Drama Titian Takdir Slot Lestari TV3

Drama Titian Takdir Slot Lestari TV3  | Sekarang ni setiap hari Rabu hingga Jumaat , tv tu kinah yang punya haha (gelak jahat) mana taknya kinah dah syok melayan drama Slot Lestary Titian Takdir. Bila dah syok melayan episod pertama terus melarat tengok episod seterusnya. Drama Titian Takdir ni cerita kisah 4 orang adik beradik Latifah, Nazmi, Ayoi dan Aisyah yang kehilangan ibu bapa dan terpaksa tinggal dengan nenek dan ibu saudara mereka, Wan Jah dan Cik Yun. 

Tapi, kehidupan mereka di sana umpama tinggal di neraka. Mereka berempat tidak pernah dilayan dengan baik. Akhirnya mereka berempat terpaksa tinggal di rumah anak yatim. Kehidupan mereka di sana amat bahagia sehinggalah Aisyah diambil oleh Datuk Jufry dan Datin Rina sebagai anak angkat mereka. 

Kalau korang yang tak pernah tengok drama ni, bolehlah buat marathon sebabnya drama ni akan berakhir dalam minggu ni.

Selain jalan ceritanya yang menarik, best pulak dengar lagu ost Titian Takdir ni, Selamanya dari Usop Mentor.

Drama Titian Takdir Slot Lestari TV3

JUDUL : TITIAN TAKDIR
EPISOD : 13 episod
TARIKH TAYANGAN : 9 Januari 2020
WAKTU SIARAN : Rabu-Jumaat, 9:00 malam
SIARAN TV : Slot Lestary TV3
IDEA ASAL : Faizul Yatnor & Rosyam Nor
PENULIS SKRIP : Sharifah Abu Salem
PENGARAH : Nazir Jamaluddin
PRODUKSI : Suhan Movies & Trading
PELAKON : Sweet Qismina, Nadia Brian, Fimie Don, Syazuwan Hassan, Fazren Rafi, Atiq Azman, Bella Dowanna, Dhia Irdina, Habiel Lutfillah, Syamim Razi, Putri Syahadah Nurjannah, Asyiqin Zaed,  Balkisyh Semundur Khan, Zarynn Min, Normah Damanhuri, Mahmud Ali Bashah, Emelda Rosmila, Yumna Ayuna, Melnaie Tan

WATAK PELAKON 
Sweet Qismina sebagai Aishah / Kirana
Nadia Brian sebagai Latifah (Along)
Syazuwan Hassan sebagai Nazmi (Angah)
Fimie Don sebagai Ayoi
Atiq Azman sebagai Eddie
Mahmud Ali Bashah sebagai Datuk Jufri
Emelda Rosmila sebagai Datin Rina
Zarynn Min sebagai Wati
Fazren Rafi sebagai Dr Kamil
Bella Dowanna sebagai Mimi
Putri Syahadah Nurjannah sebagai Along
Syamim Razi sebagai Nazmi
Habiel Lutfillah sebagai Ayoi
Dhia Irdina sebagai Aisyah
Asyiqin Zaed sebagai Izan
 Balkisyh Semundur Khan sebagai Che Yun
Normah Damanhuri sebagai Wan Jah
Melnaie Tan sebagai Yasmeen

LAGU TEMA / OST 
Selamanya - Usop
Ruang Mimpi - Neeta
Teguh Setia - Muna Shahira
Ku Harap - Aqil

SINOPSIS TITIAN TAKDIR
Kisah mengenai empat adik-beradik merempuh kehidupan tanpa ibu bapa. Setelah kematian ibu mereka, empat beradik itu ditempatkan di rumah anak yatim. Along, Ayoi, Nazmi, dan Aisyah tidak dihiraukan neneknya, Wan Jah. Mereka dilayan buruk oleh Wan Jah menyebabkan Salmah melaporkan hal tersebut kepada Jabatan Kebajikan Masyarakat. Di rumah anak yatim itu, Datuk Jufry dan Datin Rina mengambil Aisyah sebagai anak angkat. Ayoi tidak dapat menerima berita itu, lalu betindak untuk melarikan diri. Ayoi meninggal kan sepucuk surat dan mengatakan dia ingin mencari adiknya Aisyah.

Selepas 15 tahun kemudian mereka sudah mempunyai kehidupan sendiri dan Latifah bekerja sambilan di sebuah klinik dan Dr. Kamil menyukainya. Aisyah pula menjadi seorang pelakon yang terkenal dan sudah melupakan adik beradiknya yang dia tersalah anggap mereka membencinya. Nazmi cuba menyatukan kembali adik beradik yang terpisah. Bagaimanalah pengakhiran drama ni? 

Post a Comment

6 Comments

  1. i know non of them. haha nampak tak lama sgt x tgk tv

    ReplyDelete
  2. saya suka juga tengok drama melayu

    ReplyDelete
  3. Assalamualaikum Wrmbth Sis Kinah. Jemput sertai giveaway dengan 17 Hadiah Wang Tunai bernilai RM1000

    Hadiah RM200 (Seorang Pemenang) - 1 x RM200

    Hadiah RM100 (2 Orang Pemenang) - 2 x RM100

    Hadiah RM50 (14 Orang Pemenang) - 14 x RM50

    Tarikh tutup 29 Feb 2020. Klik sini untuk sertai giveaway ini.

    ReplyDelete
  4. Akak x suka plak tgok citer yang ni sebab tak suka sweet qistina tu..hahahaha...ngek kan..

    ReplyDelete
  5. xtengok pun drama ni..orang kata best..

    ReplyDelete
  6. kisah adik beradik.. menarik ini kalau ditonton..

    ReplyDelete