Proses Penghantaran Lebih Mudah Menggunakan myGDEX

Proses Penghantaran Lebih Mudah Menggunakan myGDEX | Siapa kata duduk rumah tak boleh menjana pendapatan? Ehh boleh tau cuma nak tak nak je. Apa yang penting kena usaha bak kata pepatah "Alah Bisa Tegal Biasa". Pada kebiasaannya, surirumah menjana pendapatan sampingan dengan jualan online seperti baju, kasut, kuih-muih dan pelbagai lagi.

Proses Penghantaran Lebih Mudah Menggunakan myGDEXProses Penghantaran Lebih Mudah Menggunakan myGDEX


Bila dah jadi online seller ni perkara utama yang ada dalam fikiran ialah servis penghantaran. Kenapa servis penghantaran tu sangat penting? Servis penghantaran ni la yang akan hantar barangan jualan korang kepada pelanggan kalau dekat bolehlah hantar terus. Dah jauh takkan korang nak hantar sendiri pulak. Di Malaysia ni ada pelbagai syarikat yang menawarkan servis penghantaran tapi pada hari ni kinah cuma nak fokuskan dengan sebuah syarikat saja iaitu GDEX. Semua pernah dengar kan GDEX. Kalau korang nak tahu GDEX sekarang ni dah ada portal myGDEX.

Mungkin ada yang kurang jelas dengan kewujudan portal ni. Jom kinah cerita sikit mengenai portal myGDEX ni. 

myGDEX merupakan satu platform pengiriman dalam talian yang 100% dikendalikan oleh GDEX. Zaman dah berubah jadi kena la upgrade sikit baru lah pelanggan puas hati. Apa yang penting lebih mudah, cepat dan jimat masa. Haaa itu yang orang nak.
Proses Penghantaran Lebih Mudah Menggunakan myGDEX
Proses Penghantaran Lebih Mudah Menggunakan myGDEX
Mudahnya dengan portal myGDEX korang dah tak payah susah nak ke cawangan GDEX nak isi borang bagai. Leceh. Kalau tak ramai ok la. Kalau ramai orang dengan nak kejar masa ambik anak kat sekolah lagi, nak usung anak kecik lagi. Rushing kan keje korang. Bila adanya portal myGDEX klik-klik je dah siap. Kertas yang korang print tu dah boleh guna untuk proses penghantaran.

Proses Penghantaran Lebih Mudah Menggunakan myGDEX
Proses Penghantaran Lebih Mudah Menggunakan myGDEX
Bila rasa malas nak ke cawangan GDEX korang boleh guna servis Pickup. Tunggu je kat rumah nanti akan ada la orang GDEX datang. Nak tahu macam mana nak dapatkan servis pickup? Akan diterangkan di bawah nanti.

Selain tu, dengan adanya sistem e-Wallet memudahkan lagi kerja korang. e-Wallet ni ikut la pada bajet korang nak top up berapa. Korang boleh top up RM100, RM500, RM1000, RM2000, RM5000 atau pun RM10000. Ikut pada bajet korang dan yang penting harga yang ditawarkan ialah "harga kawan-kawan".

Macam menarik je kan?

BAGAIMANA NAK GUNA myGDEX

Proses Penghantaran Lebih Mudah Menggunakan myGDEX
Proses Penghantaran Lebih Mudah Menggunakan myGDEX
Langkah pertama korang kena log in sebagai "member" dulu myGDEX ni. Bagi yang takda akaun myGDEX, korang kena daftar dulu dan ikut je arahan yang diberikan.

Proses Penghantaran Lebih Mudah Menggunakan myGDEX
Proses Penghantaran Lebih Mudah Menggunakan myGDEX
Bila dah siap daftar dan log in, ini adalah paparannya. Nampak tak 'Send Package' di side menu? Klik je yang itu.

Proses Penghantaran Lebih Mudah Menggunakan myGDEX
Proses Penghantaran Lebih Mudah Menggunakan myGDEX
Bila dah klik 'Send Package' tu tadi, Kachinggg keluar la view macam ni. Korang pilih lah nak yang mana. 'Single Recipient' ke atau 'Multiple Recipient'. Kalau nak hantar satu je, klik la 'Single Recipient' dan kalau banyak klik 'Multiple Recipient'.

Proses Penghantaran Lebih Mudah Menggunakan myGDEX
Proses Penghantaran Lebih Mudah Menggunakan myGDEX
Ok, dah pilih 'Single Recipient'. Ni adalah benda wajib yang korang kena isi. Tak isi, tak sampai la barang korang tu kepada penerima. Isi dua-dua tau. WAJIB

Proses Penghantaran Lebih Mudah Menggunakan myGDEX
Proses Penghantaran Lebih Mudah Menggunakan myGDEX
Selesai isi Sender dan Receiver Address korang boleh pilih sama ada nak hantar sendiri ke cawangan GDEX atau tunggu je kat rumah korang tu. Nanti abang GDEX datang pickup. Kalau Pickup, mereka cas RM5.00. Ikut la mana yang korang selesa.
Proses Penghantaran Lebih Mudah Menggunakan myGDEX
Proses Penghantaran Lebih Mudah Menggunakan myGDEX
Haa kalau korang pilih Pickup, korang kena isi Pickup Details, korang nak diorang collect tarikh bila. Kalau dokumen yang kurang dari 1 Kg yang nak dihantar pilih Motorbike je. Hmm pilihlah ikut kesesuaian barang yang nak dihantar tu. Kalau banyak barang nak dihantar, boleh request trolley.

