Pengalaman Meneroka Ke Farm In The City Di Seri Kembangan

Pada hari Rabu yang lepas, kami sekeluarga makan angin ke Farm In The City di Seri kembangan. Seronok pulak bila tengok kawan-kawan bawak anak-anak mereka ke sini. Jadi, kitorang pun plan la nak bawak Thahirah ke sini. Perjalanan kami dari rumah ke FITC mengambil masa kira-kira satu jam lebih. Kira takde la jauh mana dan apa yang pasti memang berbaloi bawak Thahirah ke sini. Thahirah ni bolehlah dikatakan animal lovers. Pantang jumpa kucing, semua dia nak tegur dalam masa yang sama takut-takut berani. Ehh animal lovers ke tu? Hahaa..
 Farm In The City Di Seri Kembangan
Keputusan kami bawak dia ke sini memang sesuai sangat sebabnya sedikit sebanyak dia dapat belajar dan mengenali binatang dengan lebih dekat. 
 Farm In The City Di Seri Kembangan
Kalau sebelum ni, kami pernah jugak bawak Thahirah ke zoo, tapi zoo kebanyakan haiwan duduk dalam sangkar je. Hanya haiwan tertentu saja yang dilepaskan. Berbeza pula di Farm In The City ni, haiwan di sini kebanyakannya dilepaskan dan jinak pulak tu. Kalau korang nak tahu, Farm In The City ni berkonsepkan Petting Zoo kira macam zoo di tengah bandar. Tapi seronok la kome.

Pada masa kami datang ni, takdela ramai sangat orang cuma lawatan sambil belajar budak sekolah je la. Iyela weekdays kan. Kalau hujung minggu mungkin lagi ramai la kot. Parking pun depan pintu utama, rezeki. Haaa tunggu apa lagi jom la kita teroka Farm In The City ni.
 Farm In The City Di Seri Kembangan
Masa kitorang baru sampai, kebetulan masa tu tengah ada parrot show. Kita melencong sekejap tengok parrot show. Parrot show ni berdekatan dengan kaunter tiket. Kalau mengikut jadual sebenarnya kitorang dah terlepas Parrot Show pukul 11.30 pagi tu, kalau dah namanya rezeki dapat jugak tengok Parrot Show tu sebab ada lawatan sambil belajar dari kanak-kanak sekolah tadika. Suka betul Thahirah tengok Parrot Show tu.
 Farm In The City Di Seri Kembangan
Lepas tamat persembahan, kitorang ke Turtle & Tortoise Farm. Kat sini korang berpeluang beri makan kepada kura-kura yang paling besar dan paling tua kat sini. Kura-kura yang kinah bagi makan ni umurnya dah 35 tahun tau. Besar kan?
 Farm In The City Di Seri Kembangan
Thahirah takut-takut berani nak pegang turtle ni. Last nya dia pegang jugak. Korang pulak jangan takut dia tak gigit pun. Lepas bermesra dengan mereka ni, apa kata korang intai dulu apa yang ada dalam akuarium ni.... Hehehe
 Farm In The City Di Seri Kembangan
Lepas melawat Turtle, korang akan melalui stesen Reptile Carven. Tapi kawasan ni kinah lalu sekejap je sebab tak berani, padahal ular tu dalam kaca tengah tidur. Ehh besar jugak ular albino tu komer. Tetiba rasa seriau...
 Farm In The City Di Seri Kembangan
Stesen seterusnya ialah Bird Aviary. Tempat ni favourite Thahirah. Dia buat macam rumah dia pulak. Bagi ayam dan burung makan macam kat belakang rumah haha. Tapi serius tempat ni best burung pun jinak-jinak.
 Farm In The City Di Seri Kembangan
Bila anak sibuk bagi makan pada ayam, ibu ayahnya pulak sibuk bagi makan pada burung. Makanan ni korang boleh beli dekat kaunter tiket. 
 Farm In The City Di Seri Kembangan
Letak je makanan di tapak tangan, nanti ada la yang datang bertenggek.
 Farm In The City Di Seri Kembangan
Haa tengok burung tu. Kalau ada makanan, mesra betul hehehe
 Farm In The City Di Seri Kembangan
Cuba bila tangan kita kosong, tak nak nya dia dengan kita huhu. Ok lah sombong dengan kita, kita nak jumpa sang Merak pulak.
Masa kitorang datang ni, Merak ni dah tak kembangkan bulu dia yang cantik tu. Menurut tour guide kami, merak ni dah habis musim untuk mengawan sebab tu bulunya tak kembang. Rupanya merak yang cantik tu merak jantan, sebelah tu betina. Baru kinah tahu hahaha

