Atasi Masalah Kedut dan Garis Halus Dengan Murad Dew A Little Travel Pack

Atasi Masalah Kedut dan Garis Halus Dengan Murad Dew A Little Travel Pack | Perempuan mana yang tak nak cantik, cuba bagitau kinah.. haa semua nak cantik kan.. Begitulah juga kinah ni. Walaupun usia baru nak melangkah 30 an tahun ni, penjagaan kulit muka sangat penting tau supaya kita ni takde la nampak kelihatan tua sebelum usia. Oleh itu, hari ni kinah nak kongsi dengan korang semua dengan satu produk iaitu Murad Dew A Little Travel Pack yang mana ianya dapat membantu mengurangkan kesan garis-garis halus dan kesan penuaan di muka dan paling best ianya  juga mesra travel.
Atasi Masalah Kedut dan Garis Halus Dengan Murad Dew A Little Travel Pack
Murad Dew A Little Travel Pack
Haa tengok tu packagingnya yang comel akan memudahkan kita membawanya ke mana saja. Macam baru ni kinah pergi bercuti, memang tak tinggal langsung krim ajaib ni.  Oh ye kalau korang nak tahu, krim ni bukan untuk muka sahaja ye, korang juga boleh sapu krim ni di leher korang. Don't worry ye.


Apa yang best dengan Murad Dew A Little Travel Pack

Semua produk ada keistimewaannya begitu juga dengan produk Dew A Little Travel Pack ni. Antara keistimewaannya ialah
  • Dapat membantu meningkatkan keupayaan kulit dan mengekalkan keseimbangan air dan kelembapan pada kulit kita. 
  • Penghidratan selama 24 jam dan tahan lebih lama
  • Membantu mengurangkan kesan penampilan garis-garis halus dan mengurangkan kedutan di wajah kita
  • Sesuai untuk light travel

Bahan-bahan Utama yang Terdapat di dalam Murad Dew A Little Travel Pack

Atasi Masalah Kedut dan Garis Halus Dengan Murad Dew A Little Travel Pack
Teknologi asid hyaluronik yang tinggi - Meningkatkan keupayaan kulit untuk menarik dan mengekalkan air jauh ke dalam permukaan kulit supaya kulit akan kelihatan tegang dan terhidrat lebih lama

Ekstrak kelapa - Memberi kelembapan kepada kulit untuk mengelak dehidrasi dan kulit akan  nampak lebih licin dan kelihatan muda.

Mentega Shea, alpukat, bunga matahari dan minyak buah zaitun - Membantu memulihkan kulit supaya kulit lebih lembut dan lebih sihat

Kandungan Lain
Water/Aqua/Eau, C12-15 Alkyl Benzoate, Glycerin, Dicaprylyl Carbonate, Cetearyl Alcohol, Butylene Glycol, Ethoxydiglycol, Butyrospermum Parkii (Shea) Butter, Phenoxyethanol, Cetearyl Glucoside, Xylitylglucoside, Phenyl Trimethicone, Helianthus Annuus (Sunflower) Seed Oil, Cocos Nucifera (Coconut) Fruit Extract, Polyacrylate Crosspolymer-6, Acrylamide/Sodium Acryloyldimethyltaurate Copolymer, Anhydroxylitol, Isohexadecane, Chlorphenesin, Allantoin, Urea, Xanthan Gum, Glucosamine HCl, Xylitol, BHT, Bisabolol, Dipotassium Glycyrrhizate, Disodium EDTA, Ethylhexylglycerin, Laminaria Digitata Extract, Olea Europaea (Olive) Fruit Oil, Persea Gratissima (Avocado) Oil, Saccharomyces Cerevisiae Extract, Tocopheryl Acetate, Polysorbate 80, Sodium Hyaluronate, Retinyl Palmitate, Avena Sativa (Oat) Kernel Extract, Yeast Amino Acids, Betaine, Inositol, Taurine, Trehalose, Magnesium Chloride, Palmitoyl Dipeptide-5 Diaminobutyroyl Hydroxythreonine, Palmitoyl Tripeptide-5, Tetradecyl Aminobutyroylvalylaminobutyric Urea Trifluoroacetate

Siapa yang Patut Mencuba Murad Dew A Little Travel Pack

Mereka yang menghadapi masalah kulit kusam, kulit kering dan penampakan kesan-kesan garis halus dan penuaan. Oh ya sebelum terlupa,  korang jangan risau, Murad Dew A little Travel Pack ni semua jenis kulit sesuai pakai. Tak kira la kulit korang tu sensitif, normal, mahupun kombinasi dan apa yang pasti bebas dari Parabens, Sulfat, Phthalates dan Gluten.
Atasi Masalah Kedut dan Garis Halus Dengan Murad Dew A Little Travel Pack
Cara nak guna pun mudah, hanya sapu pada muka, dan leher pada waktu pagi dan malam diikuti dengan pelindung matahari Murad.

Dah ada kajian tau mengenai Murad Dew A Little Travel Pack ni ye, kalau korang nak tahu, 92% pengguna Pelembab Murad Hydro-Dynamic Ultimate Moisture Dew A Little ni mengatakan garis halus dan kedutan di muka mereka kurang selepas 1 minggu penggunaan secara konsisten. Wahhh siapa tak suka bila kesan kedut dah berkurangan. 

Minat tak nak cuba produk Murad ni? Jika berminat dan nak tahu lebih lanjut lagi mengenainya, korang boleh terus direct layari website Murad dan Instagram.

9 comments:

  1. Wahh macam menarik. nanti jenguk insta. Mana tahu berkenan

    ReplyDelete
  2. Nampak macam menarik, boleh lah cuba nanti. Sesuai lah dengan umur yang semakin meningkat nih.Nak bawak jenjalan pun senang.

    ReplyDelete
  3. murad mmg antara produk lama yang masih berbisa.. antara produk yang bagus dan berkesan..

    ReplyDelete
  4. Org2 muda skrg mmg lebih bijak dr generasi akak - ramai yg sedar ttg kepentingan mjaga kulit dr awal. Good for you! Akak pun suka produk yg travel sizes - mudah bawa ke mana2 & x perlu simpan lama2 (so, x risau benda expire sblm habis guna). Btw, you are very pretty. 😍

    ReplyDelete
  5. Hari-hari kak ana wajib pakai sebelum keluar rumah. Suka tekstur dia yang ringan.

    ReplyDelete