Proses Penghantaran Lebih Mudah Menggunakan myGDEX
Proses Penghantaran Lebih Mudah Menggunakan myGDEX
Ok dah selesai isi detail semua, korang boleh klik "Check Out Now" untuk proses pembayaran. Kalau ada lagi item nak dihantar pada alamat lain korang klik "Continue Shopping"
Proses Penghantaran Lebih Mudah Menggunakan myGDEX
Proses Penghantaran Lebih Mudah Menggunakan myGDEX
Sebelum "Checkout" kalau benda ni perlu untuk proses penghantaran korang, boleh beli terus. Kalau tak perlu, "Skip" aje

Proses Penghantaran Lebih Mudah Menggunakan myGDEX
Proses Penghantaran Lebih Mudah Menggunakan myGDEX

Selepas klik check Out, akan keluar paparan seperti ni untuk membuat pembayaran. Korang boleh pilih nak buat pembayaran sama ada secara Pay With iPay88 atau pun Pay With e-Wallet. Dua ni je tau. Online transfer tak available.

Proses Penghantaran Lebih Mudah Menggunakan myGDEX
Proses Penghantaran Lebih Mudah Menggunakan myGDEX
Selesai membuat pembayaran, invoice akan dikeluarkan dan jangan korang lupa print pulak nanti nak hantar barang macam mana pulak nanti kan. 

Langkah seterusnya ialah sediakan barang yang korang nak hantar tu dan jangan lupa tampal nota konsainan tu ditempat yang betul. Kalau tak faham atau tak tahu nak tampal dibahagian mana bolehlah rujuk garis panduan di sini

Dah tampal elok semua, korang bolehlah hantar barang yang nak dihantar tu ke cawangan GDEX berhampiran ataupun mana yang dah bayar tunggu Pickup Service je la. Boleh rujuk di sini 


UNTUK MAKLUMAT LANJUT BOLEH LAYARI
Website 
http://www.mygdex.com

HQ Address
No.19, Jalan Tandang,
46050, Petaling Jaya,
Selangor Darul Ehsan.

Telephone
+603 6419 5003

Email
mygdexadmin@gdexpress.com
Proses Penghantaran Lebih Mudah Menggunakan myGDEX Proses Penghantaran Lebih Mudah Menggunakan myGDEX Reviewed by Kin Naz on Saturday, June 16, 2018 Rating: 5

19 comments:

  1. Assalamualaikum. Good Info. Already follow ur blog. :)

    ReplyDelete
  2. looks like so much work. might gonna look at this back again

    ReplyDelete
  3. gdex ni bagus, barang memang sampai on time & selamat

    ReplyDelete
  4. Assalamualaikum, selamat hari raya aidil fitri Mama ucapkan kepada sis

    Mohon maaf atas segala salah silap sepanjang blogging. Selalu pakai gdex. Ada kawasan ok. Terutama bandar.

    Kawasan luar bandar biasanya servis teruk.

    ReplyDelete
  5. Assalamualaikum, Selamat hari raya aidil fitri. Ibu mohon maaf atas salah dan silap yang semestinya ada. Kerana kita manusia.

    Nak kurier datang rumah pun boleh. Bagus tu

    ReplyDelete
  6. Selamat hari raya aidil fitri maaf atas salah silap yang saya lakukan secara sedar atau pun tidak.

    Saya prefer pakai pos laju.

    ReplyDelete
  7. Thanks for the guide. I will try to use MyGdex for my next delivery.

    ReplyDelete
  8. I love using Gdex compare to other service. fast and easy and trustable. No hassle for the queuing part as I hate go post office during peak our. Have to wait for my turn and counter only open two. Not efficient compare to myGdex

    ReplyDelete
  9. Selamat petang Mama ucapkan. Selalu pakai gdex, makin senang sekarang

    ReplyDelete
  10. Terima kasih atas info yg sgt details ni. Nnt sy blh pakai servis MyGdex jugak.

    ReplyDelete
  11. wah... boleh cuba ni... thanks for the info Kinah... #sharingiscaring #onlinesellerjuga

    ReplyDelete
  12. Ibu singgah bertamu di petang hari. Senang lah macam ni nak pos barang kan sis kinah

    ReplyDelete
  13. This is cool! Good info to know for mumpreneurs like me who work from home and sell products online too!

    ReplyDelete
  14. Di era digital ini memang banyak sekali.kemudahan yang bisa kita dapatkan via aplikasi onine. Di Indonesia sendiri hal semacam ini dikenal dengan istilah GoJek. Yaitu sebuah jasa aplikasi online untuk penghantaran barang.

    ReplyDelete
  15. Sekarang mudah sahaja bukan setakat beli online je. kirim barang guna kurier pun secara online je. Gdex antara the best kurier pernah guna.

    ReplyDelete
  16. I memang suka guna gDEX untuk delivery item kat office.. great for deliver everything.. nice one....

    ReplyDelete
  17. Selamat malam Ibu ucapkan, singgah blog walking blog sis. Senangnya, saingan pos laju

    ReplyDelete
  18. Oh wow GDEX is getting more advance and now i can set everything via online je. Thanks for the infor.

    ReplyDelete
  19. Bagusnya ada alternatif lain utk perkhidmatan parcel. Sekarang ni semua courier service ada perkhidmatan ambil parcel dr rumah. Ruby suka sangat sebab tak perlu nak ke cawangan. Dah la anak kecil, nak bawa barang, nak beratur, nak timbang dan nak re-check balik. Kelam kabut dengan anak-anak. Haha. Nanti akak nak cek price gdex. Mur Mur Mur ke tak. Hehe. Gdex ni lg akak suka bila delivery. Sampai ke depan rumah hantar. Baguss

    ReplyDelete

Powered by Blogger.