Sunday, 17 February 2019

Char Kuey Teow Sedap Di Tanjung Rambutan

Char Kuey Teow Sedap Di Tanjung Rambutan | Korang yang ada cadangan nak pergi bercuti ke Ipoh, korang jangan lupa masukkan Zan Railway Char Kuey Teow dalam list korang. Confirm tak menyesal.

Kalau korang biasa makan char kuey teow di kedai lain, mesti tak puas makan sebab kuey teow sikit. Tapi Zan Railway Char Kuey Teow portion dia banyak. Memang puas korang makan. Haa tengoklah char kuey teow udang kinah ni, mengancam tak?

Char Kuey Teow Sedap Di Tanjung Rambutan

Sebut pasal harga, jangan korang risau. Walaupun kuey teow banyak tapi harga dia masih cun. Nak tau harganya korang boleh rujuk gambar di bawah.

Char Kuey Teow Sedap Di Tanjung Rambutan

Haaa macam mana? Harga standard tapi portion banyak.

Korang yang teringin nak mencuba char kuey teow sedap di Ipoh ni, korang boleh lah datang ke Zan Railway Char Kuey Teow. Lokasinya berdekatan dengan Hospital Bahagia Tanjung Rambutan atau lebih mudah di stesen kereta api Tanjung Rambutan. Kalau tak tahu korang boleh je google maps nak ke sana.

Oh ye tak dapat nak ke kedai sebab kekangan masa, takpe Zan Railway Char Kuey Teow ada buat penghantaran sekitar Tanjung Rambutan saja. Sesiapa nak buat penghantaran boleh call nombor 0165071569 (untuk yang tinggal di sekitar Tanjung Rambutan)

Waktu Operasi
Isnin - Khamis : 5.15 pm hingga 11.00 pm
Jumaat : CUTI
Sabtu - Ahad : 8.00 am hingga 12.00 pm
Hari Kelepasan Am : 4.15 pm - 11.00 pm

Tags/Kata Kunci
Char Kuey Teow, Tanjung Rambutan

7 comments: