Ketegur Rupanya

Assalamualaikum semua. Agak lama tak jengah blog ni. Baru-baru ni Marzaqah Thahirah demam. Demam yang lama kira-kira seminggu gak la. Kebiasaannya kalau demam biasa dalam 2 ke 3 hari dah sembuh. Tapi si kecik ni dah seminggu tak ke pelik. Sejak demam dia selalu nak bergayut dengan kita tak mau lepas kalau letak dekat tilamnya dia akan merengek. Demamnya akan panas bila menjelang malam bila siang dedor je la.

Tau tak sebenarnya kenapa Marzaqah jadi macamtu? Korang percaya ke tidak makhluk halus? Haa itu sebenarnya yang berlaku pada Marzaqah Thahirah. Dia kena ketegur orang katanya. Selepas puas makan ubat doktor bagi tapi suhunya tetap 37 kadang- kadang 38. Kinah dah agak dah ini akan berlaku. Apa yang jadi pada Marzaqah kinah dah alami masa kinah tingkatan 6. Jangan ingat budak kecik je boleh kena. 

Berbalik cerita Marzaqah kena ketegur, kinah call ayah tanya pakcik yang pernah rawat kinah 9 tahun yang lepas. Alhamdulillah rumahnya dekat dengan rumah mak ayah kinah. Ayah bawakkan kami ke rumah pakcik tu. Bila sampai ke rumah pakcik Syed namanya dia tanya nama penuh anak. Pakcik ni menggunakan kaedah bawang. Setelah dia baca sikit pada bawang yang dibelah dua dipusingkan atas belakang tangan dan tengok bawang tu jatuh macamne. Satu terbuka satu tertutup. Bermakna memang betul Marzaqah kena ganggu jadi bawang tersebut disapu pada setiap sendi. 

Pakcik Syed bertanya rumah yang kami duduki sekarang ni ada masalah ke. Kami suami isteri berpandangan. Sebelum ni tiada apa pun berlaku sehingga sekarang. Tapi semasa raya lepas jiran sebelah pernah beritahu penyewa sebelum ni anaknya selalu menangis. Kami duduk sini dah nak masuk 2 tahun sekarang baru jadi. Bila cerita macamtu rumah ni perlu dipulihkan pakcik Syed bagitau. Jadi dia minta suami beli garam, bawang putih dan lada hitam. Bawang dan biji lada pakcik ada untuk ditabur sekeliling rumah. Setelah dibaca dan dirawat Marzaqah Thahirah, pakcik ternampak Marzaqah Thahirah nak jadi sawan tangis. Allah risaunya. Pakcik kata takpe pakcik buatkan dan minta datang lagi. Benda ni baru je nak jadi. Jadi lepas pakcik rawat kami gerak balik rumah. Gerakla kami dari Ipoh ke Hulu Selangor. 

Pada malam selepas dirawat, nampak perubahan pada Marzaqah. Takde dah merengek dan bergayut macam sebelumni. Tido pun dah semakin lena. Alhamdulillah. Jadi ini adalah satu pengalaman sebagai ibu bapa baru seperti kami. Jadi pada ibu bapa diluar sana jika berlaku sesuatu yang pelik kepada anak anda cepatlah rawat sebelum menjadi lebih parah. 


Post a Comment

0 Comments