Muka Lebih Lembap dan Bersih Selepas Menggunakan ALOE AC Clean Bubble Cleanser

Muka Lebih Lembap dan Bersih Selepas Menggunakan ALOE AC Clean Bubble Cleanser  | Bila tengok kawan-kawan mencuba Aloe AC Clean Bubble Cleanser keluaran Hansaegee Nature, kinah pun teruja nak mencuba juga. Mana la tau boleh dapat kulit cantik macam orang Korea hihi. Baru-baru ni kulit muka kinah macam ada problem sikit dan kebetulan Aloe AC Clean Bubble Cleanser baru je sampai rumah, kinah pun terus la rasmi bubble cleanser ni, tak menyabor orang Perak kata hahaha

Muka Lebih Lembap dan Bersih Selepas Menggunakan ALOE AC Clean Bubble Cleanser  

Muka Lebih Lembap dan Bersih Selepas Menggunakan ALOE AC Clean Bubble Cleanser

Baru-baru ni kinah ada buat facial di sebuah spa, dan menurut pakar, kulit kinah sebenarnya adalah kulit sensitif. Walaupun kulit muka kinah ni didiagnos kulit sensitif, Aloe AC Clean Bubble Cleanser ni sesuai juga digunakan oleh mereka yang mengalami kulit yang sensitif macam kinah.

Pernah tak korang dengar Hansaegee Nature? Hansaegee Nature merupakan produk keluaran sebuah syarikat kecantikan dari Korea dan untuk pengetahuan semua, jenama ni telah lama bertapak di Malaysia sejak 6 tahun yang lepas. Kiranya dah lama jugak ada di Malaysia ni kan. 

Kenapa Aloe AC Clean Bubble Cleanser by Hansaegee Nature Menjadi Pilihan

Sepertimana kinah bagitahu pada awal tadi, kesemua produk dari Hansaegee Nature adalah 100% made in Korea dan semestinya ianya bebas daripada bahan-bahan yang berbahaya kerana bubble cleanser ni diekstrak daripada 10 tumbuhan semulajadi. 
Muka Lebih Lembap dan Bersih Selepas Menggunakan ALOE AC Clean Bubble Cleanser
Antara bahan utama yang digunakan untuk menghasilkan Aloe AC Clean Bubble Cleanser ialah Aloe Vera dan juga Tea Tree Oil. Semua orang tahu akan khasiat Aloe Vera yang mampu merawat kulit bermasalah seperti kinah. Antara khasiat Aloe Vera ialah mengecilkan pori-pori di muka, membasmi jerawat, melembapkan kulit serta melegakan kulit akibat sunburn.

Tea Tree Oil pula berperanan sebagai mencegah dan mengurangkan kesan parut jerawat dimuka. Nampaknya kombinasi kedua-dua bahan ini  di dalam Aloe AC Clean Bubble sedikit sebanyak dapat membantu mengurangkan masalah yang ada di muka kita. 

Tekstur Aloe AC Clean Bubble Cleanser dan Cara Pembungkusan

Muka Lebih Lembap dan Bersih Selepas Menggunakan ALOE AC Clean Bubble Cleanser
Kinah suka dengan tekstur bubble cleanser ni. Tekan je akan keluar bubble yang banyak dan baunya pun wangi dan tak kuat sangat baunya, soft soft gitu je. Ada sesetengah cleanser baunya sangat kuat dan menusuk hidung, tapi yang ni tak.  

Serius cakap, semasa kinah terima Aloe AC Clean Bubble Cleanser ni, ianya dibalut dengan bubble wrap yang tebal. Jadi, korang tak payahla risau sangat, takut pecah ke apa dan dijamin selamat sampai ke tangan korang tanpa sebarang cacat. Kalau cacat pun kotak je la yang kemek sikit hehe.

Cara Penggunaan

Muka Lebih Lembap dan Bersih Selepas Menggunakan ALOE AC Clean Bubble Cleanser
Cara nak guna bubble cleanser ni pun mudah je. Basahkan muka dan tapak tangan korang, kemudian pam Aloe Vera Ac Clean Bubble Cleanser ke tapak tangan yang basah tu. Kemudian korang sapu ratakan bubble cleanser tu pada muka dan urut perlahan-lahan selama beberapa minit. Kalau korang nak tahu, makin lama buih semakin banyak bila kulit tu basah. Setelah beberapa minit korang boleh bilas dengan air suam.

Pengalaman Selepas Menggunakan  Aloe AC Clean Bubble Cleanser

Muka Lebih Lembap dan Bersih Selepas Menggunakan ALOE AC Clean Bubble Cleanser
Alhamdulillah selepas beberapa minggu kinah menggunakannya, kinah sangat berpuas hati dengan kesannya. Kulit muka lebih bersih dan lebih lembap berbanding dulu. Nak kata jerawat takde langsung nampak sangat tipunya. Ada juga jerawat tapi, jerawat tu hanya mampu timbul dalam 2 ke 3 hari je lepastu jerawat tu kering.

Kulit kinah ni sensitif, jadi setakat ni memang takde masalah bila menggunakan Aloe AC Clean Bubble Cleanser ni. Kesan merah-merah pun takde. Jadi, memang Bubble Cleanser dari Hansaegee Nature ni memang serasi dengan kulit kinah ni.

Harga Aloe AC Clean Bubble Cleanser

Harga bagi Aloe AC Clean Bubble Cleanser ialah RM65.00 (150ml) sebotol. Satu botol ni tahan lama jugak. So sangat berbaloi dengan harganya tu.

Korang yang berminat nak membeli dan untuk dapatkan lebih info mengenai Aloe AC Clean Bubble Cleanser yang best ni bolehlah lawati

Post a Comment

7 Comments

  1. inshaAllah sesiapa nak cuba boleh try ni. tq kinah for review,

    ReplyDelete
  2. Makin comel la kinah..hihihi

    ReplyDelete
  3. Brand ni ade Serum tak? Macam best je tengok


    Jemput blogwalking ke blog saya :)

    ReplyDelete
  4. wah.. bertambah comel dan sweet lah kinah..

    ReplyDelete