Tuesday, 21 January 2020

Nikmati Ayam Geprek Di Kampung Station KL Traders Square

Nikmati Ayam Geprek Di Kampung Station KL Traders Square | Sekali sekala keluar kawasan, bila perut lapar kena la cari tempat untuk makan. Kali ni kami sepakat nak jalan-jalan cari makan di Kuala Lumpur iaitu di Kampung Station KL Traders Square. Dengarnya ada menu menarik di sana. Untuk pengetahuan semua, Restoran Kampung Station ni mula beroperasi pada bulan September yang lepas.

Nikmati Ayam Geprek Di Kampung Station KL Traders Square

Nikmati Ayam Geprek Di Kampung Station KL Traders Square
Nikmati Ayam Geprek Di Kampung Station KL Traders Square
Bila sampai sini, kami teruja nak mencuba menu baru mereka iaitu ayam geprek. Bila korang tengok ayam geprek ni, korang tengok seolah-olah macam ayam penyet. Macam je ayam penyet, tapi di Restoran Kampung Station, ni adalah ayam geprek ye kawan-kawan.

Kinah ada google apa maksud ayam geprek tu. Ayam geprek ni kalau ikut wikipedia ianya berasal dari Yogyakarta, Indonesia yang mana ayam goreng itu dibakar renyah dihancurkan dan dicampurkan dengan sambal yang panas dan juga pedas. Itu dari wikpedia la ye.

Nikmati Ayam Geprek Di Kampung Station KL Traders Square
Nikmati Ayam Geprek Di Kampung Station KL Traders Square
Apa yang best dan kelainan dengan ayam geprek Restoran Kampung Station ni, menurut Puan Seema, ayam ni direbus terlebih dahulu kemudian digoreng dengan rempah rahsia mereka. So, ayam geprek ni memang agak rangup sikit bila dimakan.


Apa yang Istimewanya Ayam Geprek Kampung Station

Nikmati Ayam Geprek Di Kampung Station KL Traders Square
Nikmati Ayam Geprek Di Kampung Station KL Traders Square
Kinah kalau makan macam ni, kinah suka tuang sambal dia atas ayam tu. Biar ayam dan sambalnya rasa sebati. Baru syok makan hehe. Lain orang lain style makannya.

Kalau korang nak tahu, sambalnya tu ada satu bahan rahsia yang membuatkan rasa sambal tu lain dari yang lain iaitu kacang badam. Mesti korang tertanya-tanya, pedas tak sambal dia? Semestinya pedas. Tapi pedas dia masih boleh dibawa bincang lagi hehe. Haaaaa itu istimewanya ayam geprek di Kampung Station KL Traders Square ni. Makan pulak dengan nasi panas, perghhh tak toleh lain dah hehe. Portion ayam dia pun besar, memang puas bila makan. Sampai je rumah menyandar kekenyangan. Alhamdulillah.

Nikmati Ayam Geprek Di Kampung Station KL Traders Square
Nikmati Ayam Geprek Di Kampung Station KL Traders Square
Nikmati Ayam Geprek Di Kampung Station KL Traders Square
Nikmati Ayam Geprek Di Kampung Station KL Traders Square
Selain menu ayam geprek, korang juga boleh mencuba masakan panas, lauk pauk untuk makan tengahari dan pelbagai lagi menu yang korang boleh cuba. InsyaAllah harganya berpatutan.

Nikmati Ayam Geprek Di Kampung Station KL Traders Square
Kalau korang yang tengah mencari ayam geprek, bolehlah mencubanya di Restoran Kampung Station yang beralamat di A-G-41, KL Trader Square, No 99 Jalan Gombak Taman Setapak 53100 Kuala Lumpur.

Untuk Maklumat Lanjut



6 comments:

  1. Bila la boleh ke KL ni..boleh cuba.

    ReplyDelete
  2. Nnt boleh la try makan dekat sini..

    ReplyDelete
  3. tengok sambal ni dah terpesona ni.. macam sedap je.. dekat ni boleh la g cuba nnt

    ReplyDelete
  4. Mmg tgh viral ayam geprek ni. Kat Malaysia semua bende cakap sedap, habisla tros popular. Rs mcm ada 1 kedai di uptown Damansara. Kalau tak silap la.

    ReplyDelete