Wednesday, 23 January 2019

Itinerary Trip Ke Thailand Part 3

Mesti korang bosan sebab takde gambar kan? Maafla ye, bukan tak nak tangkap gambar cuma bateri handphone dah liaw. Tangkap gambar mana yang sempat je. Nak charge, charger tak ngam dengan plug. So, next time kalau korang nak pergi travel ke luar negara jangan lupa beli travel charger yang compatible dengan plug international. Haha nasib la sapa suruh tak bawak. Dah nama pun unplanned trip. Kinah charge handphone pun guna kereta. Nasib bawak kereta sendiri kalau tak sesat banat la kitorang kat Thailand tu.

Itinerary Trip ke Thailand

Berbalik semula pada sambungan cerita di Krabi. Alhamdulillah mujurlah cuaca pada pagi tu cerah. Jadi, kami sekeluarga ambik keputusan untuk jalan-jalan di sekitar Aao Nang Beach tu. Pada mulanya, suami ajak naik gojek, gojek orang Krabi ni macam motor roda tiga tu tau. Tapi ada tempat duduk dan berbumbung. Korang boleh imagine tak hehe. Bila tanya pada pemandu tu, suami kata better kita naik kereta je sebab kita sendiri pun tak tahu sampai pukul berapa nak pusing situ dan paling utama lebih safety sebab kita ada anak kecik. 

Pergi parking kereta, mujurlah masa tu tempat parking tak penuh sangat macam malam semalam. Kitorang dengan yakin, balik jalan-jalan dekat Aao Nang Beach tu confirm ada parking untuk kitorang. Sebelum nak jalan-jalan kat situ, biasalah perut kena isi dulu. Masa tanya pemandu gojek tadi, beliau ada bagitau berdekatan dengan masjid ada kedai makan halal dekat situ. 

So, kami terus ke sana ikut panduan pemandu tu. Hahhh memang betul ada kedai makan halal kat situ. Orang kita lagi yang berniaga kat situ. Kitorang tak cari tempat lain dah terus terjah je Restoran Malayisa Krabi. Itu nama kedainya, dan ianya dikendalikan 100% orang kita, orang Perlis katanya. Dia berhijrah ke sini. Korang nak ke Krabi nanti boleh la makan di sini. Terubat jugak rindu nak makan nasi lemak. Cuma bezanya, kali ni makan nasi lemak Krabi lol. Bukan nasi lemak je ada, korang boleh makan roti canai, nasi goreng, bihun dan macam-macam lagi. Ala sama je menu kita sarapan pagi di Malaysia. 

Haa paling kinah tak lupa, sebelum nak keluar dari restoran tu suami kinah dah order siap-siap dengan orang kedai tu pulut ayam buat bekal makan kami dalam kereta nanti. Lama kot perjalanan dari Krabi nak ke Songkhla semula. Korang kalau ke Thailand, jangan lupa cuba pulut ayam. Sedap sangat. Tapi pastikan korang beli tu dari kedai yang halal ye. 

Selesai sarapan, kami bergerak ke Aao Nang Beach. Kat situ dah nama pun beach mesti ada pantai. Thahirah ni begitu teruja bila nampak pantai, mulalah dia mintak nak mandi tepi pantai tu. Pada mulanya kinah tak bagi sebab tak bawak baju tukar untuk dia, tak bajet pun nak bawak dia mandi kat situ. Hujung tahun, faham-faham je la musim tengkujuh. Tapi bila tengok keadaan pantai takdela bergelora dan ada pulak mat salleh tengah mandi dia lagi la bising nak mandi.

Souvenier

Kami pun bagitau pada dia, nak mandi kejap lagi. Kita pergi jalan-jalan dulu cari souvenier. Mujurlah dia ok.

Settle cari souvenier, ayahnya pun melunaskan janjinya nak bawakkan dia pergi mandi kat tepi tu. Jadilah buat lepas hajat. Berendam sekejap je. Lepas berendam tu cepat-cepat balik hotel dan mandikan dia sekali lagi. Dah siap mandikan semua, kemas-kemas barang untuk check out. Serius best sangat bilik ni. Luas pulak tu. Nanti kinah review hotel ni di entri akan datang.

Lepas pulangkan kunci, kami pun bergerak ke Songkhla semula. Setting maps apa semua bermulalah perjalanan kami. Masa ni la ambik kesempatan nak charge bateri lama sikit. Bila ikut maps yang google bagi, kitorang rasa kenapa kami tak ikut jalan yang ni semalam. Rupanya ada jalan short cut ikut jalan kampung Sabar je lah. Takdela lama sangat macam semalam. Tapi jalan Trang Andaman Getway tu tetap lalu jugak. Kami sampai ke Songkhla dah petang, mujurlah kami ada beli bekal masa di Krabi tadi. Alhamdulillah dapat lapik perut kami bertiga. Kenapa kami ke Songkhla semula?

