MegaDrama Isteri Untuk DiSewa

Sebenarnya kinah dah lama ada novel Isteri Untuk Disewa ni. Kalau tak silap tahun 2013 atau 2014. Masa tu tengah bercinta dengan suami. Dia yang belikan novel ni. Tup tup tahun 2018 novel ni akan diadaptasikan ke drama. Tak silap kinah akan ditayangkan di Astro Ria nanti. Ada nampak iklan haritu. Jalan ceritanya pun ingat-ingat lupa, iyela dah lama kot baca novel dan novel tu pulak diperam dekat rak tu je.
Isteri Untuk DiSewa, novel isteri untuk disewa, novel adaptasi
Pelakon yang akan membintangi drama tersebut ialah Fattah Amin dan Tiz Zaqyah. Rasanya ni gandingan pertama antara mereka berdua. Jom kita sama-sama nantikan drama adaptasi novel Isteri Untuk Disewa karya Syamnuriezmil yang bakal muncul dalam slot MegaDrama. Drama terbitan produksi Nuansa Sdn Bhd dibawah arahan Osman Ali. Akan menemui penonton pada bulan November nanti.

JUDUL : ISTERI UNTUK DISEWA
TARIKH TAYANGAN : November
WAKTU SIARAN : Isnin-Khamis, 10.00 malam
SIARAN TV : Astro Ria 104 & Ria HD 132
PENULIS NOVEL : Syamnuriezmil
PENGARAH : Osman Ali
TERBITAN : Nuansa Sdn Bhd
PELAKON : Tiz Zaqyah, Fattah Amin, Halim Radzi, Zaki Azeman, Harris Annuar, Lia Natalia, Daniella Sya, Shah Kimin, Daaim Jailani, Zul Helmy, Nelissa Edreena, Sherry Aljeffri, Rashidah Jaafar, Kazar

WATAK PELAKON
Tiz Zaqyah sebagai Nur Adreiana
Fattah Amin sebagai Noah Ryzal 
Halim Radzi sebagai Suffi Naufal
Zaki Azeman sebagai Imtiyaz Irdad
Harris Annuar sebagai Putera Raiyan

SINOPSIS ISTERI UNTUK DISEWA
Nur Adreiana seorang gadis yang sukakan warna merah jambu dan minat kepada Remy Ishak. Nur menawarkan perkhidmatan menyelesaikan masalah hubungan percintaan. Noah Ryzal pelanggan pertamanya ingin menyewa Nur menyamar menjadi isteri untuk sehari dengan bayaran lumayan. Tujuannya supaya Noah tidak perlu berkahwin dengan pilihan keluarga. Namun sewaan sehari menjadi dua minggu. Noah mula jatuh hati pada Nur.

Bukan Noah sahaja, Putera Raiyan, CEO tempat Nur Bekerja, Imtiyaz Irdad kawan baik dari kecil, Suffi Naufal muka seiras Remy Ishak turut manaruh hati pada Nur.

Keempat mereka melamar Nur, siapakah yang bakal menjadi pilihan Nur?

Credit to: MyInfotaip

Post a Comment

3 Comments

  1. Sha dah baca novel ini.. kelakar dan menarik.. dramanya tak tahulah dapat tengok ke tak..

    ReplyDelete
  2. Rasanya, mcm tak baca lagi buku ni. Hehe. Tajuk dia mcm nak sma yg citer nora danish berlakon dgn kamal adli tu. haha konpius

    ReplyDelete
  3. Harus tengok ni... qiya suka sangat tengok tiz zaqyah berlakon sejak dari drama nur kasih lagi... eh sejak dia berlakon dalam cite Impian Ilyana lagi...

    ReplyDelete