Saturday, 21 September 2019

Tempat Menarik Di Pulau Pinang Untuk Dilawati

Tempat Menarik Di Pulau Pinang Untuk Dilawati |  Apa khabar semua? Maaf la ye lama tak update blog ni. Faham-faham je la kekadang tu idea tak ada, kekadang tu mood tak sampai. Haa gitu la selalu. Agaknya dah lama tak pergi bercuti kot. Last pergi bercuti, kami pergi ke Singapore. Hmm ada jugak yop cadangkan nak pergi bercuti lagi, tapi dalam Malaysia je la ye dan dia suruh kinah yang handle dan cari kan tempat untuk kami pergi bercuti. Disebabkan hari ni kerja rumah dah selesai kinah nak share dengan korang plan yang kinah sediakan untuk kami pergi bercuti nanti. 

Hahhhh nak tau kat mana destinasi pilihan kami bercuti nanti?

Of course la Pulau Pinang hehehe..

Tempat Menarik Di Pulau Pinang Untuk Dilawati

Tempat menarik di pulau pinang, tempat menarik di penang, tempat best di penang
Tempat Menarik Di Pulau Pinang Untuk Dilawati
Percutian kami kali ni, yop kata dia tak nak drive. Penat nak drive jauh-jauh katanya. Lagipun setiap kali bercuti, kami selalu drive sendiri je. Tapi kali ni kami nak buat kelainan sikit. Lagipun Thahirah dah besar, saja nak bawak dia naik flight pulak, bagi dia explore dan biasa dengan pengangkutan awam. Lagipun dah lama dah dia mintak nak naik flight. Kinah pun apa lagi, google la kot kot la boleh dapat tiket flight murah. Dah memang rezeki, dapat pulak tiket Air Asia dengan harga murah. Ok hal tiket flight settle.

Disebabkan yop malas nak drive ke KLIA, kami  rancang nak book KLIA transit tickets untuk memudahkan lagi perjalanan kami ke KLIA nanti. Kata nak biasakan Thahirah dengan pengangkutan awam, hah ni lah masanya.

Hal tiket, hal nak ke KLIA semua dah selesai. Cuma nak cari tempat menarik di Pulau Pinang saja. Setelah meng"google", kinah pilih beberapa tempat yang menarik dan sesuai untuk kami bawa Thahirah pergi bercuti. Walaupun kinah pernah ke Penang, tapi tak semua tempat kinah pergi.


Antara Tempat Menarik Di Pulau Pinang Untuk Dilawati


1. BUKIT BENDERA
Tempat menarik di pulau pinang, tempat menarik di penang, tempat best di penang
Tempat Menarik Di Pulau Pinang Untuk Dilawati
Kalau datang ke Penang ni, Bukit Bendera adalah tempat wajib kita lawati. Tak datang ke sini, rasanya tak lengkap la percutian tu. 

Nak tahu kenapa?

Sebabnya Bukit Bendera ni merupakan salah satu ikon terbesar yang ada di Penang selain daripada jambatan Pulau Pinang. Apa yang menariknya bila kita ke sini, kita dapat melihat pemandangan dan juga alam semulajadi dari Bukit Bendera ni tau. Kalau korang nak tahu, Bukit bendera ni terletak di puncak bukit. Nak sampai ke sini, korang kena naik cable car, ada la sedikit bayaran. Syok juga naik cable car dia. Curam tak usah cakap la. So siapa yang gayat tu, digalakkan pergi berteman. Sekurangnya adalah tempat nak berpaut kihkih.

Kinah dulu ke sini pun dengan makcik, tapi kami tak habis pusing pun kat atas tu.  Kali ni, kalau boleh nak explore semua yang ada di sana. Dengarnya kat puncak tu ada Muzium Burung Hantu, Skywalk dan banyak lagi aktiviti yang menarik kat atas tu dan aktivitinya pun bukan la yang ekstrem. Okay la sangat bawak Thahirah ke sini.. 

