Review Novel Tingkat 15 by Ami Amira

Review Novel Tingkat 15 by Ami Amira | Dah lama kinah tak share mengenai buku yang kinah baca. Lagi-lagi novel ni ada kaitan dengan rumah flat. Lama betul kinah peram buku ni. Masa duduk rumah flat tak berani lagi nak baca, sejak dah pindah, baru la berani hehe. Kali ni kinah nak share mengenai novel Tingkat 15 by Ami Amira. Disebabkan dah bosan dengan genre cinta, kinah beralih ke genre seram pulak kihkih. Sesekali tukar angin huhu. Ada ada je kan kinah ni...

Sinopsis  Novel Tingkat 15

Review Novel Tingkat 15 by Ami Amira
Novel Tingkat 15

Tingkat 15 ni mengisahkan seorang lelaki bernama Hafeez yang mula diganggu sejak dia pulang ke rumah selepas jam 12.00 tengah malam. Bermula dari situ lah Hafeez sering dihantui satu mesej yang mahukan Hafeez membebaskan sesuatu yang terkurung di tingkat 15.

Disebabkan gangguan tersebut, Hafeez bertekad untuk menyiasat punca gangguan tersebut. Setiap kali dia cuba ke tingkat 15, pasti ada yang menghalangnya namun Hafeez tak berputus asa. Baginya sampai bila penduduk flat tu nak hidup dalam ketakutan. Kekuatan Hafeez untuk siasat punca gangguan ditambah dengan kedatangan Yana dan ayahnya, Johari. Kedatangan mereka ke Flat Tingkat 15 mempunyai satu tujuan iaitu mencari sahabat baik Yana, Hafira yang telah 7 tahun menghilang tanpa khabar berita. Terakhir Yana terima berita mengenai Hafira, Hafira tinggal di Flat Tingkat 15.

Puas Hafeez dan Yana mencari Hafira dari tingkat ke tingkat tapi tetap tak jumpa. Apabila tanya jiran berdekatan mengenai Hafira, masing-masing tidak tahu. Ke mana Hafira menghilang?

Tapi, apa kaitan kehilangan Hafira dan jelmaan yang sering mengganggu Hafeez tu ye? Haaa kalau korang nak tahu cerita sebenar kena beli satu novel ni sebabnya semua jawapan tu ada di dalam novel ni dan paling mengejutkan, orang yang paling dipercayai di flat tersebut ada kaitan dengan semua yang terjadi ni.

Review Kinah mengenai Novel Flat Tingkat 15

Review Novel Tingkat 15 by Ami Amira

Sejujurnya, bila baca novel ni ada sedikit ketakutan terutamanya pada waktu malam bila baca sendirian. Penulis bijak mengatur jalan penceritaan sehingga membuat pembaca lebih teruja nak tahu apa sebenarnya yang berlaku dan banyak bab flashback bagaimana terjadi dan apa yang berlaku sebenarnya.

Ditambah pula dengan peristiwa yang pernah berlaku pada teman Hafeez suatu ketika dahulu menjadikan cerita ni lebih menarik. Kalau novel ni di pilih untuk diadaptasi ke drama, kinah setuju sangat. Sebab banyak pengajaran yang kita boleh dapat daripada novel ni antaranya, kita ni hidup bermasyarakat perlu peka dengan keadaan persekitaran kejiranan kita. Sebagai contoh, kita dah lama tak nampak jiran kita keluar masuk dari rumah, apa lah salahnya jenguk sekejap, sakit ke jiran tu, pengsan ke. Bukannya nak busy body ke apa, tapi bila dah jadi macam kes Hafira menghilang, sampai 7 tahun kot sanggup ke korang bila tahu akan hakikat yang berlaku?

Pengajaran yang kedua ialah jangan mengamalkan ilmu hitam untuk kepentingan peribadi. Dah terang terangan dah ilmu hitam ni syirik. Silap haribulan boleh makan diri. Sebaiknya minta saja pertolongan daripada Allah, insyaAllah, Allah pasti akan makbulkan permintaan kita sama ada cepat atau lambat.

Pengajaran yang ketiga ialah semangat setiakawan antara Yana dan Hafira.  Bukan mudah ye kita nak dapat betul-betul seorang kawan setia yang boleh sama susah dan senang. Walaupun dah lama tak berjumpa dengan Hafira hampir 7 tahun, Yana yakin dan tetap dengan pendiriannya untuk mencari sahabat baiknya itu walau hakikatnya teman baiknya itu telah tiada.

Hmmm korang bila baca sinopsis serba sedikit ni mesti korang rasa teruja nak baca kan. Selamat membaca ye

Post a Comment

2 Comments

  1. ala nak carila buku ni.. mcm best dan menarik pula jalan cerita dia

    ReplyDelete
  2. yea baca sikit ni pun dah rasa excited nak baca keseluruhan novel. tapi sis penakut..acane tu..riso sat gi baca terbayang2 pulak..udah lah sis duk flat jugak..haha

    ReplyDelete