Flower Chimp Malaysia | Tempahan Dalam Talian dan Penghantaran Percuma

Flower Chimp Malaysia | Tempahan Dalam Talian dan Penghantaran Secara Percuma Rasanya dah lama tak dapat surprise bunga dari cik abang kiter. Kalau dapat sekuntum pun jadi la. Teringin pulak nak dapat bunga. Ada sesiapa nak bagi ke? Oh ye sesiapa yang tengah mencari bunga untuk yang tersayang, apa kata korang order je bunga dari Flower Chimp dengan harga serendah RM89.00 dan penghantaran ke 80 daerah di Malaysia termasuklah Sabah dan Sarawak dan apa yang penting penghantaran adalah percuma yer. Macam tak percaya je kann. Haha korang kena percaya jugak.

Flower Chimp Malaysia | Tempahan Dalam Talian dan Penghantaran Secara Percuma 

Flower Chimp Malaysia | Tempahan Dalam Talian dan Penghantaran Secara Percuma

Menariknya dengan Flower Chimp ni, korang jugak boleh request untuk hantar pada hari yang sama korang order dengan syarat order tu mestilah sebelum pukul 1.00 tengahari. Sekali sekala hadiahkan untuk pasangan kita, apa salahnya. Tak semestinya hari lahir, ulangtahun perkahwinan je bagi. Mesti pasangan akan rasa dihargai. Ekhmm mana yang single lagi tu, boleh jugak order jambangan bunga ni untuk ibu yang tersayang, mesti senyum ke telinga mak kita tu.
Flower Chimp Malaysia | Tempahan Dalam Talian dan Penghantaran Secara Percuma
Walaupun Flower Chimp masih baru lagi dalam bisness ni, kalau nak tahu Flower Chimp telah berkembang sehingga menjadi jenama yang terkemuka dalam industri ni. Percaya tak, dalam tempoh dua tahun saja, mereka telah menjadi pilihan nombor 1 dalam perkhidmatan penghantaran bunga secara dalam talian di Malaysia, Indonesia dan juga Filipina dengan rekod pertumbuhan lima kali ganda berbanding tahun lepas. Tahniah Flower Chimp
Flower Chimp Malaysia | Tempahan Dalam Talian dan Penghantaran Secara Percuma
Menurut Maximilian Lotz, iaitu Pengasas Flower Chimp, berikutan prestasi memberangsangkan mereka dalam perkhidmatan penghantaran bunga secara dalam talian, Flower Chimp  telah berjaya menambat pelaburan berjumlah RM6 juta daripada sekumpulan pelabur termasuklah Asia Venture Group (AVG), iaitu  sebuah syarikat persendirian yang telah menilai potensi besar Flower Chimp menerusi model perniagaan dan strategi pemasaran mereka yang unik. 
Syarikat yang sama turut membuat pelaburan dengan syarikat lain seperti iMoney, Happy Fresh dan juga iPrice. Mereka juga turut mensasarkan untuk mengembangkan lagi rangkaian mereka di Singapura menjelang pertengahan bulan Ogos 2018 dan di negara Asia Tenggara yang lain termasuklah Vietnam, Thailand dan Hong Kong pada tahun 2019.

Jom kita cuci mata dulu dengan jambangan bunga
Cantikkan semua tu. Kalau nak tambah coklat pun boleh. Ikut bajet yang korang ada. Sebenarnya ada banyak lagi. Kalau berkenan boleh layari ke website yang kinah lampirkan di bawah tu.

Mengenai Flower Chimp
Flower Chimp telah ditubuhkan oleh dua usahawan dari Jerman, Maximilian Lotz dan Niklas Frassa yang telah lama bertapak di Asia Tenggara. Selepas menghabiskan masa di Belanda yang terkenal sebagai pusat perkembangan bunga-bungaan dunia, mereka mengambil keputusan untuk menceburi bidang perniagaan berkaitan bunga dan meletakkan penanda aras baharu dalam perkhidmatan penghantaran bunga secara dalam talian. Dengan mengutamakan kepuasan pelanggan, Flower Chimp telah memenuhi keperluan terhadap bunga berkualiti tinggi pada harga berpatutan yang turut disokong dengan perkhidmatan penghantaran percuma ke seluruh negara. Sejajar dengan peningkatan perniagaan tersebut, mereka terus meningkatkan perkhidmatan dan menjalankan penyelidikan dan pembangunan untuk menawarkan lebih banyak pilihan bunga-bungaan kepada pasaran yang semakin berkembang. Buat masa ini, Flower Chimp beroperasi di Malaysia, Indonesia dan Filipina. Dalam masa terdekat, dua usahawan bercita-cita tinggi ini bakal melancarkan platform mereka di Singapura dan negara Asia Tenggara lain. 

UNTUK MAKLUMAT LANJUT
Flower Chimp di Malaysia 
Instagram: @flowerchimp

Post a Comment

1 Comments

  1. bestnyeee lahai kalau ada orang kasi kite munge2 cantik ni =D

    ReplyDelete