Monday, 30 December 2019

Kitohana Moist Li Cious Rejim Penjagaan Untuk Semua Jenis Kulit

Kitohana Moist Li Cious Rejim Penjagaan Untuk Semua Jenis Kulit | Ekhm lama rasanya kinah tak cerita pasal skincare kan. Selalu share pasal makan-makan je. Kali ni kita tukar niche beauty pula. Hari ni kinah nak kongsi dengan korang dengan satu jenama skincare yang kinah guna sekarang ni. Dekat sebulan jugak la kinah guna skincare ni. Semakin lama semakin suka dengan produk ni. Nak tahu kenapa kena la baca entri ni sampai habis dulu ye.

Mungkin ada diantara korang yang tak pernah dengar jenama Kitohana ni. Kalau korang nak tahu Kitohana ni diformulasi tanpa mengandungi bahan kimia seperti Parabens, Phthalates, Formaldehyde, Sulfates (termasuk SLS dan SLES), Mineral Oil, Diethanolamine (DEA), Fragrance dan juga haiwan. So, korang jangan la risau sebab produk Kitohana ni dihasilkan daripada bahan-bahan yang selamat dan berkualiti mengikut garis panduan EWG (Environmental Working Group) sebagai guidlines untuk penjagaan kulit yang baik

Kitohana Moist Li Cious Rejim Penjagaan Untuk Semua Jenis Kulit 

Kitohana, kitohana skincare, kitohana skincare review, skincare review, kitohana best skincare, kitohana official
Kitohana Moist Li Cious Rejim Penjagaan Untuk Semua Jenis Kulit 

Untuk pengetahuan semua, Kitohana mempunyai dua siri rangkaian skincare iaitu Moisturizing dan Whitening. Kinah memilih moisturizing sebabnya lately kulit kinah agak kering. Untuk pengetahuan semua, dalam set Moisturizing ni ada 6 item. Dari cleanser hinggalah krim malam iaitu

1. Foaming Cleanser
2. Aqua Essence
3. Day Protector
4. Night Cream
5. Aqua Gel Mask

Kitohana Foaming Cleanser

Kitohana, kitohana skincare, kitohana skincare review, skincare review, kitohana best skincare, kitohana official
Kitohana Foaming Cleanser
Kitohana Foaming Cleanser mengandungi ekstrak Centella, minyak biji delima, aloe vera, allantoin dan asid hyaluronic yang dapat bertindak meningkatkan aktiviti antioksidan, melindungi kulit kita daripada radikal bebas, dapat membantu melegakan masalah kulit, serta menghidrat kulit kita. Formulasi yang unik ini amat sesuai digunakan untuk semua jenis kulit terutamanya mereka yang mempunyai kulit sensitif macam kinah ni.

Sejujurnya, kinah dah mula jatuh hati dengan foaming cleanser kitohana ni. Bila kinah pam dan sapu ke muka, alah alah soft nya bau dia. Pam je buihnya so fluffy dan memang sesuai sangat dengan skin kinah yang sensitif sejak dua menjak ni. Selepas bersihkan muka, rasa lembut, lebih bersih dan segar je kulit muka ni. 

Cara Menggunakan Kitohana Foaming Cleanser
Kitohana, kitohana skincare, kitohana skincare review, skincare review, kitohana best skincare, kitohana official
Cara Guna Kitohana Foaming Cleanser
Mudah je nak guna Kitohana Foaming Cleanser ni, basahkan muka terlebih dahulu, kemudian pam foaming cleanser ke tapak tangan yang basah dan urutkan ke bahagian muka serta leher. Kemudian boleh bilas dengan air. Untuk kesan yang lebih baik, sebelum bilas dengan air, biarkannya selama 3 hingga 5 minit terlebih dahulu. Gunakannya pada setiap pagi dan petang.

Kitohana Aqua Essence

Kitohana, kitohana skincare, kitohana skincare review, skincare review, kitohana best skincare, kitohana official
Kitohana Aqua Essence
Selepas muka dibersihkan dengan Kitohana Foaming Cleanser, step yang kedua ialah kita apply Kitohana Aqua Essence. Kinah suka betul dengan essence ni tau. Kalau korang nak tahu, Kitohana Aqua Essence ni mengandungi asid hyaluronic, serta aloe vera yang dapat mengekalkan kelembapan kulit disamping itu, kandungan aloe vera dapat bertindak menyembuhkan jika ada sebarang masalah kulit. 