2. ESCAPE THEME PARK PENANG
Tempat menarik di pulau pinang, tempat menarik di penang, tempat best di penang
Tempat Menarik Di Pulau Pinang Untuk Dilawati
Sesekali nak pergi ke tempat  yang lebih ekstrem kat Penang ni, jadi kinah decide nak ke Escape Theme Park Penang ni. Terdapat banyak aktiviti yang disediakan kat sini. Dengarnya lebih 30 aktiviti yang disediakan dan sesuai untuk semua peringkat umur. Dari kanak-kanak sehinggalah dewasa, yang bujang, pasangan mahupun dah berkeluarga. Ok sangatlah tu.

Untuk aktiviti bagi orang dewasa, Escape Theme Park Penang turut menyediakan outdoor activity seperti kite flyer, abseiling, sling shot dan laluan berhalangan antara pokok. Korang yang pergi bercuti dengan kawan-kawan bolehlah cuba aktiviti ni. Mesti happening. Dari segi aspek keselamatan pula tak perlu risau kerana pihak Escape Theme Park mempunyai peralatan yang mencukupi dan menepati syarat untuk kegunaan para pelancong yang datang. 

Selain aktiviti ekstrem tu, bagi mereka yang berkeluarga macam kinah dan ingin bersuka ria bersama anak-anak, memang sesuai sangat bawak anak-anak main air kat water park di sini. Nampak macam best je. Thahirah kalau nampak ni, mesti dia syok main air. Confirm tak nak balik haha. Tapi kena beringat, dekat water park ni bukan semua sesuai untuk kanak-kanak, ada certain part tu hanya untuk orang dewasa sahaja sebab terlalu ekstrem. Seronok, seronok juga, kita sebagai parents ni kena awasi anak-anak sama. 

3. PANTAI BATU FERRINGHI
Tempat menarik di pulau pinang, tempat menarik di penang, tempat best di penang
Tempat Menarik Di Pulau Pinang Untuk Dilawati
Kawasan pantai Batu Ferringhi ni bagi kinah sangat sesuai untuk semua peringkat umur tak kisah la kanak-kanak, bujang mahupun warga emas. Lama juga tak ke pantai. Dah alang-alang ke Penang ni, nampaknya, kami ke sini la nanti. Selain aktiviti bersama keluarga di tepi pantai, kita juga boleh cuba sukan air yang ada di sini. Kinah tengok banyak juga agensi yang menyediakan pakej-pakej sukan air dan harga yang dikenakan pun berpatutan. Antara sukan air yang ada di sini ialah parasailing, banana boat, jetski dan banyak lagi.

Untuk yang bekeluarga pula, korang boleh bawak anak-anak mandi laut sebab area pantai kat sini sangat luas dan pantai pun bukan jenis yang curam. Landai je. So takda la rasa risau kalau anak-anak nak mandi. Bagi yang pilih Penang untuk berbulan madu, bolehlah cari hotel berdekatan pantai ni. Kinah booking hotel area sini jugak hihi. Boleh layan matahari terbenam bersama yang tersayang, lama kot tak tengok matahari terbenam yang real macam ni kahkah bukannya selalu ye dak.

4. WONDERFOOD MUSEUM PENANG
Tempat menarik di pulau pinang, tempat menarik di penang, tempat best di penang
Tempat Menarik Di Pulau Pinang Untuk Dilawati
Wonderfood Museum ni dah lama dah kinah target nak pergi. Kinah tahu kewujudan muzium ni pun lepas tengok member update pergi ke sana. Bila dah ada peluang nak ke Penang, apa salahnya kita ke sini hehe. So, kalau nak tau info pasal sejarah dan asal usul makanan, korang boleh datang ke sini. Replika yang dorang buat tu pun, nampak real. Ada yang ikut portion dan saiz macam original, ada yang dibuat dalam skala lebih besar untuk bagi korang rasa seronok yang maksima! Memang sesuai sangatlah bawak anak-anak ke sini boleh bergambar dengan pelbagai gaya bersama ikon makanan di Penang seperti laksa penang, teh ais, ABC dan banyak lagi. Hmmm lapar pulak tengok makanan tu kome oiii.

