Uphavit | Supplemen Tambah Selera Makan Anak Dari Klinik Kalau korang perasan anak dara kinah ni badannya alahai keding je. Tapi ibu dia, korang sendiri tau macam mana. Ada je bunyi "mak badan besar, tapi anak keding je". Hmm cuba bagitau ibu mana yang tak risau dengan keadaan anaknya macam tu. Dah macam usaha dah cuba. Makan supplemen, vitamin tapi macam tu jugak la dia. Harapnya bila dah ambil Uphavit | Supplemen Tambah Selera Makan Anak selera makannya pun bertambah.

Uphavit | Supplemen Tambah Selera Makan Anak

Uphavit
Supplemen Tambah Selera Makan Anak Dari Klinik

Semalam bawak dia pergi appointment di KKIA dekat rumah ni. Baru 4 bulan lepas berat naik sekilo, tapi hari ni naik 500g je. Erkkk bila nurse bagitau sikitnya naik berat, mulalah susah hati. Nurse tanya awak dulu memang macam ni jugak ke? Kita sengih je la, yela masa kecik memang keding pun. Lepas kahwin je berat naik mendadak. Lepastu nurse tanya pernah tak dapat supplemen yang klinik bagi? Kinah jawabla tak pernah lagi. 

Supplemen Tambah Selera Makan Anak Dari Klinik
Supplemen Tambah Selera Makan Anak Dari Klinik

Haaa nah dua botol sekali nurse bagi. Stok untuk dua bulan. Bulan November ni ada appointment lagi. Harap tonik klinik bagi ni menjadi la ye. Ada sesiapa anaknya ada masalah macam anak dara kinah ni? Kongsi la ye pengalaman korang tu dan pernah tak dapat supplemen yang nurse bagi ni? Ok ke idak?