Melayan Bidadari Kiriman Tuhan Di Astro Ria

Agak lama kinah tak layan drama di Astro. Tapi kali ni, kinah dah terjebak melayan drama baru di channel Astro Ria 104, drama apa lagi kalau bukan Bidadari Kiriman Tuhan lakonan Mira Filzah dan Zul Ariffin.

Siapa sini yang layan drama ni, kita geng.

Sebelum bersalin lagi, kinah dah nampak promo drama ni. Bila dah melepek lama di hospital sampai tak tahu nak buat apa baik layan drama. Mujurlah dah install siap-siap aplikasi Astro Go di telefon. Jadi, mudah la sikit nak tonton cerita apa yang ada di Astro tu.

Bila dah keluar ward, layan kat TV pulak. Baru syok....


Bidadari Kiriman Tuhan

Bidadari Kiriman Tuhan, Sinopsis Bidadari Kiriman Tuhan

Drama Bidadari Kiriman Tuhan ni mengisahkan kehidupan dua beradik kembar seiras Manja dan Manis (lakonan Mira Filzah). Mereka tinggal bersama dengan ibu dan nenek mereka.

Manis ni merupakan guru tabika, manakala si Manja pula menghidap autisme. Manja dan Manis sangatlah akrab sehinggalah Manis telah jatuh cinta dengan seorang guru sekolah rendah, cikgu Yusof. Dalam masa yang sama, Manja juga turut menyimpan perasaan yang sama. 

Manis dan Cikgu Yusof telah sepakat untuk mendirikan rumah tangga. Tapi, kita hanya merancang, Allah yang menentukan semua takdir. Manis telah membuat keputusan untuk berkahwin dengan Ikram, seorang duda anak satu. Pelbagai ujian dan dugaan yang perlu Manis hadapi semasa menjadi isteri Ikram. Cikgu Yusof pulak, masih tak dapat menerima hakikat Manis telah menjadi isteri orang.  Kesian pulak tengoknya.

Kinah yang menonton ni, makin lama makin menyampah dengan si Ikram tu. Dah la tak bekerja, panas baran, suruh pulak si Manis tu bekerja, waktu malam pulak Manis kena berniaga burger. Lepastu takde duit mintak kat Manis. Apa punya suami la. Satu lagi, nampak Ikram ni buat sesuatu yang tak baik pada anaknya si Ayu. Ishhhh apa punya bapak la si Ikram ni. Haruan makan anak. Tak dinafikan ada je dalam dunia realiti ni.

Nak tau apa cerita selanjutnya, kena la tonton Bidadari Kiriman Tuhan pada setiap hari Isnin hingga Khamis pada pukul 10.00 pm di saluran Astro Ria HD 104 atau Astro Ria 124. 

Lagu OST Bidadari Kiriman Tuhan ni pun memang nostalgia sungguh. Lagu Dato' Siti berjudul Wajah Kekasih. Memang layan.


Post a Comment

3 Comments

  1. kenapalah pergi jadi bidadari si ikram..haihh

    ReplyDelete
    Replies
    1. Itulah, kalau dia kawen dengan cikgu yusof tu takde la jadi macam tu. Mujurlah drama haha

      Delete
  2. ammi pun terjebat tengok..tapi kadang-kadang termiss juga. tapi mujur cerita melayu ni kita boleh still catch up balik walaupun tak tgk 2 episod.

    ReplyDelete