Review Novel ~ Tergolek Hatiku Kerana Kamu

Review Novel ~ Tergolek Hatiku Kerana Kamu | Alhamdulillah selesai sudah baca novel Tergolek Hatiku Kerana Kamu karya Imanisa Rania. Menarik jugak jalan ceritanya. Kisahnya bermula apabila Tengku Keisha yang dahulunya sombong, tidak mendengar kata dan bersosial dalam sekelip mata saja menjadi yatim piatu apabila ayahanda dan bondanya meninggal dunia dalan keadaan yang agak tragis. Semuanya kerana harta yang dimiliki oleh keluarga Tengku Keisha.

Review Novel ~ Tergolek Hatiku Kerana Kamu Novel Tergolek Hatiku Kerana Kamu

Kerana tamakkan harta yang dimiliki oleh keluarga Tengku Keisha, Tengku Badri dan keluarganya sanggup membunuh. Tengku Keisha pulak dah macam pelarian dan terpaksa bersembunyi di Darul Durrani. Mana taknya hidupnya sentiasa diburu oleh musuh yang ingin membunuhnya. Mujurlah ada seseorang yang datang menjadi penyelamat, Israr Zulkarnain namanya. Israr merupakan bodyguard merangkap suami kepada Keisha. 

Pada mulanya Keisha pun tak tahu Israr tu adalah suaminya, setelah dijelaskan perkara sebenar barulah Keisha terima dengan hati terbuka. Pelbagai dugaan yang terpaksa ditempuhi oleh Keisha dan Israr sehingga mereka terpaksa berpisah. Apabila bertemu semula Israr pula ditimpa kemalangan dan dikatakan telah terkorban.

Agak-agak korang la betul ke Israr tu suami Keisha yang sah? Bagaimana mereka bernikah dan betul ke Israr telah terkorban dalam kemalangan tu? Apakah yang akan berlaku dalam keluarga Tengku Badri? Semuanya akan terjawab dalam Tergolek Hatiku Kerana Kamu

Post a Comment

5 Comments

  1. Apa khabar hari ni cik kinah. Mama singgah BW.

    ReplyDelete
  2. Selamat berbuka puasa Ibu ucapkan kepada sis kinah.

    ReplyDelete
  3. best dapat layan novel ni. huhu. mek jugak tak sempat. tunggu diaorang jadi movie je lerr

    ReplyDelete
  4. macam best je novel ni. Misteri!

    ReplyDelete