Andainya Takdir 2 Akan Ditayangkan Tak Lama Lagi

Andainya Takdir 2 Akan Ditayangkan Tak Lama Lagi| Siapa dulu layan Andainya Takdir yang pertama? Dengarnya tak lama lagi akan ada sambungan yang kedua. Wahhh best ni. Kali ni mesti jalan ceritanya pun penuh emosi dan ceritanya lebih menarik. Ternampak teaser mula ditayangkan di TV3 aritu.


Andainya Takdir 2 Akan Ditayangkan Tak Lama LagiAndainya Takdir 2 Akan Ditayangkan Tak Lama Lagi


JUDUL : ANDAINYA TAKDIR II
TARIKH TAYANGAN : Akan Datang
SIARAN TV : Slot Samarinda TV3
PENULIS SKRIP : Wan Mahani Wan Hassan
PENGARAH : Eoon Shuhaini
TERBITAN : A. AIda Production Sdn Bhd
PELAKON : Shukri Yahaya, Nina Iskandar, Putri Balqis, Mas Khan, Syazuwan Hassan, Idris Md Diah, Erry Putra, Adiba Yunus, Jasmine Ashraff, Farahdhiya, Nafiez Zaidi, Neera Azizi

WATAK PELAKON
Shukri Yahaya sebagai Airil
Nina Iskandar sebagai Fatihah
Putri Balqis sebagai Aleya
Mas Khan sebagai Nizam
Erry Putra sebagai Mushin
Adiba Yunus sebagai Liza

SINOPSIS
Terkadang bukan kenangan buruk dengan seseorang yang buatkan kita sangat terluka... Tapi kenangan indah bersamanya yang tak mampu kita lupakan.

Perceraian antara Airil dan Fatihah telah menjadikan hidup Airil terumbang-ambing, Airil tidak mampu menerima hakikat bahawa Fatihah bukan lagi isterinya dan berjauhan dengan anaknya, Aleeya. Hidup Fatihah tidak aman apabila Airil terus mencampuri segala urusannya. Akhirnya Fatihah terpaksa membuat keputusan untuk berpindah ke Terengganu. Keputusan nekad Fatiha itu, membuatkan Airil hidup dalam memori. Fatihah mula didekati oleh dua orang lelaki lain iaitu Nizam dan Hafiz membuatkan Airil berusaha mendapatkan rawatan bagi penyakit yang baru disedarinya. Dia takkan biarkan Fatihah dimiliki lelaki lain. Segala usaha dilakukan agar Fatihah kembali kepadanya.

Namun segala usaha itu makin menyesakkan jiwa Fatihah. Walaupun jauh dalam sudut hatinya masih ada cinta namun ego tetap menguasai diri. Malah kesusahan hidup sebagai ibu tunggal merubah jiwa wanitanya menjadi lebih ego dan keras. Akhirnya Fatihah cuba menerima Hafiz, lelaki yang hadir dengan sifat sabar dan tenang yang tinggi.

Demi menidakkan rasa cintanya terhadap Fatihah, Airil juga cuba untuk menerima Sofea, wanita yang banyak membantu dan berkorban untuknya. Namun mampukah takdir menyatukan mereka andai cinta masih berada di dalam hati manusia yang pernah menyakiti mereka? Sama-sama kita nantikan cerita ni

Post a Comment

6 Comments

  1. cerita ni tak pernah tengok hii. ramai orang rekemen cerita beshhh

    ReplyDelete
  2. yang pertama tak pernah tgok pun.. tapi selalu dgr org cakap best..

    http://aerillhassan.blogspot.com

    ReplyDelete
  3. ada masa nak tengok la jugak..

    ReplyDelete
  4. Kak ana mampu baca novel je kinah sebab lebih beremosi. Tapi tu lah novel dia bukan main tebal nak habiskan. Hehe

    ReplyDelete
  5. tak sabar nak tengok yang kedua ni

    ReplyDelete
  6. ika suka baca novel hehe dari tgk drama

    ReplyDelete