5. MUZIUM PERANG
Tempat menarik di pulau pinang, tempat menarik di penang, tempat best di penang
Tempat Menarik Di Pulau Pinang Untuk Dilawati
Masa sekolah dulu, bila sekolah buat lawatan je kinah excited. Mana taknya antara tentatif lawatan mesti pergi muzium. Cuma muzium perang di Penang je tak pergi lagi. Kalau korang mempunyai semangat patriotik yang tinggi, dah alang-alang sampai ke Penang, diwajibkan masuk ke muzium ni. Sebabnya kalau korang perhatikan bangunan muzium yang ada sekarang ni, ianya dikekalkan struktur binaannya. Cuma ia diperbaiki sedikit bagi memastikan ketahanan bangunan tu lebih lama dan kukuh. 

Apa yang lebih unik lagi, tapak muzium ini merupakan kesan tapak Perang Dunia Kedua yang terbesar di bahagian Asia. Dalam muzium ni jugak boleh nampak kesan-kesan penjajahan Jepun dan British pada zaman dahulu. Tak hairan lah banyak sekolah datang untuk membuat lawatan sekolah di muzium ini. Untuk explore muzium ni, korang boleh ambil masa 2 – 3 jam. Sambil melawat muzium ni, boleh imbau kembali bagaimana keadaan zaman nenek moyang kita semasa dijajah dulu. 

Kinah rasa, cukup la kot 5 tempat yang kinah dah shortlistkan untuk percutian kami nanti. Kalau korang nak tahu lebih banyak lagi tempat menarik yang lain di Pulau Pinang korang boleh tengok di jomjalan.com.

Tak hairan la kenapa Penang menjadi salah satu pusat pelancongan yang pesat dari luar dan dalam negara, rupanya banyak jugak ye tempat yang menarik untuk dilawati di Pulah Pinang ni. Nanti-nantilah bila ada masa lagi, kinah plan lain untuk ke sini lagi dan pastinya masa tu pergi ke tempat yang lain pulak. 

Oh ye, disebabkan haritu kami naik KLIA Transit, balik kali ni kinah terus book airport coach KLIA dari web Traveloka. Memang memudahkan kerja. Lagipun masa tu mesti badan dah letih dan penat memang tak la nak tunggu train bagai. Kiranya nanti, bila kami sampai je kat airport dia dah tunggu siap-siap. Merasa la kejap jadi bos kat belakang tu haha. Masa tu bolehlah rehatkan badan, pejamkan mata sebelum sampai ke rumah. Semoga apa yang kami plan ni berjalan dengan lancar. Bye bye...



22 comments:

  1. Penang ni byk tempat best, tpi everytime pegi mesti macam eh nak pegi mana eh alaa takdak tempat best ke hahaha padahal kalau google byk gilaa

    ReplyDelete
  2. laa dalam banyak-banyak tu baru Bukit Bendera je kita g. adui. banyak rupanya tempat boleh explore lg. lepas kahwin bole la p sana

    ReplyDelete
  3. dalam artikel ni,Yang tahu dan pernah melawat hanya bukit bendera je. banyak rupanya tempat lawatan menarik yang lain yang masih x tahu. lepas ni boleh la pergi melawat lagi.

    So ada alasan lain la untuk plan cuti cuti malaysia next trip,hehe.

    ReplyDelete
  4. Tidak kurang hebat di Padang Kota? Dah pi ka? hehe. Kalau x pi lagi kena pergi lepas ini. Baru best. hehe

    ReplyDelete
  5. banyaknyer tempat menarik dekat penang.lepas ni boleh laa pergi bercuti dekat penang.

