan

    ReplyDelete
  2. kinah..nak baju raya sepasang..hihi

    ReplyDelete
  3. Assalamualaikum & selamat pagi dari Maznee. Singgah blog walking blog kinah. Alhamdulillah syukur atas rezeki

    ReplyDelete
  4. Tahun lepas kak ana sekeluarga sedondon pakai baju jakel. Tahun ni kemungkinan besar jakel juga sebab dah biasa. Pilihan pun banyak.

    ReplyDelete
  5. Kak liez mmg cari baju melayu anak dekat Jakel. Senang cari sebab semua bwh satu bumbung..

    ReplyDelete
  6. Cantik2 koleksi baju kat Jakel ni, semua ada di bawah satu bumbung....senang sgt

    ReplyDelete
  7. Jakel punya koleksi memang cantik... Hehe

    ReplyDelete
  8. Koleksi jakel mmg lawa lawa. tak rugi beli. sekali sekala. hee. lagipun tahan lama :)

    ReplyDelete