Wednesday, 12 December 2018

Minuman Kesihatan Untuk Kekal Sihat dan Bertenaga daripada Genefood Broccoli Sprout

Minuman Kesihatan Untuk Kekal Sihat dan Bertenaga daripada Genefood Broccoli Sprout | Sakit ni dia datang tak kira masa, tak kisahlah penyakit tu berbahaya ke atau pun cuma sakit biasa je. Sakit tu kan penghapus dosa. Semoga kita semua dilindungi dan dijauhi daripada penyakit yang merbahaya hendaknya.  Cakap pasal kesihatan ni, kinah nak berkongsi dengan korang dengan satu jenama minuman kesihatan yang kinah dan keluarga amalkan lebih sebulan ni iaitu minuman kesihatan Genefood Broccoli Sprout.
Minuman Kesihatan Untuk Kekal Sihat dan Bertenaga daripada Genefood Broccoli Sprout

Apa yang menarik dengan Genefood Broccoli Sprout?

First impression mestilah tengok luaran. Betul tak? Haa macam tu la kinah. Kinah bila sampai je rasa tak sabar nak minum sebab packaging dia sangat cantik dan menarik. Kotaknya pula warna-warni. Ada tiga warna, biru, peach dan merah. Walaupun kotaknya warna-warni, tapi isi kandungannya tetap sama iaitu kaya dengan sulforaphane (nanti kinah cerita dibawah) dan setiap kotak mengandungi 10 sachet. Kiranya ada 30 sachet la dan ianya cukup untuk satu bulan.
Minuman Kesihatan Untuk Kekal Sihat dan Bertenaga daripada Genefood Broccoli Sprout

Sejujurnya, kinah ni jenis memilih makan sayur dan sekarang ni terasa sangat rugi sebabnya banyak khasiat selama ni diperlukan oleh badan kita, kinah skip. Oh noooo, mujurlah kinah diperkenalkan dengan Genefood Broccoli Sprout ni. Sekurangnya orang yang jarang makan sayur macam kinah ni ada la back up untuk zat yang diperlukan dalam badan. Begitu juga dengan Thahirah. 

Jom kinah explain apa tu Sulforaphane

Minuman Kesihatan Untuk Kekal Sihat dan Bertenaga daripada Genefood Broccoli Sprout
Kalau korang nak tahu Sulforaphane tu ialah isothiocyanate yang mengandungi sulfur organik. Ianya berasal dari glucoraphanin. Ehh banyak pulak bahasa saintifik dia. Tapi takpe cukupla kalau korang faham dan kalau korang nak tahu ianya boleh didapati pada sayur-sayuran cruciferous seperti brokoli, kubis, kubis bunga, kubis brussles dan juga kale.  

Untuk pengetahuan semua, sayur-sayuran cruciferous yang berusia tiga hari mengandungi  konsentrasi glucoraphanin yang lebih tinggi iatu sebanyak 10 hingga 100 kali ganda daripada sayur-sayuran yang matang. Tahap glucoraphanin dan sulforaphane yang paling tinggi boleh didapati daripada brokoli.

Sulforaphane dihasilkan semasa glucoraphanin berkontak enzim myrosinase, terkandung di dalam sel-sel yang sama tetapi dalam bahagian berbeza. Sebagai contoh, memotong, mengunyah atau mengganggu sel brokoli memulakan proses penghasilan sulforaphane. Jika dibandingkan dengan glucoraphanin yang stabil, sulforaphane bermula merendahkan setelah penghasilan. Rupanya, Sulforaphane ni mempunyai sifat-sifat anti-oksidan, anti-bakteria, anti-kanser, anti-inflamasi, anti-penuaan, anti-diabetis dan juga perlindungan untuk saraf. Okeh, nampaknya lepas ni kena amalkan makan broccoli jawabnya.

