Kolaborasi Jenama Tudung SofeaRose x Maya Karin Memartabatkan Perjuangan Pahlawan Wanita Tun Fatimah

Kolaborasi Jenama Tudung SofeaRose x Maya Karin Memartabatkan Perjuangan Pahlawan Wanita Tun Fatimah | Bersempena sambutan bulan kemerdekaan yang ke 66 tahun pada tahun ini, jenama tudung terkenal iaitu SofeaRose telah berkolaborasi dengan artis terkenal di tanah air kita, Maya Karin bagi menghargai perjuangan dan kebolehan pahlawan wanita iaitu Tun Fatimah dengan tema "Dua Zaman, Satu Jiwa".

Kolaborasi Jenama Tudung SofeaRose x Maya Karin Memartabatkan Perjuangan Pahlawan Wanita Tun Fatimah

Kolaborasi Jenama Tudung SofeaRose x Maya Karin Memartabatkan Perjuangan Pahlawan Wanita Tun Fatimah 

Jika ditanya pada anak kecil pada hari ini, siapakah tokoh tanah melayu yang mereka minat? Pasti jawapannya Mat Kilau. Begitulah impak perfileman tempatan yang telah mengangkat jasa tokoh terdahulu. Namun, di Tanah Melayu bukan sahaja kaya dengan jiwa kepahlawanan dalam kalangan lelaki, tetapi para wanita juga mempunyai wakil yang tersendiri iaitu seorang puteri yang punya sosok berkarisma dengan ilmu pertahanan diri penuh di dada dan bijak dari aspek kempimpinan seperti Tun Fatimah.

Maya Karin sering membawa sosok Tun Fatimah di pentas teater mengakui sangat mengagumi keperibadian dan sahsiah pahlawan wanita itu. 


Koleksi Istimewa Merdeka Srikandi Tun Fatimah 4 Siri Tudung dan 3 Tote Bag 

Koleksi istimewa Merdeka kali ini, Srikandi Tun Fatimah tampil dengan 4 siri tudung yang unik dan menyatukan elemen tradisi dengan sentuhan moden secara harmoni seperti keris, corak batik, kipas tangan, dan lakaran abstrak Elemen-elemen seperti ini menjadi taruhan koleksi Srikandi Tun Fatimah untuk menghidupkan jiwa kepahlawanan melayu tetapi dalam masa yang sama menampakkan keanggunannya dalam setiap rekaan.

Antara 4 koleksi tudung SofeaRose x Maya Karin ialah

1. Carissa Magika 

Kolaborasi Jenama Tudung SofeaRose x Maya Karin Memartabatkan Perjuangan Pahlawan Wanita Tun Fatimah
  • Tudung Jenis Bawal
  • Material : Premium Cotton Voile
  • Terdapat 2 saiz : Bidang 45 & 48
  • Mempunyai elemen tradisional keris sebagai motif utama yang melambangkan kepahlawanan wanita, Tun Fatimah


2. Durra Seroja

Kolaborasi Jenama Tudung SofeaRose x Maya Karin Memartabatkan Perjuangan Pahlawan Wanita Tun Fatimah
  • Tudung Jenis bawal dan shawl
  • Material : Premium Dobby Chiffon
  • Terdapat dalam 2 saiz bagi setiap jenis, Bawal Bidang 45 & 48 ; Shawl 1.8m & 2m
  • Mempunyai seni rekaan batik yang merupakan seni warisan Melayu lama


3. Laneeya Mestika

Kolaborasi Jenama Tudung SofeaRose x Maya Karin Memartabatkan Perjuangan Pahlawan Wanita Tun Fatimah
  • Tudung dalam bentuk bawal dan shawl
  • Material : Tyara Satin CSilk
  • Terdapat dalam 2 saiz bagi setiap jenis, Bawal Bidang 45 & 48 ; Shawl 1.8m & 2m
  • Motif mempunyai seni rekaan kipas tangan tradisional


4. Srikandi Sulam

Kolaborasi Jenama Tudung SofeaRose x Maya Karin Memartabatkan Perjuangan Pahlawan Wanita Tun Fatimah
  • Tudung dalam bentuk bawal & shawl
  • Material : Premium Korean Chiffon
  • Terdapat dalam 2 saiz bagi setiap jenis, Bawal Bidang 45 & 48 ; Shawl 1.8m & 2m
  • Sulaman diinspirasikan dari corak hasil senibina rumah Melayu lama.


5. Tun Fatimah Tote Bag

Kolaborasi Jenama Tudung SofeaRose x Maya Karin Memartabatkan Perjuangan Pahlawan Wanita Tun Fatimah
  • Tersedia dalam 3 rekaan warna yang berbeza
  • Material : Weavy Cotton Canvas
  • Corak rekaan diinspirasikan dari ukiran batik Malaysia

Antara 4 siri koleksi kinah memilih Durra Seroja Dusty Blue sebagai koleksi kinah. Cantik betul design dia, labuh pulak tu. Kain dia pun sejuk je.

Kolaborasi Jenama Tudung SofeaRose x Maya Karin Memartabatkan Perjuangan Pahlawan Wanita Tun Fatimah

Bagi mereka yang ingin mendapatkan koleksi SofeaRose x Maya Karin : Srikandi Tun Fatimah boleh dapatkannya di semua butik SofeaRose atau bagi yang tidak dapat datang ke butik, boleh beli secara dalam talian bermula 1 Ogos 2023 ini. Tapi korang jangan tunggu lama ye, sebabnya koleksi ni adalah terhad tau!!!. 

Meskipun telah hampir 10 tahun dipasaran, SofeaRose tidak pernah berkompromi soal kualiti. Ini menjadikan SofeaRose cukup dikenali sebagai pengeluar hijab yang memperkenalkan bahan Premium Satin Silk terawal dalam industri di Malaysia.

Koleksi edisi terhad ini diharapkan dapat menghimpunkan pencinta fesyen, penggemar seni, dan semua 
rakyat Malaysia untuk meraikan semangat dan kehebatan pahlawan terdahulu sempena sambutan kemerdekaan Malaysia.

Post a Comment

1 Comments