Monday, 29 April 2019

The Beauty Expert Academy Spa Paling Best Di Cheras

The Beauty Expert Academy Spa Paling Best Di Cheras | Orang perempuan ni bab nak cantik, laju je kan. Kinah pun nak jugak nak cantik hehe. Bila dapat tahu ada spa muslimah di Cheras terus je kinah booking untuk buat facial kat sana. Sekali sekala kan nak ber"me time" dan suami pun bagi green light dan anak pun dia yang jaga. Ahhh heaven nya rasa. Sesekali kan. Lagipun kinah ni tak pernah lagi nak pergi ber facial bagai, muka pun dah berkerak dengan sel kulit mati ni ha.
The Beauty Expert Academy Spa Paling Best Di Cheras, spa muslimah area kajang, facial murah di Cheras
Bersama Puan Mass pemilik SPA
Sampai je ke spa ni, kinah disambut mesra oleh therapist dan Puan Mastura selaku pemilik The Beauty Expert Academy. Sementara menunggu therapist buat persediaan, kita minum dulu, kemudian kinah pusing-pusing sekitar spa ni. Tengoklah dekorasi spa ni, sangat simple dan tak terlalu padat. Aromanya hmm wangi dengan muzik yang menenangkan aishhh tak tau nak cakap macam mana. So, sesiapa yang tinggal berdekatan dengan spa muslimah terbaik di Alam Damai Cheras ni, korang kena datang jugak ke sini untuk buat treatment.
The Beauty Expert Academy Spa Paling Best Di Cheras, spa muslimah area kajang, facial murah di Cheras
Di The Beauty Expert Academy menawarkan pelbagai servis kepada para pelanggannya dan apa yang pasti harganya sangat berpatutan. Antara servis yang ditawarkan di sini ialah
  • Facial Treatment
  • Body Shower
  • Body Treatment
  • Lady Boss treatment
  • Massage Treatment
  • Postnatal Treatment
  • Bridal SPA Package
  • Exclusive SPA Package
  • SPA Theraphy Class
  • SPA Beauty Class
The Beauty Expert Academy Spa Paling Best Di Cheras, spa muslimah area kajang, facial murah di Cheras
The Beauty ExpertAcademy Spa Paling Best Di Cheras
The Beauty Expert Spa Paling Best Di Cheras, spa muslimah area kajang, facial murah di Cheras
The Beauty Expert Academy Spa Paling Best Di Cheras
The Beauty Expert Academy Spa Paling Best Di Cheras, spa muslimah area kajang, facial murah di Cheras
The Beauty Expert Academy Spa Paling Best Di Cheras
Dalam banyak-banyak servis yang ditawarkan, kinah memilih Magnetic Mask Treatment. Kalau korang nak tahu, treatment ni sekarang hanya available di The Beauty Expert Academy saja tau. Spa lain tak buat lagi treatment ni.

Mengapa Magnetic Mask Treatment ni Menjadi Pilihan 

Untuk pengetahuan semua, rawatan magnetic mask ni sangat lembut dan sesuai untuk semua jenis kulit. Ramuan masker ni dirumus secara khusus untuk membuang kotoran dan radikal bebas pada kulit muka kita. Kinah ni berminat nak mencuba sesuatu yang baru sebab tu kinah pilih magnetic mask ni dan kalau korang nak tahu bila buat treatment ni memang tak rasa sakit langsung. Bila kena tarik dengan magnet tu rasa macam geli-geli sikit. Walaupun rasa geli-geli tetap rasa relaks je.

Walaupun baru je pertama kali buat treatment dah nampak sikit muka lebih cerah berbanding sebelum buat treatment ni acece perasan betul. Nak muka lebih cerah sebelum raya nampaknya kena buat lagi ni heheh tapi nak buat treatment lain pulak.


Pengalaman Kinah Buat Magnetic Mask Treatment

Sebelum magnetic mask treatment dimulakan, muka kita akan di bersihkan terlebih dahulu dengan menggunakan cleansing milk. Selepas muka kita dah bersih dari segala mekap, skrub muka akan dilakukan untuk menyingkirkan segala sel-sel kulit mati di muka dengan menggunakan skrub diamond. Masa terapist tengah skrub muka kinah, feeling habis la. Masa ni mata pun  mula nak layu. 

Selepas habis sesi skrub dan dibersihkan. Muka kita akan di wapkan selama 15 minit kalau tak silap. Tujuannya untuk membuka liang pori kita. Bila liang pori dah terbuka, mudahlah kerja therapist untuk mengeluarkan segala whitehead dan blackhead yang dah bersarang di muka kita. Memang diorang cari sungguh blackhead dan whitehead di muka kinah ni.

