Advertisement

Responsive Advertisement

Japanese Village Di Bukit Tinggi

Entri kali ni bersambung dengan sehari di Colmar Tropicale di Bukit Tinggi. Pada mereka yang dari Colmar Tropicale disediakan truck untuk ke sana. Kalau dari Colmar jalan kaki mau terjulur lidah. Jauh tu dengan jalan berbukit lagi. Ada juga yang bawak kereta sendiri ke atas tu tapi bagi kereta yang cc kecil better jangan mau hangit brek nanti.

Lepas sampai di sana untuk ke Japanese Village kita perlu menaiki tangga sebab tu kinah kata mana yang bawak anak kecik tak sesuai bawa stroller sebab di kawasan sekitar terutama nak ke rumah Jepun memang kena naik tangga lagi.

Japanese Village Di Bukit Tinggi

Haa lepas naik tangga kena jalan sikit lagi. Berbukit juga la. Kita yang lama tak excercise ni pancit di tengah jalan hihi.

Japanese Village Di Bukit Tinggi

Lepas jalan berbukit tadi kita akan berjumpa dengan pemandangan ni bersebelahan dengan booth gambar.

Japanese Village Di Bukit Tinggi

Ok kita dah sampai di kawasan Japanese Village. Welcome to Japanese Village.

Japanese Village Di Bukit Tinggi

Ni papan tanda. Sebenarnya kita berada di paras 3500 kaki dari aras laut. Di sini ada kedai cenderamata, Botanical Garden, Japanese Tea House, Rumah Jepun.

Japanese Village Di Bukit Tinggi

Bergambar dekat signboard je la nak turun tangga dah tak larat hehe.

Japanese Village Di Bukit Tinggi

Pemandangan Botanical Garden dari atas.

Japanese Village Di Bukit Tinggi

Ni dekat Rumah Jepun. Di sini kita boleh menyewa pakaian tradisional masyarakat Jepun iaitu Kimono. Disebabkan ramai sangat malas nak mencuba.

Japanese Village Di Bukit Tinggi
Pandangan dari atas Rumah Jepun.

Japanese Village Di Bukit Tinggi


Japanese Village Di Bukit Tinggi
Si bapak dan anak tengah tengok ikan. Nak ke seberang kita boleh jalan atas batu di kolam ni.

Japanese Village Di Bukit Tinggi
Di sebabkan hari dah nak hujan moh le kita balik. Sebenarnya banyak lagi tempat kita boleh lawati disebabkan kekangan masa tak dapatlah meronda semua tempat. Sila abaikan muka orang belakang yang serebeh tu ye.

Keluar je dari kawasan Bukit Tinggi hujan turun mencurah-curah. Nasib cepat turun kalau tak mandi hujan la kita tiga beranak. Ok lah itu je cerita kami di Bukit Tinggi.








Post a Comment

6 Comments

  1. Cantik kan diatas sana, siap boleh bagi makan ikan. hihi

    ReplyDelete
    Replies
    1. Memang cantik. Tapi sayang takleh nak pusing habis. Hari nak hujan

      Delete
  2. wahhhh... wahhhh... bestnya...


    pstttt.. terima kasih sudi join Segmen Nak URL Blog #28. blog ini tersenarai dalam http://www.mialiana.com/2017/02/senarai-url-blog-28.html

    pemenang akan diumumkan pada 28/2/2017

    ReplyDelete
  3. bestnyaaa ������ dahlah sy minat negara Jepun. nanti kalau pegi johor, kena singgah sini ni ��

    ReplyDelete
    Replies
    1. Alamak ni bukit tinggi kat pahang la awak

      Delete
    2. ehhh, alamak!!! camna boleh salah tempat plak dah. malunyaaa

      Delete

m