Breaking

Monday, 9 September 2019

Malam Ni Episod Akhir Drama Hilang Yang Kembali

Tamat je drama Kerana Dia Manusia Biasa, drama Hilang yang kembali akan menghiasi slot Samarinda di TV3 pada pukul 10.00 malam. Episod 1 tu kinah tak berapa nak "go" dengan drama ni. Tapi entah macam mana, tiba-tiba terlayan juga dengan jalan cerita Hilang yang Kembali ni sampailah ke hari ni.

Malam Ni Episod  Akhir Drama Hilang Yang Kembali 

Drama Hilang yang Kembali, sinopsis hilang yang kembali, pelakon hilang yang kembali
Terlayan Pulak Drama Hilang Yang Kembali di TV3
Pandai penulis skrip ni, dia mengajak kita berfikir apa sebenarnya yang terjadi dengan Danial, mengapa Farra tak nak buat ujian DNA ke atas Danial, mengapa Razif ragu-ragu dengan Danial yang baru kembali ke pangkuan keluarga. Apa kaitan si Ibrahim dengan Razif. Hmm semuanya bermain di dalam kepala. Guess what, yop yang tak berapa nak layan drama pun layan sekali kahkah. 

Kalau korang tengok episod sebelum ni, Farra dah confess kenapa dia tak nak buat ujian DNA tu. Rupanya Danial bukanlah anak kandung Razif, tapi anak Ikmal. Patutlah Sally marah sangat. Menjadi tanda tanya sekarang ni betul ke itu Danial sebenar? Atau dia bukan Danial, tapi Radin.  Danial sebenar dah meninggal dunia. Ni skrip kinah sendiri la ye hahah. Tak sabar nak tunggu episod seterusnya malam ni. Hmmm

JUDUL : HILANG YANG KEMBALI
EPISOD : 12 episod
TARIKH TAYANGAN : 20 Ogos 2019
WAKTU SIARAN :  Isnin-Khamis, 10:00 malam
SIARAN TV : Slot Samarinda TV3
PENGARAH : Amor Rizan
PRODUKSI : Padi Pictures Sdn Bhd
PELAKON : Aqasha, Emelda Rosemila, Azhan Rani, Taufiq Hanafi, Zamarul Hisham, Nafiz Muaz, Elisya Sandha, Arill Fesol, Zarina Zainoordin, Kazar Abd Razak, Damia Qaissara, Adam, Syed Irfan, Nur Auni Zahra, Ameer Imran

WATAK PELAKON
Aqasha sebagai Razif
Emelda Rosemila sebagai Fara
Azhan Rani sebagai Tuan Ismail
Nafiz Muaz sebagai Danial
Zamarul Hisham sebagai Ikmal
Arill Fesol sebagai Danish
Kazar Abd Razak sebagai Che Jan
Elisya Sandha sebagai Alisa
Damia Qaissara sebagai Bunga
Adam sebagai Danial
Syed Irfan sebagai  Danish
Nur Auni Zahra sebagai Alisa
Ameer Imran sebagai Randi
Taufiq Hanafi sebagai Berahim

LAGU TEMA / OST 
Amzeeq - Hilang Yang Kembali

SINOPSIS HILANG YANG KEMBALI
Mengisahkan konflik keluarga kerana kehilangan anak. Sepuluh tahun yang lalu, Fara dan suaminya Razif bercuti di sebuah pulau bersama anak mereka Daniel yang ketika itu berusia 9 tahun dan Danish, 8 tahun. Malang tidak berbau, Danial hilang tanpa dapat dikesan.

Puas mereka mencari Daniel tapi Danial tidak juga ditemui. Razif membuat keputusan dan meminta Fara membawa Danish supaya pulang ke Kuala Lumpur dahulu. Pada mulanya, Fara berkeras tetapi akhirnya dia pulang setelah Razif berjanji akan mencari Danial dan tidak akan pulang ke Kuala Lumpur tanpa anak mereka.

Sebulan kemudian, Fara yang menanti penuh harapan kecewa apabila akhirnya Razif pulang jugag tetapi tanpa Danial. Kehilangan Danial memberi tamparan dalam perhubungan Fara dan Razif. Fara seolah berdendan dengan Razif kerana tidak mengotakan janjinya. Apatah lagi campur tangan saudara mara dan Puan Salmah, ibu Razif, membuatkan Fara bertambah tertekan. Jauh di sudut hati, Fara tidak pernah putus harapan dan yakin Danial akan dapat ditemui juga nanti.

Suatu hari, Fara dan Razif dikunjungi oleh seorang pemuda yang memberitahu dia adalah Danial, anak mereka yang hilang dahulu. Fara ragu-ragu pada mulanya, tetapi apabila Danial menunjukkan kesan parut di tangannya, Fara yakin pemuda itu adalah anaknya. Danial menceritakan bagaimana dia hilang serta menunjukkan gelang yang sama seperti yang pernah Danial pakai sebelum dia hilang. Fara bertambah yakin bahawa Danial itu anaknya setelah melihat parut di tangan Danial.

Namun Razif pula curiga dan hatinya kuat mengatakan bahawa pemuda itu bukan anak kandungnya. Siapakah sebenarnya pemuda itu? Adakah benar dia adalah Danial atau sebaliknya?

1 comment:

  1. Wow.. baca sinopsis dia macam best.. Sha tak tengok drama ini..

    ReplyDelete