Apa yang kinah ceritakan ni bukan kinah tulis ikut suka hati tau. Sebenarnya dah banyak dah kajian yang dilakukan oleh beberapa orang pakar bahawasanya, pucuk brocoli ni dapat membantu melawan atau menghalang pertumbuhan kanser (BOLEH RUJUK DI SINI), membantu membaiki kerosakan DNA (BOLEH RUJUK DI SINI), dapat membantu mengurangi risiko diabetis (BOLEH RUJUK DI SINI) dan juga risiko penyakit jantung (BOLEH RUJUK DI SINI)

Kelebihan Sulforaphane Yang Ada Pada Genefood

Minuman Kesihatan Untuk Kekal Sihat dan Bertenaga daripada Genefood Broccoli Sprout
1. Melindungi Sel-sel dan Gen-gen
Sulforaphane menghapuskan oksida radikal bebas yang berlebihan dalam tubuh badan kita serta melindungi sel-sel DNA dan meningkatkan sistem imun.

2. Antioksidan (Penuaan dengan sihat)
Sulforaphane berasaskan daripada tumbuhan dan antioksidannya dikatakan mampu bertahan lebih lama di mana ianya dapat membantu menghalang proses penuaan kulit, melambatkan proses penuaan secara natural serta dapat membantu melindungi tubuh selama 96 jam (vitamin c dan E hanya mampu bertahan selama 3 jam sahaja)

3. Detoksifikasi
Sulforaphane ni kalau korang nak tahu dapat  membantu detoksifikasi hati yang terkumpul lama dengan percepatkan pengeluaran toksin daripada badan kita. Iyela selama ni kita sedut bahan kimia, pencemaran udara, dan pelbagai lagi tambah pula kita ni makan macam-macam jenis.

4. Anti-Inflamasi
Makanan seperti gula, produk susu, minyak masak, lemak trans, daging yang diproses, alkohol, dan juga MSG sebenarnya penyebab  kepada inflamasi dengan adanya Sulforaphane dapat membantu mengurangkan inflamasi, membantu melawan kegemukan dan membantu mencegah inflamasi yang kronik.

5. Melindungi daripada E.Coli dan H.Pylori
Untuk pengetahuan korang juga, Sulforaphane bertindak sebagai agen antibakteria dan dapat membantu menghapuskan bakteria E. Coli yang menjadi penyebab kepada cirit-birit dan juga bakteria H.Pylori yang menjadi penyebab kepada ulser perut.

6. Memberi Perlindungan Kulit dan UV
Dipercayai sulforaphane dapat melindungi kulit daripada kesan penuaan dan dapat mencegah inflamasi kulit akibat kesan terbakar daripada sinaran matahari dan UV yang menyebabkan kerosakan kulit.

Kat mana nak dapat sulforaphane?
Minuman Kesihatan Untuk Kekal Sihat dan Bertenaga daripada Genefood Broccoli Sprout
Haaa tak payah pening kepala mana nak cari, korang cuma amalkan Genefood Brocolli Sprout ni je iaitu minuman yang diformulasikan di Australia dan ianya dihasilkan untuk manfaat kesihatan sulforaphane pada setiap hari. Haaa kan dah mudah tu. Siapa yang tak berapa suka makan sayur, kinah galakkan korang amalkan Genefood ni. Banyak khasiatnya tau.

Jom Tonton Video Ni Dulu


Pum pam pum mengenai khasiat Genefood sampai terlupa nak perkenalkan pengasasnya. Untuk pengetahuan semua, Genefood diasaskan oleh anak muda tecmpatan dan paling utama orangnya memang cantik iaitu Yew Wan Ting. Semuanya bermula apabila ibunya meninggal dunia kerana sakit yang berpanjangan. Sejak itu, beliau mula menjalankan penyelidikan dan mendapati kebanyakan ahli keluarganya mewarisi gen bermutasi yang memungkin mereka berisiko menghidapi pelbagai penyakit.
Minuman Kesihatan Untuk Kekal Sihat dan Bertenaga daripada Genefood Broccoli Sprout
Ini menginspirasinya untuk meneroka diet sihat dan manfaat kesihatan sulforaphane yang membawa kepada pelancaran Genefood iaitu siri minuman yang bertujuan mengoptimumkan ekspresi gen dan membantu semua orang dapat makan dengan baik untuk gen mereka.


