Rupanya Macam Ni Cara Untuk Cukupkan 8 Gelas Air Pada Bulan Puasa | Air sangat penting dalam kehidupan kita. Cuba bayangkan kalau tiada air, semua tanaman, dan hidupan akan mati. Begitu juga kita sebagai manusia yang memerlukan air untuk kelangsungan hidup. Manusia boleh bertahan tanpa makan tapi jika tiada air, hanya beberapa hari aje kita mampu bertahan. Jadi kita sebagai manusia hargailah air dan jangan membazir dengan sumber itu.

Oh ye dah tak lama dah nak masuk bulan puasa. Pada masa ni, kita tidak minum air untuk tempoh tertentu. Boleh ke kita bertahan tanpa air bagi tempoh tersebut? Sebenarnya boleh. Dengan cara pengambilan air yang betul kita dapat bertahan tanpa air sepanjang hari tau. Adala caranya. Kinah pun baru tahu cara ni. Dulu ikut tekak je, dahaga minum. Sebenarnya cara tu salah. Badan kita memerlukan air dengan secukupnya, jika tidak akan berlaku dehidrasi. Cara nak mengelak berlakunya dehidrasi, kita perlu minum air sebanyak 8 gelas sehari. 8 gelas?? Ye betul 8 gelas sehari dah cukup untuk tubuh kita.
Rupanya Macam Ni Cara Untuk Cukupkan 8 Gelas Air Pada Bulan Puasa
Pada bulan puasa untuk mencukupkan sebanyak 8 gelas sehari ada caranya. Berbeza dengan bulan-bulan lain. Kalau bulan lain bila-bila masa je kita boleh minum. Jadi di sini kinah nak kongsi sikit pada semua bagaimana nak cukupkan 8 gelas pada bulan puasa ni.
Rupanya Macam Ni Cara Untuk Cukupkan 8 Gelas Air Pada Bulan Puasa
Sumber yang kinah dapat ni daripada Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) tau. Seperti yang kita tengok dalam gambar rajah tu, untuk melengkapkan 8 gelas air pada bulan puasa kita mulakan selepas bangun sahur, kemudian selepas sahur. Pastu selepas azan maghrib. Kalau kinah pada masa ni satu gelas tak cukup kot hehe. Satu gelas lagi selepas makan, selepas solat Isyak, selepas solat terawih dan akhir sekali sebelum tidur. Haaa macam mana? Cukup 8 gelas sehari kan. Ok la selamat mencuba dan selamat berpuasa tak lama lagi.