Beli Beg Baru Di Shopee

Beli Beg Baru Di Shopee | Orang perempuan kalau dah bagi peluang untuk shopping memang tak ingat dunia. Tambah pula shopping online, lagi la menjadi-jadi. Apa susah tekan je nak yang mana pastu bayar. Tunggu la seminggu dua sampai la barang tu. Sebenarnya kinah baru je beli beg baru. Beg doremon yang sedia ada tu dah mintak yang baru. Suami kata beli jer yang baru, bila dah dapat green light terus le bukak satu website ni. Rambang mata kak oii tengok beg lawa-lawa. Lama kot buat keputusan nak pilih beg yang mana. Apa yang penting beg tu mesti menepati kriteria yang diperlukan. Boleh simpan dompet, telefon dan yang paling penting pampers anak. Haaa sebab tu cerewet sikit nak pilih beg. Nak buat macam mana, ada anak kecik ni memang kena fikir semua tu.

Beli Beg Baru Di Shopee

Beli Beg Baru Di Shopee
Beli Beg Baru Di Shopee
Scroll dari satu page ke page lain terbekenan pulak beg yang ini. Warna dia pun memang favourite kinah pun. Dah berkenan di hati, tak tunggu apa dah, takut takde stock naya je. Harganya pulak terlajak murah weh. Tak tunggu apa dah terus je check out. Tak lama pun proses penghantarannya, dalam seminggu macam tu. Alhamdulillah beg dah selamat sampai minggu lepas. Sampai-sampai je anak dara kinah sibuk nak gayakan. Dia memang pantang tengok beg baru.
Beli Beg Baru Di Shopee
Beli Beg Baru Di Shopee
Pilihlah nak pilih warna yang mana. Kinah pilih warna khaki. Setiap orang lain citarasanya kann. Cuba tengok model yang gayakan beg ni? Cantikkan!!. Agak-agak ada tak yang minat dengan beg ni? Sesiapa yang berminat, korang boleh klik link ni Katreena.my
Beli Beg Baru Di Shopee
Dalam beg ni luas. Siap ada poket lagi tu.
Kalau korang nak beli beg dekat Shopee, kinah sarankan korang beli dengan seller ni. Memang servis dia tip top. Jangan risau harganya pun mampu milik. Standardla kalau beli barang dari oversea kena ambik masa sikit untuk proses delivery. Jadi kena sabar la sikit. Apa yang penting, beg korang tu selamat sampai.

Nak tengok tawaran-tawaran dan promosi menarik jangan lupa follow page facebook ni


5 comments:

  1. wah cantiknya.. saya pun suka. untunglah beg baru hehehe

    ReplyDelete
  2. Wahhh cantiknya beg tu. Boleh masuk banyak barang

    ReplyDelete
  3. cantik.. sesuai jadi everyday bag besar boleh sumbat macam2 hehe.. girls kan =P

    ReplyDelete
  4. Nice.. beg besar boleh bawak macam2.. ☺

    ReplyDelete