Kinah suka dengan aqua essence ni. Tak berminyak dan mudah meresap ke dalam kulit. Baunya pun wangi, sewangi haruman bunga gitu. 

Cara Menggunakan Kitohana Aqua Essence
Kitohana, kitohana skincare, kitohana skincare review, skincare review, kitohana best skincare, kitohana official
Cara Guna Kitohana Aqua Essence
Selepas muka dibersihkan dengan foaming cleanser, titiskan beberapa titik di tapak tangan kemudian ratakan essence tersebut di muka dan leher pada setiap pagi.

Kitohana Day Protector 

Kitohana, kitohana skincare, kitohana skincare review, skincare review, kitohana best skincare, kitohana official
Kitohana Day Protector
Step ketiga selepas menggunakan essence, kulit kita perlu dilindungi daripada sinaran cahaya matahari dengan Kitohana Day Protector. Kalau korang nak tahi, Day Protector ni dapat bertindak sebagai pelembap kulit yang terbaik tau dan bagi kinah Day Protector ni dapat menjadikan kulit kita lebih berseri dan kelihatan lebih muda. In love sangat dengan Day Protector ni tau.

Mengandungi natrium PCA dan juga asid hyaluronik yang berfungsi sebagai pelembap semulajadi. Ekstrak lidah buaya dan ekstrak matricaria pula dapat menenangkan dan menyembuhkan kulit manakala hydroxyacetophenone pula dapat mengurangkan kemerahan dan menyegarkan kulit. Selain itu, Kitohana Day Protector mengandungi minyak biji delima dengan antioksidan untuk melindungi kulit daripada kerosakan akibat UV dan juga penuaan.

Apa yang best dengan Kitohana Day Protector ni, teksturnya warna putih, ringan dan tak melekit langsung bila kita sapu dimuka ni tau. Kekadang bila keluar rumah, cukup gunakan Kitohana Day Protector saja, tak perlu nak berfoundation bagai. Effect day protector pada kulit memang sangat awesome.


Cara Menggunakan Kitohana Day Protector

Kitohana, kitohana skincare, kitohana skincare review, skincare review, kitohana best skincare, kitohana official
Cara Guna Kitohana Day Protector
Gunakan Kitohana Day Protector ni selepas menggunakan essence pada setiap pagi. Hanya sapuan nipis saja sudah memadai.

Kitohana Night Cream

Kitohana, kitohana skincare, kitohana skincare review, skincare review, kitohana best skincare, kitohana official
Kitohana Aqua Night Cream
Nak kesan yang lebih wow, kenalah ada perlindungan pada waktu malam seperti Kitohana Night Cream ni. Apa yang best dengan krim malam Kitohana ni, ianya dapat melembapkan kulit kita dengan lebih mendalam, dapat mengajalkan kulit, mengurangkan kemerahan dan kerengsaan kulit dan mengembalikan keremajaan kulit.

Kandungan seperti Sodium Sodium Hyralurunate dan natrium PCA yang terkandung dalam night cream ni berfungsi untuk melembapkan kulit kita. Manakala vitamin E, menggalakkan penyembuhan kulit kita yang rosak. Sebelum terlupa, dalam kitohana night cream ni ada kolagen jugak tau yang dapat meningkatkan keanjalan kulit, argireline pula dapat mengurangkan kedutan. Dalam krim ini turut mengandungi ekstrak minyak biji delima yang mana ianya kaya dengan antioksidan dan vitamin c yang mampu melawan radikal bebas.

Setiap malam selepas bersihkan muka dengan Kitohana Foaming Cleanser, dan guna essence, kinah tak pernah miss guna Kitohana night cream ni. Bila kita bangun pagi, boleh nampak kulit kita lebih glowing. Best giler.