Pandangan selepas mengamalkan Genefood

Seperti yang kinah beritahu pada awal tadi, Genefood kini menjadi pilihan keluarga kinah kerana bukan saja rasa beri yang sedap malah khasiatnya tu menyebabkan kami dah mula jatuh cinta. Baru-baru ni suami kinah mengalami batuk berkahak yang agak teruk, tambahan pula beliau juga merokok dan disebabkan merokok la memburukkan lagi keadaan sehingga mengganggu kehidupan sehariannya.

Selepas kinah bancuh minuman Genefood ni kepadanya, sudah mula nampak sikit-sikit perubahan berlaku kepadanya. Batuknya sudah mula berkurangan dan beransur pulih, dan beliau dapat rasakan dadanya semakin lapang dan rasa lebih sihat dari sebelum ni. Sejak dari tu, beliau sering minta kinah bancuhkan minuman Genefood untuknya. Alhamdulillah suami pun dah tak batuk-batuk dan kkini semakin sihat.

Kinah pula, selepas mengamalkan Genefood ni badan rasa lebih bertenaga. Kiranya bila tak minum Genefood rasa tak sah pula ditambah pula dengan rasa beri asli yang sedap. Memang tak rugi la kalau korang beli set minuman Genefood ni sebab seisi keluarga boleh mengamalkannya. Thahirah pun suka.

Ramuan Utama Genefood Broccoli Sprout

Antara ramuan utama yang terdapat dalam Genefood Brocolli Sprout ialah
Minuman Kesihatan Untuk Kekal Sihat dan Bertenaga daripada Genefood Broccoli Sprout
Pucuk Brokoli - begitu kaya dengan sumber sulforaphane dan terbukti sebagai antioksidan yang mampu bertahan lama dan mampu hentikan tindakan bahaya radikal bebas, anti-inflamasi, detoksifikasi segala toksin dari dalam badan.

Blueberi, Raspberi, Strawberi, Anggur, Cranberi - beri yang kaya dengan antioksidan dapat membantu meningkatkan daya ingatan. Beri juga mempunyai serat yang tinggi dan zat makanan penting digunakan untuk sistem pencernaan.

Bit Merah - dapat meningkatkan imun, vitamin c, serat, kalium (untuk saraf dan otot yang sihat) dan mangan (manfaat untuk tulang, hati, ginjal, dan pankreas)

Vitamin C - mengembangkan dan membaiki tisu badan untuk mengekalkan kesihatan kulit dan pembentukan kolagen dan penyerapan zat besi.

Prebiotik - mendorong pertumbuhan bakteria usus yang bermanfaat serta meningkatkan penyerapan kalsium, magnesium, zink, dan zat besi di dalam usus besar

Individu yang digalakkan untuk mengambil Genefood Broccoli Sprout

Mesti korang tertunggu-tunggu saat-saat ni kan. Iyela dah panjang lebar kinah cerita tentang Genefood ni, mesti la excited nak tahu siapa yang digalakkan untuk mengambil Genefood Broccoli Sprout ni kan.
  • Mereka yang kurang makan lima hidangan sayuran dan buah-buahan setiap hari.
  • Mereka yang mengalami masalah sembelit
  • Mereka yang mengalami fungsi hati yang teruk
  • Individu yang tidak mengamalkan gaya hidup yang sihat, mengalami tekanan dan kurang tidur
  • Perokok dan peminum yang kronik
  • Mereka yang tergolong dalam kumpulan 3T (kolestrol yang tinggi, gula yang tinggi dalam darah, tekanan darah tinggi)
  • Kulit kusam dan penuaan
  • Pelajar yang memerlukam konsentrasi yang tinggi
  • Wanita hamil
Hmm kalau korang nak tahu, kinah ni boleh dikatakan kurang tidur kerana nak menyiapkan kerja-kerja rumah yang tertangguh yang tak dapat disiapkan pada siang hari di samping nak menyiapkan kerja-kerja blog.

