Breaking

Tuesday, 30 April 2019

Pelayaran Tasik Sementara Menunggu Berbuka Puasa Tarikan Terbaharu Bukit Merah Laketown Resort 2019

Pelayaran Tasik Sementara Menunggu Berbuka Puasa Tarikan Terbaharu Bukit Merah Laketown Resort 2019 | Bulan Ramadhan bakal menjengah beberapa hari saja lagi dan semestinya korang tengah survey dan mencari tempat yang best untuk berbuka puasa bersama keluarga nanti kan. Ni kinah nak kongsi dengan korang satu tempat menarik untuk korang berbuka puasa bersama keluarga ataupun sahabat handai.  Apa yang menariknya bila berbuka di sini, korang berpeluang menaiki bot mengelilingi tasik sementara menunggu waktu berbuka menerusi pakej bufet berbuka puasa sempena Ramadhan pada tahun ini dengan tema "Gerbang Iftar Nusantara". Menarikkan?? Peluang ni hanya di Bukit Merah Laketown Resort saja tau.
Pelayaran Tasik Sementara Menunggu Berbuka Puasa Tarikan Terbaharu Bukit Merah Laketown Resort 2019
Apa yang menarik dengan sajian bagi bufet pada tahun ni, sajian yang bertemakan citarasa masakan nusantara dengan campuran beberapa menu ketimuran seperti nasi mendi dan kabsah turut menjadi daya penarik apabila berbuka puasa di sini sewaktu menjamah juadah di kala senja berlatarkan pemandangan Tasik Bukit Merah yang terbentang seluas 7000 ekar.
Pelayaran Tasik Sementara Menunggu Berbuka Puasa Tarikan Terbaharu Bukit Merah Laketown Resort 2019
Nasi Mendi dan Kabsah
Kambing bakar yang menjadi antara menu "wajib" tatkala berbuka di hotel turut dihidangkan selain ayam golek dan beberapa lagi menu santapan nusantara seperti kari kambing berkentang, bawal hitam goreng berempah, sambal sotong, rendang daging, daging tetel masak mamak, gulai udang dengan pisang muda dan banyak lagi la.
Pelayaran Tasik Sementara Menunggu Berbuka Puasa Tarikan Terbaharu Bukit Merah Laketown Resort 2019
Antara Menu Wajib Di Bufet Bukit Merah Laketown Resort
Selain itu, beberapa gerai yang dihias cantik memudahkan pengunjung memilih juadah kesukaan selain menjadi penyeri di bahagian ruamg legar menghadap tasik berhampiran Le Lac Cafe, disulami dengan alunan muzik akustik yang hanya dimainkan pada setiap hari Rabu, Jumaat serta hujung minggu.

Menurut Eksekutif Chef BMLR, Noorul Qamar Mohd  Noor, berkata sebanyak lima set menu yang bakal bersilih ganti mengikut hari disajikan pada tahun ini meliputi sehingga 50 jenis hidangan termasuk sajian makanan barat seperti Spaghetti, bebola daging, pai shepred, pasta fusili bakar, serta makaroni ayam tumis dengan sos keju beserta tomato.
Pelayaran Tasik Sementara Menunggu Berbuka Puasa Tarikan Terbaharu Bukit Merah Laketown Resort 2019
Pelayaran Tasik Sementara Menunggu Berbuka Puasa Tarikan Terbaharu Bukit Merah Laketown Resort 2019
Pelayaran Tasik Sementara Menunggu Berbuka Puasa Tarikan Terbaharu Bukit Merah Laketown Resort 2019
Hidangan lain seperti laksa Sarawak, roti john, murtabak, kambing, serta ayam cincang Bamia, sup berempah serta cendawan, ikan kembung serta pari bakar, mi udang, roti prata, bubur nasi, dan cucur bergoreng turut disediakan.
Pelayaran Tasik Sementara Menunggu Berbuka Puasa Tarikan Terbaharu Bukit Merah Laketown Resort 2019
Pelayaran Tasik Sementara Menunggu Berbuka Puasa Tarikan Terbaharu Bukit Merah Laketown Resort 2019
Pelayaran Tasik Sementara Menunggu Berbuka Puasa Tarikan Terbaharu Bukit Merah Laketown Resort 2019
Pelayaran Tasik Sementara Menunggu Berbuka Puasa Tarikan Terbaharu Bukit Merah Laketown Resort 2019
Pencuci mulut tidak terkecuali dengan pelbagai jenis kerabu, salad dan ulam-ulaman turut menjadikan juadah berbuka puasa di sini lebih meriah.

Menu yang bersilih ganti pada setiap hari bertujuan meraikan kepelbagaian citarasa pengunjung di mana mereka dapat menempah pada hari tertentu yang bertepatan dengan menu kesukaan mereka sepertimana dihebahkan melalui siaran edaran seperti flyers, banner, media sosial dan sebagainya.

Pelayaran Tasik Sementara Menunggu Berbuka Puasa Tarikan Terbaharu Bukit Merah Laketown Resort 2019 

Dengan kadar RM45.00 bagi dewasa serta RM35.00 untuk kanak-kanak, warga emas dan Orang Kurang Upaya (OKU). Semestinya para pengunjung berpuas hati dengan segala menu yang disediakan ditambah pula dengan perkhidmatan pelayaran tasik menaiki bot secara percuma bagi 60 penumpang terawal sahaja pada setiap hari melalui dua sesi pelayaran masing-masing pada jam 6.15pm dan 6.45pm.

