Friday, 24 July 2020

JACK 'n JILL Cream-O Meraikan Rakyat Malaysia yang Ekstra O-Some

JACK 'n JILL Cream-O Meraikan Rakyat Malaysia yang Ekstra O-Some | Bersempena Hari Kebangsaan dan Hari Malaysia yang bakal menjelang tak lama lagi, JACK 'n JIIL Cream-O tidak ketinggalan untuk turut sama memeriahkan sambutan kali ini dengan menzahirkan penghargaan kepada wira dan wirawati negara yang "Ekstra O-Some", siapa lagi kalau bukan pejuang barisan hadapan kita.

JACK 'n JILL Cream-O Meraikan Rakyat Malaysia yang Ekstra O-Some 

JACK 'n JILL Cream-O Meraikan Rakyat Malaysia yang Ekstra O-Some

Sebagai pembuka tirai kepada sambutan ini, JACK 'n JIIL Cream-O telah mengaturkan satu kejutan istimewa untuk barisan penunggang penghantaran yang jasanya tidak ternilai bagi sepanjang tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP). Tugasan harian menghantar makanan kepada pelanggan bertukar menjadi luar biasa bagi 100 penunggang foodpanda. 

Setibanya di lokasi masing-masing, mereka agak terkejut apabila mendapati makanan yang ditempah itu sebenarnya adalah untuk diri mereka sendiri. Lebih manis lagi, penunggang penghantaran ini juga turut menerima kit terima kasih Cream-O 'Ekstra O-Some' yang mengandungi beberapa paket Cream-O yang lazat serta satu set fon kepala bluetooth untuk memudahkan penghantaran mereka agar lebih selamat dan cekap.

Sambutan mengenang jasa Cream-O 'Ekstra O-Some' akan sampai kemuncaknya pada hari Malaysia dengan satu video penghargaan yang dihasilkan melalui kerjasama dengan penyanyi dan pencipta lagu terkemuka Ismail Izzani. Di sepanjang bulan Ogos, JACK 'n JILL Cream-O menyeru semua rakyat Malaysia untuk menyampaikan penghargaan kepada barisan petugas hadapan dengan menghantar gambar diri kreatif bersama nota terima kasih dalam apa jua bahasa.

JACK 'n JILL Cream-O Meraikan Rakyat Malaysia yang Ekstra O-Some
Audrey Lee, Assistant Brand Manager, URC Snack Foods Malaysia Sdn. Bhd menyampaikan kit terima kasih
JACK 'n JILL Cream-O Meraikan Rakyat Malaysia yang Ekstra O-Some
Cream-O meraikan frontliners Food Panda riders dengan kejutan 'Ekstra O-Some'
JACK 'n JILL Cream-O Meraikan Rakyat Malaysia yang Ekstra O-Some

63 karya yang terpilih akan disenarai pendek dan ditampilkan dalam kompilasi video penghargaan yang akan disiarkan pada 16 September 2020 nanti. Kesemua penyertaan yang terpilih akan menerima cenderahati edisi terhad beserta jemputan eksklusif untuk bertemu Ismail Izzani secara dalam talian.

"Sejak beberapa bulan kebelakangan ini, sememangya hebat sekali melihat seluruh rakyat Malaysia menonjolkan semangat kekitaan yang begitu utuh di saat kita mengharungi salah satu cabaran terbesar dalam hidup kita. Pejuang barisan hadapan kita telah memainkan peranan yang sangat penting dan sebagai sebuah syarikat yang telah menjadi sebahagian daripada fabrik Malaysia selama bertahun-tahun, kami diilhamkan oleh dedikasi, pengorbanan dan perkhidmatan mereka. Kempen Cream-O 'Ekstra O-Some' adalah cara kita menzahirkan penghargaan kepada pejuang barisan hadapan kita yang bukan sahaja telah mengabdikan diri, malah pada masa yang sama juga telah mendorong semua rakyat Malaysia dari pelbagai lapisan masyarakat untuk sama-sama meraikan semangat kesepakatan, kasih sayang dan perkongsian. Kami berharap orang ramai akan turut serta bersama  Cream-O untuk mengenang jasa wira-wirawati negara bersempena Hari Kebangsaan dan Hari Malaysia ini." kata Emanuel B. Puno, Naib Presiden Kanan (SVP) URC Snack Foods Indonesia, Malaysia dan Singapura.

JACK 'n JILL Cream-O Meraikan Rakyat Malaysia yang Ekstra O-Some

Biskut Sandwic Cream-O adalah pilihan terbaik untuk 'Menjadikan Kehidupan Seharian Anda O-Some' (Make Everyday O-Some). Padat dengan pelbagai perisa krim yang kaya dan enak, setiap gigitan biskut sandwic Cream-O memberikan rasa hebat dan sekaligus menjadikan hari anda lebih meriah. Bersempena Hari Kebangsaan dan Hari Malaysia, pelanggan-pelanggan di seluruh negara akan menikmati tambahan 15% biskut percuma dalam setiap pek Cream-O 132g dan Cream-O Tart 120g.

Sertai JACK 'n JILL Cream-O dan Zahirkan Penghargaan Anda Kepada Pejuang Barisan Hadapan

JACK 'n JILL Cream-O Meraikan Rakyat Malaysia yang Ekstra O-Some
Rebutlah peluang untuk karya anda dipilih dan ditampilkan dalam kompilasi video penghargaan khas kami dan menangi sesi pertemuan secara dalam talian eksklusif bersama Ismail Izzani, serta memorabilia bertandatangan:

Langkah 1
Beli JACK 'n JILL Cream-O dan/ atau Magic bernilai RM5 dan ke atas dalam satu resit. Tarikh pembelian sah hendaklah di antara 1 Ogos 2020 hingga 31 Ogos 2020.

Langkah 2
Whatsapp resit, <nama>, <no MyKad>, dan gambar anda dengan mesej penghargaan kepada 'frontliners'.

Langkah 3
Jawab soalan dan hantar ke +6011-55001878 : "Pek Promosi Cream-O Percuma 15% terdapat dalam 4 variasi - Ya/Tidak?"

Untuk maklumat lanjut, sila layari https://www.facebook.com/creamomalaysia

5 comments:

  1. bagus ni
    ps bc post ni tetiba rasa macam mau makan biskut oreo pulak hehe

    ReplyDelete
  2. suka gak beli biskut cream o ni Kinah :)

    ReplyDelete
  3. waa suh drg buat kat sabah lg kinah hahaha

    ReplyDelete
  4. Cream-O mmg fav akak dari dulu hingga sekarang...

    ReplyDelete