Resepi Ikan Bilis Goreng Bawang

Resepi Ikan Bilis Goreng Bawang | Kerana terpengaruh ini lah jadinya. Kelmarin sepupu suami post gambar di Masak Apa Hari Ni. Maka, terhasillah Ikan bilis goreng bawang. Siapa suruh tayang. Iyer walaupun simple saja tapi percayalah tak cukup nasi sepinggan haha. Teringat pulak arwah opah. Arwah selalu masakkan terutama bila nak sahur. Walaupun ada lauk lain, ikan bilis ni la yang jadi pilihan. Makan pulak dengan kicap dan nasi panas memang lupa diri hehe. Korang yang tengah diet tu jangan sesekali nak try, bahaya ni haha.
Resepi Ikan Bilis Goreng Bawang, resepi ikan bilis
Resepi Ikan Bilis Goreng Bawang
Bahan-bahan pun simple je. 
Bawang besar sebiji
Cabai burung (ikut suka nak banyak mana)
Ikan Bilis (ikut suka)

Cara-caranya goreng dulu ikan bilis sampai garing. Kemudian dengan minyak yang sama tumiskan bawang besar dengan cabai burung sehingga layu. Bila dah layu, masukkan ikan bilis yang dah digoreng tadi. Kacau sekejap saja biar bawang dan cabai tadi mesra. Ok dah siap menu kita. 

Kacang je kan😉

9 comments:

  1. Sedapnyaaa..lauk ni la buat nasi bertambah..pas tu kawankan plak ngan telur dadar..huiiii...jahanam diet

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hahaha tula pasal. Akak nak diet kan? Jangan masak ni. Kang menyesal haha😝😝

      Delete
  2. resepi yang simple macam ni , jangan cakap tak sedap ..tambah2 makan panas2 dgn nasi putih ..ooooii berseleralah kan

    ReplyDelete
  3. Kalo hubby kita nih lauk nih jer pun dah boleh bertambah nasi hehe.

    ReplyDelete
  4. Menu paling selalu buat masa sahur di bulan puasa.. kikiki..

    ReplyDelete
  5. dpt menu simple macam nipun boleh mkn nasi bertambahhh

    ReplyDelete