Sakit Pinggang, Lutut Semakin Berkurangan Selepas Guna GarciPro

Sakit Pinggang, Lutut Semakin Berkurangan Selepas Guna GarciPro | Masalah sakit di bahagian punggung, pinggang, betis dan pelipat lutut seringkali membelenggu diri ni terutama di malam hari dan pada musim hujan. Kinah sendiri pun tak pasti apa punca kinah kerap sangat sakit dibahagian tersebut. Mungkin disebabkan kinah pernah jatuh tangga beberapa kali semasa di sekolah dulu disebabkan ada kawan tolak dari belakang dan tergelincir disebabkan licin.

Lagipun masa tu, kinah tak pernah buat sebarang pemeriksaan pun sebab fikir "ala jatuh biasa je", padahal jatuh terduduk kot. Masa jatuh tu ada jugak kinah bagitau pada mak, cuma mak pesan lebih berhati-hati sebab kesannya di kemudian hari. Nampaknya apa yang mak bagitau tu ada betulnya sebabnya kinah dah mula terasa kesan sampingan dari jatuh dulu.


Sakit Menjadi Serius Semasa Mengandung Anak Ke Dua

Sakit yang kinah alami menjadi semakin serius semasa kinah mengandungkan anak yang kedua pada tahun lepas. Pada masa tu, Allah saja yang tahu bagaimana peritnya sakit tu. Boleh dikatakan hampir setiap malam kinah susah nak tidur lena, lipat lama sikit je kaki mula la sakit, asal sejuk je memang mendapat la. Sampai satu tahap, kinah menangis sebab sakit sangat. Nak telan ubat tahan sakit, tengah mengandung pulak pada masa tu. 

Tak boleh makan ubat, kinah mintak suami tolong urut pada tempat yang sakit tu, Ya Allah, rasa macam kena toreh dengan pisau sakitnya terutama pada bahagian tepi paha dan pelipat lutut tu. Kinah ingat lepas habis berpantang, semuanya akan ok. Hmm mimpi je la.


Aktiviti Harian Terganggu

Disebabkan selalu sangat sakit di bahagian pinggang, pelipat lutut, dan beberapa bahagian sendi, walaupun dah bersalin banyak aktiviti harian kinah terganggu. Solat pun kena duduk, sebab setiap kali nak rukuk dan duduk tahiyat, perit betul rasanya. Nak pergi ke kedai berhantu yang viral tu pun kena fikir dua tiga kali sebab kena turun naik tangga (hanya sesetengah kedai saja la yang ada). Kekadang tu rasa malu pulak dengan keadaan diri sendiri ni dah macam orang berusia sakitnya.

Pelbagai cara kinah cuba untuk kurangkan sakit, terutama dibahagian pelipat lutut ni, dari sapu minyak angin brand X sampai la berurut tetapi keadaan masih tetap sama. Kalau berkurangan pun cuma sekejap je, kemudian sakit tu akan datang balik. Nak pergi buat pemeriksaan memang tak larat la, sebab appoinment anak yang kedua ni pun masih banyak lagi. Sehinggalah satu hari kinah diperkenalkan dengan gel Garci.Pro oleh kawan kinah yang tahu dengan masalah kinah ni.

Sakit Pinggang, Lutut Semakin Berkurangan Selepas Guna GarciPro

Pada mulanya kinah tak berapa nak percaya yang Garci.Pro ni dapat membantu mengurangkan sakit punggung pinggang, pelipat lutut yang kinah alami ni. Bukannya apa, takut kecewa dan keputusannya sama macam brand lain tapi disebabkan begitu banyak testimoni yang kinah baca dan rekomen daripada kawan, excited pulak nak cuba. Mana la tahu, boleh kurangkan rasa sakit ni. Senang la sikit bila nak solat tarawih nanti.


Selepas Beberapa Hari Guna Gel Garci.Pro

Sakit Pinggang, Lutut Semakin Berkurangan Selepas Guna GarciPro

Selepas kinah sapu gel Garci.Pro dibahagian yang selalu sakit terutama di bahagian pelipat lutut, nampak perubahan dari hari ke hari. Kalau dulu, berdiri lama sikit je, memang lepas tu akan rasa sakit, tapi sejak guna Garci.Pro, dah tak terasa sakit sangat. Setiap kali sebelum nak tidur, kinah akan sapu dulu Garci.Pro dibahagian yang bermasalah, sedapnya rasa berangin dan tidur pun lena je. Sakit dibahagian pinggang dan ke bawah pun semakin berkurangan dah.


Gel Garci.Pro

Dari tadi kinah cerita pasal Garci.Pro, tentu korang nak tahu sangat apa tu Garci.Pro kan. Garci.Pro ialah sejenis gel urutan berasasaskan minyak kayu putih yang dapat membantu proses rawatan rasa kebas dan sakit sendi dari 100% bahan semulajadi dan apa yang penting ianya mempunyai kelulusan daripada KKM (NOT210104156K). Kalau korang nak tahu, gel Garci.Pro ni mudah meresap ke dalam kulit kerana ianya dihasilkan menggunakan teknologi nano. 