Settle je operasi menyingkirkan whitehead dan blackhead, therapist akan membuat urutan di  bahagian muka, bahu, dan kepala. Masa ni hilang segala lenguh-lenguh dibahu dan sakit kepala. Memang relaks sangat seperti di awang-awaangan cewahhhh.
The Beauty Expert Academy Spa Paling Best Di Cheras, spa muslimah area kajang, facial murah di Cheras
The Beauty Expert Academy Spa Paling Best Di Cheras
Kini, tibalah saat yang kita nantikan, mask akan disapu di keseluruhan wajah kita. Sejuk je rasa muka ni. Sementara itu, mata kita pula akan dipakaikan dengan eye mask dan lip mask serta hot stone diletakkan di bahagian leher kita. Mask tersebut akan dibiarkan lebih kurang 10 minit. Masa ni, kinah sempat lelap sekejap sebab rasa terbuai dengan muzik yang menenangkan.

Cukup 10 minit dah, therapist akan memulakan menarik mask dengan menggunakan magnet. Korang nampak tak, haaa kalau nak tahu bila buat treatment ni segala kotoran di liang pori akan ditarik keluar, pori-pori pun makin kecil dan paling best sekali muka rasa tegang dan semakin glowing.
The Beauty Expert Academy Spa Paling Best Di Cheras, spa muslimah area kajang, facial murah di Cheras
Lebih kurang macam ni la. Maaf ye tak sempat nak pegang phone masa tu
Selesai saja treatment ni, wajah kita akan disapu dengan krim dan therapist akan apply foundation di wajah kita sebaik saja tamat treatment, korang tak payah dah nak susah susah nak touch up muka.

Kelebihan Magnetic Mask

  • Menanggalkan bendasing pada liang pori muka
  • Mencerahkan kulit
  • Mengurangkan kedutan pada wajah
  • Mengecilkan pori-pori muka
  • Membaiki cas-cas tenaga pada muka
  • Melembutkan kulit muka
  • Merangsang pengaliran darah pada muka dengan lebih baik
  • Melawan garis-garis penuaan pada wajah


Review Kinah Selepas Buat Magnetic Mask Treatment

The Beauty Expert Academy Spa Paling Best Di Cheras, spa muslimah area kajang, facial murah di Cheras
Muka selepas buat treatment
Selepas kinah buat treatment ni, kinah rasa ada perubahan sikit. Kulit muka kinah lebih glowing, rasa tegang dan paling ketara kinah nampak liang pori dah makin mengecil. Seronok sangat bila nampak perubahan ni. Layanan Puan Mas dan therapist lain pun tiptop. Pada sesiapa yang berminat nak buat facial ke, massage ke jangan lupa dengan spa paling best di Cheras ni. Kinah  pun nanti ada plan nak buat treatment lain pulak nanti hehehe.

Oh ye, korang yang free dan tak tahu nak buat apa, Puan Mass juga turut mengadakan kelas mekap, kelas buat sabun homemade dan pelbagai lagi. Korang kalau nak tahu, bila kelas-kelas tersebut akan diadakan, rajin-rajinlah tengok di Instagram untuk mendapatkan lebih info serta pakej yang ditawarkan.

Untuk Maklumat Lanjut

THE BEAUTY EXPERT ACADEMY CHERAS
No 14B Jalan SuaDamai 1/2 
Bandar Tun Hussien
43200 Cheras Selangor

Instagram

No Telefon
013-2576447

8 comments:

  1. Flawlessnyaaa ♡
    Saya alergik haritu makan sotong terlebih pulak. Lepastu naik bintik separuh muka belah kanan je dgn belakang tengkuk. Stressnyaaaa. Ada tips tak nak baik cepat ?

    Jemput blogwalking ke blog saya :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hai Qomar..

      Alahai kesiannya awak. Hmm tips nak cepat baik ye🤔. Buat masa ni cuba elak makanan yang akan memudaratkan lagi keadaan seperti telur atau ayam dan perbanyakkan makan sayur dan buah-buahan untuk mempercepatkan proses penyembuhan. Moga awak cepat sembuh Qomar.

      Delete
  2. Wah! Dekat sangat dah. Saya sendiri duduk bandar tun hussein onn tapi tak tahu ada spa ni berdekatan. Kena try sekali nanti.

    ReplyDelete
  3. Wahh nampak berseri wajah Kinah :)

    ReplyDelete
  4. nampak kulit muka kinah fresh jer. bwst laa

    ReplyDelete
  5. Memang nampak kesannya lepas buat treatment. Untung dpt jumpe kak mas sekali yer..

    ReplyDelete
  6. seronoknya buat spa.. lama tak buat.. menarik pula tawaran rawatan dia..

    ReplyDelete