Neem Balm Keluaran ZM Beauty Membantu Mengurangkan Masalah Tumit Kaki Pecah

Neem Balm Keluaran ZM Beauty Membantu Mengurangkan Masalah Tumit Kaki Pecah | Neem atau dengan nama lainnya semambu merupakan sejenis tumbuhan dalam keluarga mahogani Meliaceae iaitu merupakan satu dari dua spesies sejenis azadiratcha. Kalau dulu bila terkena Chicken Pox je, daun semambu la yang dicari. Agak payah jugak la nak cari daun ni sebabnya kebanyakan yang tanam daun ni orang India je. Sekarang ni korang tak payah susah susah dah nak cari daun ni, nak pergi mintak atau beli dekat rumah orang lagi dah apabila ZM Beauty mengambil inisiatif untuk menginovasikan daun semambu ni menjadi bentuk balm seiring dengan keperluan semasa.

Neem Balm Keluaran ZM Beauty Membantu Melembapkan Kulit dan Membantu Mengurangkan Masalah Tumit Kaki Pecah

Neem Balm Keluaran ZM Beauty Membantu Mengurangkan Masalah Tumit Kaki Pecah
Sejak diperkenalkan dengan Neem Balm, rasa tak lengkap pulak hari tanpanya. Saiznya yang comel memudahkan kinah untuk membawanya ke mana saja. Tak kisah la nak berjalan jauh atau pun dekat saja. Mesti Neem Balm ni ada dalam sling bag kinah. Berguna di saat-saat memerlukan. Mana taknya, kulit kinah ni agak kering terutamanya bila berada dalam tempat aircond dalam jangka masa yang agak lama. So, neem balm ni sangat membantu.

Selain membantu melembapkaan kulit, Neem Balm juga dapat membantu korang yang ada masalah tumit kaki pecah. Siapa di antara korang yang mengalami masalah tumit pecah? Kinah pun ada juga mengalaminya tapi setakat ni takde la teruk sangat. Auchhh dah tak cantik kaki kita kan. Nak pakai selipar pun rasa malu.

Punca Tumit Kaki Pecah

Neem Balm Keluaran ZM Beauty Membantu Mengurangkan Masalah Tumit Kaki Pecah
Tumit kaki kita ni pecah berpunca daripada kekurangan lembapan di bahagian tumit kaki kita. Selain itu, ada lagi penyebab lain yang menjadi punca tumit kaki kita pecah seperti
  • kaki sering terdedah kepada suhu sejuk seperti bilik berhawa dingin
  • mereka yang mengalami masalah diabetis dan obesiti 
  • Amalan pemakanan yang tidak sihat
  • Penggunaan sabun yang tidak sesuai

Akhirnya punca dah dikenalpasti dan tiba masanya untuk kita cari jalan penyelesaian untuk mengatasi masalah tumit kaki pecah. Macam kinah, kinah dah cuba pelbagai krim, losyen untuk tumit kaki tapi satu pun takde yang ok dan serasi. Mujurlah kinah telah diperkenalkan dengan Neem Balm yang super best ni. Alhamdulillah Neem Balm dapat membantu.

Nak guna pun mudah je, korang masa mandi tu sental tumit kaki tu dengan batu untuk singkirkan kulit-kulit kasar dan kering. Selepas mandi tu korang sapu dengan Neem Balm dan amalkan secara konsisten setiap hari. Insya Allah tumit korang dah tak pecah dah.
Neem Balm Keluaran ZM Beauty Membantu Mengurangkan Masalah Tumit Kaki Pecah

Siapa yang Sesuai Menggunakan Neem Balm

Bila dengar je balm, mesti korang akan fikir "baby boleh guna ke?" Mana taknya, kita biasa dengar balm ni untuk kegunaan orang dewasa saja kerana "panas". Tapi Neem Balm ni unik dan organik. Bila sapu pada kulit rasa sejuk je tau. Jadi tak payah risau, semua golongan boleh guna dari baby sehingga orang dewasa.

Kenapa Perlu Memilih Neem Balm

  1. Mendapat kelulusan daripada Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM)
  2. Tidak mengandungi bahan kimia yang berbahaya
  3. Lebih Natural dan semestinya wangi
  4. Mudah diserap dan tidak berminyak
  5. Menggunakan daun Neem atau Semambu yang asli.