Bagaimanapun, perkihidmatan pelayaran tasik itu bergantung kepada paras air Tasik Bukit Merah yang menjadi nadi pengairan bagi daerah Kerian serta sebahagian daerah Larut Matang dan Selama memandangkan bot hanya boleh bergerak apabila paras air berada paras tertentu.

Bagi yang ingin menghidupkan malam di bulan Ramadhan, usah bimbang kerana solat tarawih secara berjemaah juga akan didirikan di surau yang terletak tidak jauh dari lokasi bufet.

Sementara itu, promosi istimewa turut ditawarkan untuk pembelian awal pada harga serendah RM35.00 bagi dewasa dan RM25.00 bagi kanak-kanak, warga emas serta orang Kurang Upaya (OKU) untuk pembelian yang telah pun bermula dari 1 April hingga 30 April ni.

Bagi yang ingin menginap, pakej penginapan juga ditawarkan pada harga serendah RM105.00 untuk bilik biasa di  Laketown Hotel dan RM175.00 untuk bilik studio Kampung Air bermula 6 hingga 31 Mei 2019 dengan disertakan bersama baucer bufet berbuka puasa untuk seorang.

Untuk sebarang tempahan dan pertanyaan, hubungi 05-89088884 atau boleh layari website http://www.bukitmerahresort.com.my


18 comments:

  1. Banyak jugak pilihan makanan yang diaorang sediakan. Menarik pulak tu. Yang paling menarik mestilah kambing bakar tu kan.

    ReplyDelete
  2. Kambing golek dia tuu ya Allahhhhh. Mana mana buffet Ramadhan pun sekarang macam wajib ada kambing golek tu kan.

    ReplyDelete
  3. Buka puasa yang sangat banyak makanan dan harga murah best giler tapi tu lah cuma jauh sikit jer hehehe kat KL Ni tak puasa lagi nak pergi wakakakakak..

    ReplyDelete
  4. wahhhhhh! Harga bufet ramadan dengan bilik tu murah okay! Seronok spend time dengan family naik bot dulu sementara menunggu waktu berbukakan. Bestnya :D

    ReplyDelete
  5. nampak best betul berbuka puasa dekat sini. hidangan yang ditawarkan nampak lazat dan sedap. jadi terliur pulak bila tengok gambar2 nie. harga pon berpatutan, nanti bolehlah abwa family berbuka puasa di sini

    ReplyDelete
  6. Ouh memang special kan boleh belayar kat atas tasik sebelum berbuka puasa. :)

    ReplyDelete
  7. menarik betul. sementara nak tunggu masuk waktu berbuka puasa elok jugak pusing tasik tu, boleh tenangkan hati & hirup udara segar. lepas tu apa lagi, masa untuk makan la. sedapnya buffet ramadan kat sini. harga pun berpatutan

    ReplyDelete
  8. Menariknya Nasi Mendi tu... terliur tengok penuh lauk diatasnya , sedap tu.. Pakej Buffet Nusantara Bukit Merah Resort ni memang manarik sangatlah...kalau dekat dah booking awal-awal he he he..

    ReplyDelete
  9. Eh murah juga buffet Ramadan kat sini. Harga rm45 je kan. Drive pun 45 minit je dari rumah nak ke sini.

    ReplyDelete
  10. Eh eh murah jugak harga buffet kat sini ye Kinah. RM45 je.. Berbaloi dengan pelbagai menu makanan yang dihidangka . Bestnya Kinah dapat rasa makanan kat sana.

    ReplyDelete
  11. Wow... Harga under bajet! Suasana best, tempat best, nampak food semua menyelerakan. Menarik ni bawak family berbuka puasa kat sini. Pasti jadi Satu kenangan yg terindah

    ReplyDelete
  12. alamak ada lagi ke promo early bird price tu murahlah RM35 tu bagi iols dengan dpt naik bot dan makanan pun banyak..nti nak suggest lah kat tok laki berbuka kat sini

    ReplyDelete
  13. Pwegh nasi mendi.. Nampak sedp tu.. Murah juga harga dia.. Makan tepi tasik.. Alahaii bestnyaaa.. Makana pun pelbagai.. Ade maska live lagi.. Makan panas2 sedap. Juga ye

    ReplyDelete
  14. lamanya ta ke Bukit Merah Laketown Resort ni. dah berapa tahun rasanya tak jejak kaki ke sini. Menarik sangat tu buffet ramadan dia. sangat murah early bird tu.

    ReplyDelete
  15. Best jugak sesekali berbuka dlm suasana baru. Sementara nk tunggu berbuka boleh ronda2 gan bot. Menarik gak kalau gi gan family ni. Kalau ada masa mmg nk gi tapi bulan puasa ni aktiviti padat pulak nk gi jejauh

    ReplyDelete
  16. tak sampai lagi ke sini.. menarik juadah yang disediakan..

    ReplyDelete
  17. Pernah pergi ke Bukit Merah masa remaja. Sekarang siap ada buffet ramadan lagi.

    ReplyDelete