Tuesday, 31 March 2020

Melayan Drama Korea Partners For Justice Sejak PKP Dilaksanakan

Masa zaman universiti dulu, rajin jugak la melayan drama Korea bila cuti hujung minggu. Tapi lepas habis je belajar, drama Korea entah ke mana. Saki baki drama Korea dalam laptop tu sikit demi sikit masuk dalam recyle bin tu. Mungkin pada masa tu faktor umur dah meningkat, dalam bahasa mudah "dah tua dah" sebab tu malas dah nak melayan.

Sejak PKP dilaksanakan sebab musim Covid 19 dah tau nak buat apa, nak layan movie kat astro, asyik ulang cerita yang sama padahal tiap-tiap bulan bayar mahal kot. Nak terminate, yop tak nak. Takpelah dia yang bayar huhu. Nak keluar lepak sembang dengan jiran-jiran waktu petang memang tak dapat dah. 

Satu hari kinah scroll facebook dan terjumpa satu status mengenai satu drama Korea bersiri. Tajuknya Partners For Justice. 
Drama korea, partners for justice, investigation Korea series
Bila baca review ringkas kat facebook tu, tertarik pulak nak tengok. Ceyyy kekonon nak try tengok satu episod, akhirnya terlayan season 1 dari episod 1 sampai episod 32. 

Gigih betul melayan hehe. Serius, memang best, cerita pasal forensik, keadilan, penyiasatan dan macam-macam lagi plot yang best. Paling tak boleh blah, suspek dari kes pertama pada mulanya lepas sebab kekurangan bukti nak dakwa dia. Tapi disebabkan kesilapan dia kali kedua, dia dah mula panas punggung dan mula merancang sesuatu.

Kiranya banyak juga plot dia twist, dah tangkap suspek ni tetiba orang tu tak salah rupanya orang yang konon baik nak bantu rupanya dia sebenarnya pembunuh. Walaupun banyak twist, jalan cerita tersusun dan terbaik.
Drama korea, partners for justice, investigation Korea series
Untuk season 2, baru tengok episod 1. Sambungan dari season 1. Episod seterusnya nanti la tengok sebab nak jimat data internet. Korang pun, kalau dah bosan sangat jomla kita layan drama siri ni. Cari je kat Iflix. 


10 comments:

  1. Hahaha..samalah dengan LeYa juga. Punya lama dah tak tengok drama Korea.. Start semalam layan Viu, scroll punya scroll terus layan drama Korea.

    ReplyDelete
  2. my fav genre yayy nak tgk jugak la

    ReplyDelete
  3. sesuai untuk tontonan umum tak ye? sebab anak-anak ada sekali kan..hmm

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kalau anak-anak nak tengok kena ada pengawasan orang dewasa sebab ada part pembunuhan yang tak berapa sesuai anak-anak kecik tonton.

      Delete
  4. amboi boiiii layan KDrama la ya Kinah

    ReplyDelete
  5. masuk wishlist jap~ hehe kena cari mesra babies cerita la ni.. ^^

    ReplyDelete
  6. haha.. selalu camtu, ingat nak tengok 1 je, sekali habis semua episod di tengoknya

    ReplyDelete
  7. tak sempat nak layan drama bersiri kalau movie cik sue ok la...eheheh

    ReplyDelete