Songkhla City

Sebabnya ada barang kami di hotel yang kami check in masa mula-mula masuk tu. Suami kata bagus jugak buat macam ni, sebab ada tempat kami nak berehat, mandi semua. Lepas dah mandi di hotel, suami ajak cari tempat makan sebab dah lapar. Pusing-pusing la kami bertiga ke Samila Beach. Kat situ ada je kedai makan yang halal. Suami kinah belikan nasi paprik dan nasi goreng kampung. Tapi rasanya so so je la. Jadi la kan buat isi perut. Lepas makan dan solat kami tidur sekejap sebab nak keluar dari Thailand hari tu juga. 

Tapi itulah sebaik-baik rancangan kita, rancangan Allah juga paling baik. Sampai je kat Danok kami tak lepas keluar sebab dah pukul 12 tengah malam. Ahh sudah takkan lan kami bertiga nak tidur dalam kereta ni dan duduk melangut je tepi pagar sempadan ni. Adehhh nak tak nak terpaksa la kami check in hotel dekat Danok. Hmmm korang tau-tau je la Danok ni tempat apa. Faham-faham sudah. Mujurlah ada cash money lagi dekat kami. Sebabnya nak keluar duit kat mesin atm dah tak boleh dah sebab kinah setting sampai 25 haribulan saja untuk kegunaan pengeluaran atm di luar negara. 

Hmm entah apa nasib malam tu, hotel yang kami diami ni dia nak pegang pasport kami sebagai deposit. Suami kinah pertikaikanlah kenapa nak pegang passport kami sedangkan hotel lain cuma ambik passport buat salinan dan serahkan semula pada kami tapi hotel ni tak. Dia nak pegang yang original punya. Nak cari hotel lain, dah bayar. Malam tu suami mula lah resah gelisah panas punggung sebab dia pegang passport kami. Suami kinah dalam dia panas hati tu, sempat lagi nak makan. Suami pun keluar cari makan kat area situ. Mujurlah ada kedai makan yang bukak lagi masa tu. Sambil tu dia sempat menyembang dengan orang kita, dia meluahkan la apa yang dialami tadi. 

Menurut uncle tu, hotel tu buat macam tu sebab ada kes. Kes nya ada orang India menginap di situ mabuk dan entah macam mana terjadinya kebakaran. Disebabkan itu, pihak hotel tu buat macam tu. Hotel tu je yang buat macam tu. Hotel lain tak pun. Bajet hotel ni high class tapi sebenarnya apa orang sebelah cakap pun kita boleh dengar. Hahhhh paling geram sekali sampai pagi kot diorang buat bising sebelah tu, taulah Krismas hari tu. Tapi hormati jugakla customer lain.

Kinah ni sebenarnya suka membelek hotel, kiranya check la apa yang ada dan menarik kat sini. Hmmm takde apa pun sebenarnya yang menarik kat sini cumaaa..... Kalau korang nak tau, hotel kami menginap ni ada servis ke bilik tau. Servis ke bilik yang kinah maksudkan ialah servis mengurut sehinggalah servis ehem ehem. Faham-faham sendiri sudah. Dah nama pun Danok. Semua orang tau itu tempat apa. Malam tu kami tidur awal sebab kami nak keluar dari sempadan tu sebelum matahari naik. Awal pagi dalam pukul 6.00 kami check out. Ambik balik passport kami. Oh ye sebelum dapat passport tu, diorang akan periksa dulu bilik kita. Pergh strict betul hotel ni. Suami kinah suruh follow pengawal tu, mana la tahu dia nak buat taik kat kita lepastu nak tahan passport kita. 

Kami nak takut apa, bukannya kami bakar pun bilik tu. Kami cuma tidur je. Jadi, lepas pengawal tu berpuas hati dengan keadaan bilik tu, baru la dapat balik passport kami semula dan terus ke pintu sempadan. Pagi lagi kot, tak ramai lagi. Jadi proses tu sekejap je. Akhirnya, berakhir lah percutian kami ke Thailand, dan kami pun bergerak pulang ke rumah mak kinah di Perak.

Walaupun singkat, tapi pengalaman tu paling berharga. Walaupun banyak pengalaman yang manis, ada juga pahitnya. Nanti kinah review hotel yang kami check in sepanjang kami di Thailand.


6 comments:

  1. Biasa kalau bercuti, memang macam tu sis.. Ada moment yang saat manis, ada moment yg saat buruk. Tapi sekurang experience dapat bercuti dengan sekeluarga..

    http://www.imaginasiklasik.com

    ReplyDelete
  2. wah bestnya.. apapun kalau dah nama bercuti mmg terasa release stress

    ReplyDelete
  3. dapat drive sendiri kat sana tu memang advantage. boleh pergi mana nak pegi lepas tu lepak ikut time kita sndiri.
    adoi faham keresahan charger tu. penah jadi sekali walaupun trip dalam negara. tetap rasa
    serabut. since then mmg selalu bawak power bank.
    itu pun selalu jugak lupa. mmg untuk
    safety dan fungsi2
    lain kita perlukan fon..

    ReplyDelete
  4. tak senang duduk kita kalu hotel pegang pasport kita.. huhu. nsib xd pe2 yg serius kan.

    ReplyDelete
  5. alahai.
    seram nyer.
    passport takde di tgn :(

    ReplyDelete
  6. Kalau ika org lain pegang passport ika, maunya ika duk situ tak pi mana dh. bestnya kak kinah pi travel hee

    ReplyDelete

Instagram