Cara Pengambilan yang Dicadangkan

Minuman Kesihatan Untuk Kekal Sihat dan Bertenaga daripada Genefood Broccoli Sprout
Kebiasaannya, kinah akan guna air masak je ataupun ikut seperti yang disarankan iaitu mengikut suhu bilik untuk  bancuh air macam ni. Cuma masukkan satu sachet Genefood Broccoli Sprout ke dalam air 200ml, dan kacau sehingga benar-benar larut kemudian terus minum untuk mengelakkan oksidasi. Nak lagi mudah, kita shake shake je dan terus minum. Bagi orang dewasa, kita disarankan untuk mengambil 1 atau 2 sachet saja setiap hari, manakala kanak-kanak pula hanya 1 sachet saja sehari. Oh ye, kanak-kanak seawal 3 tahun pun dah boleh amalkannya tau.

Seeloknya Genefood Broccoli Sprout ni diambil sebelum kita tidur supaya toksin yang terdapat di usus, toksin yang berkumpul di dalam saluran darah dan hati dapat dibersihkan.

Kalau nak tahu, 1 sachet tu bersamaan dengan 1 cawan pucuk broccoli dan 1 cawan pucuk broccoli bersamaan dengan 7 kg broccoli. Cuba la korang bayangkan la ye, lalu ke korang nak makan 7 kg broccoli setiap hari hehe. Renung-renungkan la ye. Apabila korang amalkan Genefood Broccoli Sprout ni, antara manfaat yang korang dapat ialah
  • Pengambilan selama 1 bulan - Detoksifikasi selama 3 kali seminggu
  • Pengambilan selama 2 bulan - memperbaiki kulit, berasa segar dan bertenaga
  • Pengambilan selam 3 bulan - meningkatkan imun dan kulit lebih berseri
  • Pengambilan dalam tempoh yang lama dan konsisten -  melindungi sel-sel dan gen-gen serta melambatkan proses penuaan.

Genefood Broccoli Sprout Di Media

Minuman Kesihatan Untuk Kekal Sihat dan Bertenaga daripada Genefood Broccoli Sprout
Minuman Kesihatan Untuk Kekal Sihat dan Bertenaga daripada Genefood Broccoli Sprout
Minuman Kesihatan Untuk Kekal Sihat dan Bertenaga daripada Genefood Broccoli Sprout
Minuman Kesihatan Untuk Kekal Sihat dan Bertenaga daripada Genefood Broccoli Sprout

Di Mana Genefood Broccoli Sprout Boleh Didapati

Ehh tunggu apa lagi, korang kena dapatkan Genefood Broccoli Sprout ni juga jika nak rasa lebih sihat dan bertenaga plus boleh kurus lagi. Lagipun bukannya kena masak ke apa, tak payah semua tu, korang cuma bancuh dan terus minum je. Lebih mudah kan ditambah pula sibuk dengan kerjaya sampai tak ada masa nak sahut kempen gaya hidup sihat. Ni je la cara dapat membantu korang. 

Mana nak cari Genefood ni?

Korang boleh beli di farmasi, kedai makanan organik atau nak lagi mudah order je secara online di http://genefood.store. Sekarang ni kan semuanya dihujung jari je.

Harga:
10g x 30 paket = RM 200
10g x 10 paket = RM 78

UNTUK MAKLUMAT LANJUT

Telefon: +6011-1661 3333
E-mel: hello@genefood.asia  

4 comments:

  1. Boleh try ni.. detoxs sekali . Memandangkan Rabia ni ada banyak toksin .

    ReplyDelete
  2. Memang produk yg menyihatkan

    ReplyDelete
  3. hmmm... banyak khasiatnya... supplemen yang bagus ni..

    ReplyDelete