Cabaran 30 Hari Minum Hydrolyzed Collagen Drink Jeanc

Cabaran Minum Hydrolyzed Collagen Drink Jeanc Selama 30 Hari | Masih ingat lagi tak kinah pernah cerita pasal minuman kolagen Jeanc sebelum ni?. Mungkin ada yang ketinggalan, tapi takpe korang boleh baca post tu nanti. Kali ni kinah nak share pengalaman kinah selama 30 hari mengamalkan minuman kolagen Jeanc ni. Nak tahu sama ada minuman kolagen ni ok ke tidak pada kinah, korang boleh baca pengalaman kinah sepanjang menyahut cabaran minum Hydrolyzed Collagen Drink Jeanc Selama 30 Hari.

Minuman kolagen malaysia, Collagen terbaik, jeanc collagen
Cabaran 30 Hari Minum Hydrolyzed Collagen Drink Jeanc


Cabaran Minum Hydrolyzed Collagen Drink Jeanc Selama 30 Hari

Kalau korang dah baca post kinah sebelum ni, korang boleh nampak keadaan kulit muka kinah nampak kusam saja. Parut jerawat tak usah cakap la. Tambah pula usia dah masuk 30 an ni, dah mula nampak garis-garis halus di muka. Disebabkan masalah tu, kinah menyahut cabaran 30 hari minum collagen drink Hydrolyzed collagen Jeanc. 

Baca Juga Di Sini : Minuman Kolagen Malaysia Jeanc

Minuman kolagen malaysia, Collagen terbaik, jeanc collagen
Cabaran 30 Hari Minum Hydrolyzed Collagen Drink Jeanc

Keadaan sebelum kinah amalkan minuman kolagen Malaysia Jeanc, korang boleh tengok betapa kusamnya kulit kinah, tona kulit pun tak sekata, kulit pun nampak kering dan nampak gelap je. Bila tengok muka sendiri dalam cermin, rasa macam ehh betul ke hahah. Teruk sangat rupanya.

Minuman kolagen malaysia, Collagen terbaik, jeanc collagen
Cabaran 30 Hari Minum Hydrolyzed Collagen Drink Jeanc

Gambar yang ni adalah gambar pada hari ke 10. Nak kata ada perubahan, masih awal lagi nak nampak perubahannya, tapi kulit kinah dah mula nampak lembap. Kesan parut jerawat dan parut ketuat sebelum ni masih nampak lagi. Takpe, kita tunggu lagi hasilnya bila genap 30 hari nanti ye.

Minuman kolagen malaysia, Collagen terbaik, jeanc collagen
Cabaran 30 Hari Minum Hydrolyzed Collagen Drink Jeanc

Pada hari ke 20 pula parut jerawat dah mula pudar, kulit pun dah tak kusam seperti sebelumnya. Cuma naik pulak jerawat seketui tu. Tapi takpe la, perubahan hormon barangkali.

Minuman kolagen malaysia, Collagen terbaik, jeanc collagen
Cabaran 30 Hari Minum Hydrolyzed Collagen Drink Jeanc

Pada hari ke 30 pula, kinah memang dah berpuas hati dah. Banyak perbezaan dari hari ke 10 hinggalah ke hari 30 ni. Kulit kinah makin lembap, semakin cerah, jerawat yang seketui naik haritu pun dah mula kecut. Kalau korang nak tahu, masa ni kinah tak pakai apa-apa krim pun ye. Orang putih kata "naked face" huhu.

Selepas menyahut cabaran 30 hari minum hydrolyzed collagen drink Jeanc ni, korang boleh tengok perubahan pada setiap 10 hari. Memang Jeanc sekarang ni kinah amalkan selain penggunaan skincare yang sesuai dengan kulit kinah.

Korang yang nak mencuba minuman kolagen Jeanc ni boleh terus ke laman web yang kinah sertakan di bawah ni. Untuk maklumat lebih lanjut dan rujukan boleh layari laman web https://jeanc.my dan media sosial Facebook dan Instagram



Post a Comment

2 Comments

  1. Waa bagus juga produk nie kan..

    ReplyDelete
  2. Nampak macam bagus product ni..tapi akak x leh dh minum sbb takut masalah kesihatan..sblom ni x jaga tu yg kena hypertension tu...

    ReplyDelete