Destinasi kita seterusnya ialah Savannah. Kat sini korang jumpa rusa, kambing, biri-biri dan Alpaca iaitu haiwan yang paling demand kat sini. Dia sorang je nak pakai blower hihi. Sebab habitat asalnya di tempat sejuk.
Tengokla si rusa ni. Pantang tengok orang bawak makanan. Korang jangan takut, diorang ni jinak dan satu lagi kalau korang ke sini janganla korang pakai baju yang cerah, confirm korang balik dalam keadaan yang agak comot haha.
Ni Alpaca yang kinah kata demand tu. Besar jugak. Tapi maafla yer gambar tak berapa jelas sebab cahaya kurang. 
Habis dah acara di Savannah kita ke stesen Pet Village pulak. Kat sini kebanyakkannya haiwan-haiwan yang comel seperti arnab, guinea pig dan argus. Masa kitorang ke sini, semuanya tengah kekenyangan.
Berhampiran dengan Pet Village,  ada Longkang Fishing. Thahirah suka sangat dapat main longkang kat sini. Longkang di sini korang jangan risau, airnya bersih. Ikannya pun kecik je. Banyak kali jugak Thahirah cuba nak sauk, tak pernahnya dapat pun hehe. Takpela janji dia happy. 
Dah habis main dekat longkang, kitorang bawak Thahirah ke tepi tasik. Ada banyak ikan kat sini. Itik dan swan pun ada.  Tasik ni la port paling lama kitorang bersantai kat sini. Sambil melihat kehijauan di sekitar tasik, sambil tu bagi ikan makan. 
Geram tengok ikan-ikan ni ha. Besar-besar pulak tu. 
Dah habis tenangkan diri di tasik, kitorang ke stesen seterusnya, Jungle Walk. Di sini korang akan jumpa landak Afrika, besar pulak tu. Tapi masa kitorang sampai tu dia tengah tidur. 

Seterusnya kita bergerak ke Twilight Creatures. Kat sini korang akan jumpa dua ekor burung hantu. Korang tepuk je tangan nanti dia berpaling tengok korang hihi
Stesen seterusnya ialah Exhibition Hall. Di sini korang boleh tengok skunk, racoon, helang putih dan ada juga dipamerkan ular dan anak landak pada masa tu. Thahirah suka betul dengan anak landak, comel sangat.
Tak berani nak pegang ular ni. Walaupun jinak, tapi entahlah memang tak nak pegang....
Oh ye  berhampiran Exhibition Hall ni juga, anak-anak berpeluang untuk mencuba Pony Ride. Disebabkan Thahirah tak cukup tinggi tak bolehlah dia nak merasa naik kuda. Takpe next time yer....

Berhampiran Pony Ride, korang juga boleh bermesra dengan si Raccon. Jinak sangat dia. 
Sebenarnya ada satu lagi tempat kinah nak round tapi budak Thahirah ni dah penat. Tempat tu Cow and Ostrich terletak di luar berhampiran dengan pintu masuk. Tapi tak pe la next time bolehlah kot pergi. Seronok sangat seharian di sini sampai ada orang tu tak nak balik.

Korang yang tak tahu nak pergi ke mana hujung minggu ni bolehlah bawak anak-anak datang ke sini. 

Farm In The City beroperasi pada setiap hari  bermula pada pukul 10.00 pagi hingga 6.00 petang dan ditutup pada hari Selasa kecuali cuti umum.

Harga Tiket Farm In The City
Harga Tiket (Harga Baru)
Dewasa tanpa MyKad RM55.00
Kanak-kanak dan Warga Emas tanpa MyKad RM45.00

Dengan MyKad
Dewasa RM37.00
Kanak-kanak dan Warga Emas RM30.00
(Kanak-kanak tinggi bawah 90cm adalah PERCUMA)

UNTUK MAKLUMAT LANJUT

Laman web : www.fitc.com.my
Facebook : Farm in the City MalaysiA
Instagram : @FarmInTheCityMalaysia
Hubungi : 03-8941 2099/3099
Alamat:
Lot 40137-40188,
Jalan Prima Tropika Barat,
Bandar Putra Permai,
43300 Seri Kembangan, Selangor


22 comments:

  1. Seronoknya baca dapat tengok banyak haiwan.. Ekin dah lama tak pergi zoo.. Tak tahu pulak dekat Seri Kembangan ada farm in the city. .Ada rezeki nanti nak pergi lah..

