Saturday, 9 March 2019

Rangkaian Safi Expert Solution Mampu Mengurangkan Bintik Hitam Seawal 2 Minggu

Rangkaian Safi Expert Solution Mampu Mengurangkan Bintik Hitam Seawal 2 Minggu  | Wanita dan kecantikan boleh diumpamakan "bagai isi dengan kuku". Bila ada je produk kecantikan baru keluar dari pasaran mesti nak cuba. Nak nak pula khusus untuk penjagaan kulit wajah. Mana taknya, perubahan cuaca yang tak menentu sekarang ni akan menjadikan kulit kita mengalami masalah pigmentasi atau bahasa mudahnya jeragat. Oleh itu, bagi mengurangkan kesan pembentukan pigmentasi di wajah, kinah nak kongsikan dengan korang produk baru keluaran Safi iaitu Safi Expert Solution Anti Hyper Pigmentation

Rangkaian Safi Expert Solution Mampu Mengurangkan Bintik Hitam Seawal 2 Minggu

Rangkaian Safi Expert Solution Mampu Mengurangkan Bintik Hitam Seawal 2 Minggu

Safi Expert Solution Intensive Ampoules Anti Hyper Pigmentation

Kinah nak cerita dulu mengenai set Anti Hyper Pigmentation ni. Sepertimana yang kinah cerita di atas tadi, Safi Expert Solution Intensive Ampoules di reka khusus bagi mengurangkan kesan pigmentasi. Didatangkan dengan set kotak bewarna hitam yang tampak ekslusif seiring dengan hasilnya yang menakjubkan.
Rangkaian Safi Expert Solution Mampu Mengurangkan Bintik Hitam Seawal 2 Minggu
Untuk pengetahuan korang semua, Intensive Ampoules ni telah diuji secara klinikal dan ianya telah terbukti dapat mengurangkan bintik-bintik hitam hanya dalam dua minggu saja dengan penggunaan secara konsisten.

Apa yang penting
  • Tiada Minyak Mineral
  • Tiada Alkohol
  • Tiada Silikon
  • Tiada Paraben
  • Tiada Ujian ke atas Haiwan

Bagi set Anti Hyper Pigmentation ni terdapat dua langkah yang perlu diikuti dan kalau korang perasan pada setiap botol dilabelkan dengan nombor 1 dan 2 dan ianya merupakan program rawatan selama sebulan. 2 Step Multi-Action Ampoules System ini telah diformulasikan dengan bahan aktif DN Age Technology yang sangat efektif. Kombinasi yang kuat ini dapat menembusi jauh ke dalam lapisan kulit untuk memerangi bintik-bintik gelap yang agak teruk, mengekalkan kelembapan dan menggalakkan pembaharuan kulit supaya kulit kelihatan lebih sihat dan baik

Langkah 1 - Renewal Hydra Complex
Renewal Hydra Complex adalah botol label 1. Bagi set ini, kalau korang nak tahu ada dua botol label 1. Setiap botol digunakan hanya 2 minggu sahaja dan diteruskan dengan botol kedua. Jadi 2 botol tu cukup untuk penggunaan selama sebulan.

Cara penggunaan - Hanya titiskan ekstrak ampoules ke tapak tangan dan sapu pada muka sehingga Renewal Hydra Complex ni serap pada kulit. Setelah itu, korang boleh teruskan dengan langkah kedua.

Langkah 2 - Supreme Anti-Spots Complex
Supreme Anti-Spots Complex adalah botol label 2. Digunakan selepas Renewal Hydra Complex

Cara Penggunaan - Hanya titiskan Supreme Anti-Spots Complex ke tapak tangan dan sapu pada muka secara ke atas

Masa korang apply Supreme Anti-Spots Complex ni, memang akan nampak oily tapi sebenarnya tak pun. Malah lebih cepat absorb ke dalam kulit kita. Memang best la set rangkaian Intensive Ampoules ni.

Safi Expert Solution Bio Skin Moisturiser Anti Photo Ageing Lines

Rangkaian Safi Expert Solution Mampu Mengurangkan Bintik Hitam Seawal 2 Minggu
Satu lagi produk rangkaian Safi Expert Solution ialah Bio Skin Moisturiser Anti Photo Ageing Lines. Hat ni kinah suka sangat sebab bau dia wangi dan kulit rasa lebih lembap. Sesiapa selalu buat aktiviti outdoor, korang wajib sapu Anti Photo Ageing Lines ni supaya kulit kita dilindungi daripada sinaran uv, radikal bebas dan pencemaran.

Kalau korang nak tahu, Bio Skin Moisturiser Anti Photo Ageing Lines ni merupakan pelembap yang tidak berminyak. Ianya diformulasi dengan Liquid Crystal Technology yang mana ianya  dapat meningkatkan proses penyerapan Amino Peptides yang berfungsi untuk memberi penghidaratan yang terbaik dan menguatkan kulit. Ujian klinikal juga telah dijalankan dan mendapati 
Rangkaian Safi Expert Solution Mampu Mengurangkan Bintik Hitam Seawal 2 Minggu
Setiap kali nak keluar rumah, tak kira la nak ke pasar, ke shopping mall ke, kinah wajib sapu Anti Photo Ageing Lines ni.

Cara nak gunanya pun mudah saja, selepas muka dibersihkan, apply  Anti Photo Ageing Lines ke muka dan buat urutan secara membulat seperti gambar yang kinah lampirkan di bawah. Ala mudah je.
Rangkaian Safi Expert Solution Mampu Mengurangkan Bintik Hitam Seawal 2 Minggu
Hampir seminggu kinah guna rangkaian Safi Expert Solution. Korang boleh tengok perbezaan sebelum dan selepas kinah guna. Gambar selepas tu kinah tak guna sebarang makeup tau.
Untuk pengetahuan korang, kesemua produk Safi Expert Solution ni masih belum berada di pasaran tau. Jadi, kalau korang nak cuba korang kena selalu update yang terkini di

Facebook

Instagram

BACA JUGA DI SINI
💥Safi Rania Gold Beetox Technology Rangkaian Penjagaan Anti Penuaan
💥 Safi Fair Beauty Menyerlahkan Keyakinan, Kecerahan dan Ceria Dengan Hanya 8 Manfaat


12 comments:

  1. bestnyaa... packaging pun lawa.. teringin lah nak guna.. dekat drugstore dah ada ke?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Belum ada dipasaran lagi awak. Kena selalu tengok update terkini dari SAFI

      Delete
  2. pastikan suci dan boleh pakai tanpa alkaohol nak solat pun boleh .Tak batalkan solat..

    ReplyDelete
  3. safi ada product br lg..tk prasan lg yg produk br ni

    ReplyDelete
  4. bagusnya...muka kita ni pun da start ada bintik2 hitam kat area atas mulut...adoiii

    ReplyDelete
  5. Kecik2 cabai melaka ni, terbaik guna produk #safi ni kan kinah...

    ReplyDelete
  6. Belum masuk watsons n guardian lgi kn produk safi terbaru ni . Rasa mcm nk cuba la

    ReplyDelete
  7. makin cantik dan muda la adik kita ni nanti..kak liez suka no 2.
    bau wangi dan tidak melekit..

    ReplyDelete
  8. haritu nmpk cik nor share yg ni..kemain floles hasil dia selepas guna...kina pun sama gak...ni pengaruh suh k.fiezz guna gak ke ni..hehe

    ReplyDelete
  9. safi memang menjadi pilihan hati..harga pun berpatutan...nanti nak cuba yang nilah..

    ReplyDelete