Gegar Vaganza Musim 5 | Kenapa Zamani Tak Dapat Perform

Gegar Vaganza Musim 5 | Kenapa Zamani Tak Dapat Perform Pejam celik Gegar Vaganza dah masuk musim ke 5. Kinah pun dah lama tak update blog dengan dunia hiburan. Entahla kekadang tu ikut mood tambah keadaan sekarang ni pun tak berapa sihat sebab baru je buat minor surgery minggu lepas untuk keluarkan gigi geraham manja tu. Ada kinah cerita sebelum ni. Yes even minor saja tapi sakitnya masih ada sisa, rasa tak selesa dengan benang yang dijahit tu. Tengokla Selasa ni appointment seterusnya apa kata doktor.
Gegar Vaganza Musim 5 | Kenapa Zamani Tak Dapat Perform
Berbalik semula cerita Gegar Vaganza sepanjang lima minggu dah bersiaran, pada minggu ni adalah minggu yang tak pernah berlaku sejak Gegar Vaganza diadakan. Siapa tengok tadi, mesti korang tahu mengenai Zamani Slam yang tak dapat nak perform disebabkan tak sihat. Kesian pulak dekat dia. Iyela mungkin sebelum ni dia dah struggle buat latihan tetiba dah nak perform tak boleh. Apa yang menariknya tadi, satu stadium nyanyikan untuk beliau. Macam Ibu Khaty katakan Zamani ni macam mana sekalipun dia, orang still support beliau. Ni lah Legend
Gegar Vaganza Musim 5 | Kenapa Zamani Tak Dapat Perform
Walaupun ada bunyi daripada netizen yang mengatakan keputusan tidak menyingkirkan Zamani unfair kepada peserta yang pernah tersingkir sebelum ni. Tapi kalau diikutkan peserta sebelum ni dapat je perform tapi disingkirkan sebab ada kesalahan, Zamani pulak langsung tak boleh nak perform sebab korang sendiri boleh dengar dia cuba nak nyanyi tapi memang out. Takpe bagi la Zamani ruang untuk dia tebus untuk minggu ni. 

Korang team mana? Kinah team #MayaMatahari #Amelina #Zamani 😉 

8 comments:

  1. Sha tak pernah lagi tengok GV5 ini.. Ramai yang sokong kemunculan Zamani.. Hopefully beliau akan semakin sihat..

    ReplyDelete
  2. Om pun sokong zamani. legend alaways be a legend. Harap beliau cepat sembuh dan sihat.

    ReplyDelete
  3. kita team Dia Fadila, Noryn, Amelina, Zamani...eh banyak pulak

    ReplyDelete
  4. kesian dia.. moga cepat sembuh..

    ReplyDelete
  5. Akhirnya DAS menggunakam imuniti untuk tetapkan zamani teruskan GV ni. Masih lagi ada harapan untuk Zamani beraksi. Semoga berjaya untuk Zamani, walaupun penghalangnya adalah sakit....

    Jemput datang jenguk blog ZABP yer... Kami ada buat giveaway....
    Giveaway ZABP November 2018

    ReplyDelete
  6. Sedih je bila tgk Zamani tak boleh nak nyanyi sedangkan lagu tu makanan dia. Huhu. Apa pun semoga Zamani kuat :)

    ReplyDelete
  7. salam perkenalan 1st time dtg blog u...
    hmm tu lah kesian zamani suara dia koyak habis...sedih sbnrnya tgk life dia sbb dia dulu kemain sweetheart sgt...xpe lah setiap org ada problem sendiri kan...
    semiga dia happy mcm dulu balik n dimurahkan rezeki...
    btw done follow ur blog jemput singgah blog i yewr...

    ReplyDelete