Cara Menggunakan Kitohana Night Cream
Kitohana, kitohana skincare, kitohana skincare review, skincare review, kitohana best skincare, kitohana official
Cara Guna Kitohana Night Cream
Nak guna Kitohana Night Cream ni mudah aje, hanya sapuan nipis saja sudah memadai selepas kita cuci muka dan pakai essence pada waktu malam.

Kitohana Aqua Gel Mask

Kitohana, kitohana skincare, kitohana skincare review, skincare review, kitohana best skincare, kitohana official
Kitohana Aqua Gel Mask
Selain penggunaan yang basic untuk kulit kita, sesekali kulit muka kita memerlukan treatment. Untuk treatment, kinah hanya gunakan Kitohana Aqua Gel Mask saja pada setiap minggu. Apa yang best dengan gel mask ni, bila kita apply pada muka sejuk je rasa muka ni okeh. Bau dia pun wangi.

Kalau korang nak tahu, gel mask ni mengandungi Asid Hyaluronik, Urea dan Sodium PCA dan Aloe Vera yang boleh mengekalkan kelembapan, menyihatkan, melindungi kulit, menghalang dehidrasi dan mengurangkan garis-garis halus.

Tekstur dia kalau korang nak tahu warna biru jernih, apa yang best dengan kitohana aqua gel mask ni, ianya cepat kering dan tak melekit. Kinah cuma guna aqua gel mask ni bila ada masa lapang.

Cara Menggunakan Kitohana Aqua Gel Mask

Kitohana, kitohana skincare, kitohana skincare review, skincare review, kitohana best skincare, kitohana official
Cara Guna Kitohana Aqua Gel Mask
Cara nak gunakannya mudah saja. Selepas muka dibersihkan, ambil dalam kuantiti yang mencukupi kemudian sapu rata dibahagian muka dan leher. Biarkannya selama 15 hingga 20 minit kemudian bilas dengan air. Mudah kan...


Kitohana O² Bubbly Mask

Kitohana, kitohana skincare, kitohana skincare review, skincare review, kitohana best skincare, kitohana official
Kitohana O² Bubbly Mask
Ada satu lagi produk tambahan dari Kitohana iaitu Kitohana O2 Bubbly Mask, bila guna O² Bubbly Mask ni bila kita pakai ianya akan bertukar menjadi buih oksigen yang halus. Kalau korang nak tahu, mask ini dihasilkan daripada bahan-bahan semulajadi seperti Aleo Vera, asid hyaluronik dan minyak biji delima untuk menjadikan kulit lebih sihat dan berseri.


Cara Menggunakan Kitohana Bubbly Mask

Kitohana, kitohana skincare, kitohana skincare review, skincare review, kitohana best skincare, kitohana official
Cara guna Kitohana O² Bubbly Mask
Sapu kan bubbly mask ni dengan rata di seluruh muka kecuali dibahagian mata dan bibir. Beberapa saat kemudian akan terhasilnya buih-buih halus. Biarkannya selama 5 hingga 10 minit kemudian bilas dengan air bersih.

Pandangan Peribadi Menggunakan Set Kitohana Moist Li Cious

Sejujurnya, kinah dah memang jatuh hati dengan rangkaian Kitohana Moist Li Cious ni. Banyak dah perubahan pada kulit kinah. Kalau dulu, kulit kinah agak kering, kusam tapi sekarang tak lagi ye malah kulit kinah sekarang lebih lembap tau, kinah dah cuba dan berpuas hati dengan hasilnya. Korang kalau nak cuba boleh beli terus di website mereka yang kinah sertakan di bawah. Perlu diingatkan, hasil penggunaan setiap individu adalah berbeza ya.

Website :



5 comments:

  1. Digalakkan untuk ambil 1 set ni la, yea Kinah. Kalau macam nak amik satu je. contoh nak guna cleanser dia je, boleh ke?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Digalakkan untuk ambik satu set ni kak fiez. Tapi kalau nak beli loose item boleh je. Akak boleh di website dia. Best tau kak fiez cleanser dia😍😍

      Delete
  2. Macam best je skincare ni Kinah. Sebab selamat dipakai kan

    ReplyDelete
  3. Menarik....packaging pun nampak exclusive...

    ReplyDelete