    ReplyDelete
  6. cantik jugak pantai batu feringgi ni tapi jarang orang penang sebut2, selalunya bab makan nasi kandaq dekat mana je. Traveloka ni bagus sangat untuk travel, semua ada dalam satu apps

    ReplyDelete
  7. Dah lama tak berjalan ke penang.. bukit bendera tu last pegi masa sekolah rendah kot.. haha.. lama giler x pegi.. memang ada plan nak g penang jugak ni.. thanks kinah share tempat menarik di penang..

    ReplyDelete
  8. Samaaalah baru balik penang ni.. 3 hari 2 malam serious tak cukup nk coverr semua! Akan repeat lg nanti insyaAllah. Thankss for the info!

    ReplyDelete
  9. Bestnye... Penang memang merupakan destinasi percutian yang kami sekeluarga amat minati... Memang banyak tempat yang boleh dikunjungi... Terima kasih atas artikel yang bermaklumat sebegini ya...

    ReplyDelete
  10. ari baru gi 2 hari 2 mlm, weekend hari malaysia ritu, kinah.
    tapi tak ke mana2, just lepak pool dan pantai.
    makan-makan jer.
    hujan. so x kuasa nak bwk anak-anak dlm kehujanan.
    penang kan kaya dgn tempat makan best. tu la yg kami carik :) hi hi hi hi
    gi lepak juga kat pantai batu feringgi.

    ReplyDelete
  11. banyak betul tempat2 menarik di Penang ye.makanan kat sana pon sedap2..baca entry kinah ni buat saya teringin nak bercuti ke Penang jugak.

    ReplyDelete
  12. Bukit bendera tu memang best pergi. Last pergi 2016. Pergi dengan husband dan anak. Cantik tengok view dari atas tu

    ReplyDelete
  13. beberapa dah pergi dan ada juga yang belum sempat terjah. artikel ni kena kongsi dengan sis gee ni. dia nak ke penang nov nanti. mesti bermanfaat untuk dia dan yang lain.

    ReplyDelete
  14. wah, banyak nya tempat menarik kat Penang. Lama sangat dah tak pergi Penang. Lepas ni boleh plan elok-elok. Thanks sharing

    ReplyDelete
  15. Bestnyaaaa semua tempat yg kinah list kan. Bulan 10 in shaa Allah bakal ke Penang. Harap sempat pergi semua tempat ni. Tq share

    ReplyDelete
  16. Last Ruby pergi penang masa penghujung tahun 2017, sekali sambut besday anak 31 dec. Hehe.

    Ruby pergi yang no 1 dgn 3 tu. Lepas tu kita makan, ronda². Hehe

    Bukit bendera best. Sejuk je duk atas tu,

    Pantai lak cantikkk.

    Rindu nk ke Penang lagi

    ReplyDelete
  17. list atas ni dah pernah pg bukit bendera je. yang lain belum jejak lagi.

    ReplyDelete
  18. Baru balik Penang beberapa bulan yg lepas. Semuanya tempat yg menarik & saya pernah pergi. War Museum je saya tak pernah-pernah lagi pergi. Thanks share info!

    ReplyDelete
  19. Daripada 3 tempat ni, 1 ja yg saya penah pi. Batu feringgi tu. Yg lain tu belum lgi. Walaupun rumah parent dekat ja dgn penang, pastu study pulak kt penang 5 tahun dulu. Malu pulak x sempat jejak tmpat2 ni haha.

    ReplyDelete
  20. bestnya tempat2 kat sini...tak pernah terjah lagi selalu kalau turun penang pergi cari makanan dia jer hehehehe

    ReplyDelete
  21. Escape Theme Park Penang tu nampak best.. Kalau bawa anak-anak mesti seronok..

    ReplyDelete
  22. kena masuk bucket list laa ni..walaupun dah pernah pergi penang, tapi tak sampai lagi tempat2 ni..huhu

    ReplyDelete