Kebaikan dan Manfaat Garci.Pro

Sakit Pinggang, Lutut Semakin Berkurangan Selepas Guna GarciPro

  1. Membantu proses rawatan kebas pada anggota badan kita
  2. Membantu melancarkan proses peredaran darah dan merawat saluran darah tersumbat
  3. Membantu melegakan kekejangan otot
  4. Membantu melegakan proses sakit urat dan sendi
  5. Membantu mengelak risiko strok dan serangan jantung mengejut
  6. Turut membantu melegakan sakit kepala, selsema, sakit perut atau senggugut.

Satu lagi yang best dengan Garci.Pro ni, teksturnya tak berminyak dan tak melekit. Jadi, lepas sapu je tak payah korang susah payah nak ke dapur untuk basuh tangan. Bila kita sapu pada bahagian yang sakit tu, rasa sejuk dan berangin je. Sebab tu bila kinah pakai pada waktu malam, tidur pun lena sebab rasa macam ada yang urut kita. Sedar-sedar je dah subuh hihi.

Barang baik seperti ni, kinah kongsi dengan suami. Sejak dua menjak ni, dia mengadu rasa sengal dibahagian bahu disebabkan dukung anak yang bongsu yang semakin berat tu terlalu lama. Kinah sapu gel Garci.Pro, esoknya dia kata rasa sengal semakin berkurangan tidur pun selesa katanya. Seronok pulak dapat berkongsi kebaikan Garci.Pro ni pada keluarga kecil kinah. InsyaAllah ada rezeki lebih nanti, kinah nak belanja Garci.Pro ni untuk kegunaan mak dan ayah di kampung pula.


Kandungan Yang Digunakan Dalam Garci.Pro

Sedap sangat kongsi kebaikan mengenai Garci.Pro sampai lupa nak bagitau kandungannya. Antara kandungan yang digunakan di dalam gel ni ialah :
  1. Minyak kayu putih
  2. Apple Hijau 
  3. Tea
  4. Minyak Argan
  5. Aloe Vera
  6. Peppermint

Siapa yang Sesuai Amalkan Gel Garci.Pro

Kalau ditanya siapa yang sesuai amalkan gel Garci.Pro ni, semua golongan dan yang mempunyai masalah seperti kinah sebut tu boleh je guna Garci.Pro ni.
  1. Lelaki dan wanita yang mempunyai masalah seperti sakit kebas, saraf, lutut, tumit, strok, dan sebagainya
  2. Ahli sukan yang aktif bersukan

Cara Penggunaan Gel Garci.Pro

Sakit Pinggang, Lutut Semakin Berkurangan Selepas Guna GarciPro

Simple sangat guna gel ni. Hanya picit sedikit gel kemudian sapu pada bahagian yang bermasalah tu sambil urut dengan perlahan. 

Sedikit Tips kinah nak kongsi dengan korang apabila guna gel Garci.Pro :

  • Bagi yang mengalami sakit kebas kurang dari 6 bulan, dinasihatkan guna 3 kali sehari iaitu pada waktu pagi, petang dan malam sebelum tidur.
  • Bagi yang mengalami kebas dan stroke lebih dari setahun, dinasihatkan supaya sapu gel ni 4 jam sekali.

Kinah pun guna tips ni dan alhamdulillah rasa sakit dibahagian pelipat lutut tu dah tak macam dulu. Sakit pinggang dan punggung pun kekadang je tak macam dulu. Nak solat pun dah mudah, tak payah nak duduk dah macam dulu. Lega rasanya dapat solat seperti sedia kala. Lipat kaki lama sikit pun tak jadi masalah. Mudah dan ringan rasanya bila dapat solat tarawih tanpa rasa sakit lagi. Sekarang ni kinah tengah usaha nak konsisten sapu dibahagian lain yang bermasalah pulak, dengarnya gel ni pun boleh membantu pecahkan lemak. Oppss hihi

Sebelum tu, Kinah nak ajak korang tonton video ni mengapa korang kena cuba gel Garci.Pro ni. 



Bagaimana Nak Dapatkan Gel Garci.Pro

Bagi korang yang ada masalah sakit kepala, sakit pinggang, sakit tumit, sakit lutut, sakit sendi, lenguh, kebas tu semua, kinah memang rekomen sangat-sangat dengan korang Garci.Pro ni. 

Lagipun gel ni packing dalam bentuk tiub, jadi mudah sangat untuk korang bawa ke mana saja. Bila rasa nak guna, cuma picit dan sapu, kan mudah tu. Bagi kinah, dengan harga RM90 setiap 100ml untuk satu tiub tu begitu berbaloi berbanding kita telan ubat, tapi kesannya belum tentu baik silap haribulan mudaratkan diri kita pula. Bagi yang berminat untuk dapatkan gel Garci.Pro produk keluaran MISG Global ni dan untuk dapatkan sebarang info dan promosi, boleh layari

Website : garciprohq.com


Post a Comment

4 Comments

  1. Eh kira jimat ni, selain utk sendi ble pakai utk mslh slesma jugaa

    ReplyDelete
    Replies
    1. Haah betul tu. Sejuk berangin je tau. Tidur pun selesa

      Delete
  2. Saya pun dah guna produk ini , memang terbukti berkesan

    ReplyDelete