Kandungan Neem Balm

Seperti mana yang kinah bagitau di atas tadi, kandungan Neem Balm keluaran ZM Beauty semuanya menggunakan bahan natural yang mana semestinya mengandungi serbuk neem, minyak zaitun, minyak bunga, lavender dan Teh Hijau. Haa semua tu bahan semula jadi dan insya Allah tidak ada kesan sampingan dan telah diuji di makmal PERMULAB SDN BHD KKM NOT 181101999K

Mengapa Neem Balm Perlu Ada Dalam Beg Korang

Ni nak cerita sikit, kinah ni bila masuk dalam kereta je confirm kulit akan menjadi kering. Biasalah tu, dah pasang aircond. So, sebelum nak gerak ke mana-mana kinah akan pastikan kinah kena sapu dulu dengan Neem Balm. Kalau rushing sangat pakai je dalam kereta sebab Neem Balm ni comel dan mudah di bawa ke mana saja. Selit je dalam poket handbag tu. Mudah kannn.

Selain tu, cuba korang tengok tekstur Neem Balm ni sebelum sapu dan selepas sapu Neem Balm. Korang akan lihat, tekstur neem balm ni mudah diserap dan tidak berminyak. Kalau guna losyen kat tempat tumit pecah tu susah pulak korang nak jalan sebab licin. Tapi Neem Balm ni tak. Lepas sapu korang boleh terus jalan macam biasa.
Neem Balm Keluaran ZM Beauty Membantu Mengurangkan Masalah Tumit Kaki Pecah
Ni gambar sebelum sapu neem balm. Korang boleh tengok betapa keringnya kulit kinah ni.
Neem Balm Keluaran ZM Beauty Membantu Mengurangkan Masalah Tumit Kaki Pecah
Gambar yang ni, kinah sapu sikit di tempat yang kering tu. Nampak tak, ianya meresap elok ke dalam kulit dan tak berminyak pulak. Bila dah sapu ni, asyik nak cium je tangan ni. Wangi!!! Heheh

Pengalaman Menggunakan Neem Balm

Sepanjang kinah menggunakan Neem Balm ni, rasa syukur sangat bila diperkenalkan dengan Neem Balm ni. Masalah kulit kering kinah dah mula berkurangan tau. Terasa lembap je bila disentuh, kalau dulu hmmm tak tau la. Sampai mak kinah tegur "keringnya kaki kamu". Haa sampai macam tu sekali. Malu kot bila mak sendiri tegur macam tu. Bila dah selalu terdedah dengan aircond macam ni la jadinya. Tumit yang pecah sikit tu pun dah mula berkurangan. Happy sangat dengan Neem Balm.

Selain kinah, Thahirah pun kinah sapu dengan Neem Balm.  Suka betul dia dengan balm ni. Pantang betul dia nampak Neem Balm mesti nak sapu sana sini.
Neem Balm Keluaran ZM Beauty Membantu Mengurangkan Masalah Tumit Kaki Pecah
Kalau korang nak tahu, setiap pembelian Neem Balm, korang akan terima bukan satu tapi 3 free gift tau. Comel betul case, keychain dan termometer digital ni ha. (Stok Terhad)

Macam mana berminat tak nak dapatkan Nee Balm yang best ni? Ataupun berminat untuk menjadi agen pun boleh je dapatkan detail berkenaan untuk menjadi agen di link yang kinah sertakan di bawah

UNTUK MAKLUMAT LANJUT
FB Page: NeemBalmHQ
Whatsapp: 011-32484182
Call: 07-7550792


Post a Comment

11 Comments

  1. selalu jadi cemni kalo kena pakai heels lama2.. kasut biasa ok je.. elok la ade balm ni. size pun kecik comel senang nak dibawa kemana2..

    ReplyDelete
  2. Serius ke jadi ni... Ngah mencari krim utk tumit pecah gak ni..

    ReplyDelete
  3. Jom dapatkan neem balm dari Misibell, mini stokis sah zm beauty
    www.wasap.my/60132008017

    ReplyDelete
  4. I like it when individuals get together and share views. Great
    website, continue the good work!

    ReplyDelete
  5. nampak macam best neem balm ni...

    ReplyDelete
  6. menarik nih kinah.. Sha pun sejak musim panas ni kulit kaki kasar jadinya...

    ReplyDelete
  7. Boleh bagi suami ni, kaki dia kering gila haha

    ReplyDelete
  8. Menarik ni kinah. Kebetulan tumit kaki kak ana pun merekah. Boleh lah ushar ni.

    ReplyDelete
  9. masalah paling utama.. tumit kaki mesti pecah2 teruk..nak beli jugakla..

    ReplyDelete
  10. waa bagusnya neem balm ni...bole la cuba juga sebab tumit kaki ni pecah2 gak kesan berdiri lama sangat buat tempahan brownies..

    ReplyDelete