    ReplyDelete
  2. indeed nice place to visit with family and friends. Kids will like to visit this farm, time out with family as kids can get closer with nature and animals

    ReplyDelete
  3. Bestnya kinah farm in the city ni.berbaloi harga rm55 tue .. Banyak binatang2 yg ada.. Tertarik dengan kura2 tu.. Besarrr benauu haa

    ReplyDelete
  4. I bring my kids to farm in the city too... close encounter with the farm animals.. so much fun!~

    ReplyDelete
  5. Gelinya Rawlins dengan ular. Memang sejenis tak berani dengan ular. Binatang lain boleh layan tapi not ular. Haha

    ReplyDelete
  6. aida lom sempat explore tempat ni dgn anak2. will one day.
    fun nampak nyer sesiapa yg ke sini. anak2 sgt enjoy ye...
    anak2 aida sure akan extra over excited lah nanti. abis lah pet semua di sana :) hi hi hi hi...

    ReplyDelete
  7. Woohoo! Tempat ni best lagi2 boleh bawak anak2 berjalan. Banyak juga aktiviti dekat sini rupanya. SR patut visit jugak sini hee

    ReplyDelete
  8. Tempat best utk anak-anak..kalau cuti sekolah ke..weekend ke..rasa nak bawak anak2 beejalan boleh pi sini..boleh belajar mengenal haiwan kan...menarik sgt haiwan2 kat sini..

    ReplyDelete
  9. Anak anak pasti senang nih klo di bawa berkunjung ke Farm In The City di Seri kembangan sebab bisa lihat buk macam binatang

    ReplyDelete
  10. wahhh bestnya dapat jumpa haiwan2 yg sangat lah comel.

    ReplyDelete
  11. Huda pun bawa family ke FITC bulan lepas. Memang seronok anak-anak dapat sentuh dan bagai haiwan jinak makan di sini

    ReplyDelete
  12. Farm in the city ni dekat jer dengan office Bonde di Cyberjaya, tak tak berkesempatan nak datang situ.. next time nak pergi juga.. suka tengok haiwan-haiwan jinak di situ

    ReplyDelete
  13. Qeela pon suka bawak family especially my kids to this Farm In The City, bukan main seronok diorang tengok mcm2 jenis haiwan kat sana, sebab siap boleh bg mkn & pegang lagi tu kan hehe. Parrot show dia so cute, mmg pandai betul Parrot2 tu hehe. Totally have fun dgn ank2 kat situ.

    ReplyDelete
  14. Seronoknya dapat ke Farm in The City ni. Boleh kenal haiwan dengan lebih dekat. Lagi best dapat bermesra dengan haiwan di situ. Tempat yang bagus untuk keluarga.

    www.maisarahsidi.com

    ReplyDelete
  15. bestnya !!! tak tahu pulak ada kewujudan tempat nie. dekat bandar pulak tu. now dah pindah ke serdang, dekatlah dengan seri kembangan. nanti sy nak terjah ke sana bawak family. mesti dorg suka

    ReplyDelete
  16. Belum pernah pergi..tapi berkeinginan nak pergi. Tgok ramai blogger dh up entry pasal tempat ni...tu yg teringin sangat tu..hehehe

    ReplyDelete
  17. Tak pernah lagi sampai ke sini. Macam best je tengok orang pergi. Banyak juga haiwan kat sini. Mesti seronok buat family trip

    ReplyDelete
  18. nampak nau Yob dgn Kinah yg layan..heheee..syok thahirah dapat enjoy kat sana

    ReplyDelete
  19. Farm in the city ni series best untuk anak-anak..tak jumpa lagi petting zoo yang best macam ni kat KL..binatang pu jinak2 kan..nampaknya nak kena pergi sekali lagi la nanti.

    ReplyDelete
  20. Seronok tgk gmbar kwan2 yang ke sini..kids la paling best kan...dpt kenal binatang2 n pegang2 kan..mesti diorang suka kan

    ReplyDelete
  21. Kak liez dah pernah pergi FITC ni masa qaseh umur 2 tahun.. that time bwk anak-anak tadi buat lawatan.. memang seronok dan best sbb nampak tgk haiwan tu , boleh pegang dan bagi makan.. igt nak bwk pergi lagi sekali. Bawak anak teruna sekali hihihi

    ReplyDelete
  22. tiket masuk pun murah , macam2 tempat yg boleh lawat , menarik ni

    ReplyDelete