Ayam Brand Kini Dalam Rangkaian Organik

Ayam Brand Kini Dalam Produk Organik| Serius masa terima parcel aritu teruja betul rasanya. Masa pihak kurier hantar, pada masa tu kinah tak ada kat rumah. Lagipun kita tak tahu bila barang akan sampai. Sedar je orang kurier call. Esok hari barulah ambik barang sebelum pergi kenduri. Masa terima tu, woow besarnya parcel huhu. Malam tu baru bukak parcel tu. Siang takdan banyak benor aktivitinya. Tengok dalamnya ada produk Ayam Brand Tuna. Dalam hati ni berbunga riang haha.

Semua orang tahu akan jenama Ayam Brand ni. Produk Ayam Brand telah lama bertapak di Malaysia. Seiring dengan perkembangan zaman semasa, Ayam Brand telah memperkenalkan rangkaian produk organik iaitu bagi mereka yang mementingkan kesihatan. Antara produk Ayam Brand yang baru diperkenalkan ialah Ayam Brand Tuna Flakes in Organic Broth dan juga Ayam Brand Tuna Chunks in Organic Olive Oil. 
Rangkaian Ayam Brand Tuna in Organic
Makanan organik merupakan bahan makanan yang berasal daripada tumbuh-tumbuhan dan haiwan. Antara perbezaan antara makanan organik dan juga makanan yang lain ialah makanan organik diproses tanpa sebarang bahan kimia. Kiranya, ianya bebas daripada sebarang bahan kimia yang berbahaya, perasa, pewarna, MSG dan sebagainya. Orang yang mementingkan kesihatan ni, memang patut mencubanya tau.
Ayam Brand Tuna Flakes in Organic Broth
Ayam Brand Tuna Chunk in Organic Olive Oil
Selain produk Ayam Brand, turut disertakan sebuah buku iaitu An Amazing Anti- Ageing Recipes Food For The Brain. Teruja pulak kinah dapat buku resepi ni. Bila dibelek rupanya produk tuna ni bukan sekadar untuk buat sandwich je tau, ada banyak lagi resepinya. Resepi yang healthy pulak tu. Alhamdulillah syukur rezeki. Tak sabar nak bereksperimen dengan buku resepi tu. Nanti bila kinah dah cuba kinah update yer.

MANA NAK DAPAT AYAM BRAND TUNA IN ORGANIC
Boleh didapati di mana-mana pasar raya di seluruh Malaysia tau. 


Post a Comment

1 Comments