Susu Kambing Karihome| Bila dah jadi mak-mak ni tak sah la kalau tak cerita tentang topik susu, pampers semua. Tapi kali ni kinah cuma nak cerita tentang susu saja. Dewasa ini, kebanyakan ibu-ibu zaman sekarang ni beri susu formula atau shortform nya fm sebagai pengganti susu ibu kepada anak mereka. Hal ini terjadi disebabkan pelbagai faktor. Di pasaran, terdapat pelbagai jenama susu daripada yang murah hinggalah harganya yang agak mahal. Tak semestinya yang mahal anak kita boleh terima dan begitu juga sebaliknya. Walau bagaimana pun semuanya ini bergantung dengan anak kita sama ada serasi atau pun tidak.

Sejujurnya, Thahirah dari kecil lagi minum susu formula. Bukanlah kinah tak cuba nak breastfeed tapi rezeki tidak menyebelahi kami. Takpelah. Thahirah dari kecil lagi dia minum susu Dutch Lady je. Tapi, sejak kinah tahu kebaikan susu kambing, kinah cuba nak tukar susu kambing kepada Thahirah. Kinah pun cubalah susu kambing keluaran tempatan. Masa tu kinah beli dari kawan universiti. Nampaknya, niat nak tukar susu kambing pada Thahirah tak kesampaian. Dia tak nak susu tu. Aduhai tak pasai-pasai kinah yang minum. Nasibla susu tu orang dewasa pun boleh minum. Jadi takla rasa ralat sangat.

Susu Karihome
Walaupun percubaan pertama kinah tak menjadi, kita tak boleh nak give up. Kena juga cuba. Kali ni kinah tekad, nak jugak Thahirah minum susu kambing. Satu hari kinah diperkenalkan dengan susu kambing jenama Karihome. Untuk pengetahuan semua, susu Karihome ni kinah guna untuk langkah 3. Thahirah kan dah 2 tahun. Jadi susu ni ikut tahap ye. Kinah cuba bagi sikit dulu susu tu. Tak sangka Thahirah suka dengan susu Karihome ni. Nampak perubahan tau lepas dia minum susu Karihome ni. Selalunya bila poo poo dalam 2 hari sekali je. Tapi lepas minum hari-hari dia poo poo. Sembelit pun takde. Nampak sangat dia lebih suka susu Karihome daripada jenama yang lain. Memang puas hati sangat la.


Oh ye mesti korang tertanya-tanya kenapa kinah nak tukarkan susu Thahirah. Sebenarnya banyak khasiat susu kambing daripada susu lembu tau. Kalaulah tahu dari dulu, dah lama dah Thahirah minum susu kambing ni. Jom kinah cerita sikit tentang susu kambing Karihome ni.


Nutrisi yang bagus
Kalau semua nak tahu susu kambing sebenarnya mengandungi banyak nukleotida, sialik asid dan taurina secara semula jadi yang penting untuk kesihatan dan kesejahteraan kanak-kanak. Tambahan pula, kandungan phosphopeptides kasien yang tinggi dapat meningkatkan kelarutan dan penyerapan mineral oleh badan mereka.

Lebih mudah untuk dicerna
Susu kambing membentuk dadih susu yang lebih lembut dan boleh dicernakan dengan lebih mudah berbanding dengan susu lembu. Pencernaan susu kambing adalah lebih pantas dan hanya memerlukan satu pertiga masa percernaan susu lembu. Sebab tulah mana-mana anak kecil yang minum susu kambing tak ada masalah sembelit.

Meningkatkan kesihatan perut dan usus
Susu kambing mengelakkan jejasan fungsi halangan saluran perut dan usus. Perkembangan dan pengekalan fungsi halangan saluran perut dan usus membantu dalam mengurangkan risiko sakit perut, muntah dan cirit-birit.

Mengurangkan beban alahan
Ada di antara anak kecil kita, mereka begitu alah dengan susu lembu. Jadi, sebagai alternatif susu kambing adalah pilihan terbaik buat ibu-ibu di luar sana. Susu kambing mengandungi unsur alahan yang rendah. Ramai anak-anak yang mengalami kegatalan dan ruam yang kurang teruk apabila mereka minum susu kambing.

Antara nutrisi yang terdapat dalam susu kambing Karihome

Nucleotides - Molekul DNA yang menyokong perkembangan sistem imun kanak-kanak.

Sialic Acid - Melindungi daripada jangkitan bakteria. 

Casien Phosphopeptides (CPP) - Kumpulan peptide yang boleh meningkatkan kelarutan dan penyerapan mineral seperti kalsium, besi dan zink.

Taurine - Asid amino bebas menyokong perkembangan otak dan fizikal

Susu Kambing Karihome adalah pilihan yang boleh dipercayai dan keselamatan produk KARIHOME dibukti oleh Suruhanjaya Codex Alimentarius, Pihak Berkuasa Keselamatan Makanan Eropah dan Kementerian Kesihatan Malaysia.

Untuk dapatkan maklumat lebih lanjut boleh layari
Instagram: @karihomemalaysia
email: enquiry@karihome.com.my