Beza Permainan Game Zaman Dulu Dengan Game Zaman Sekarang

Beza Permainan Game Zaman Dulu Dengan Game Zaman Sekarang | Siapa kat sini suka main game? Tipu la kata tak suka main game kan. Kalau zaman kinah budak-budak dulu selalu main game yang pakai tape yang ada 200 jenis game lepastu sambung wayar pada tv. Haa main la korang sampai muntah. Siapa ingat lagi game tu? Dulu kalau nak main game klasik tu, kinah kena pergi ke rumah jiran sebelah rumah merangkap pengasuh adik. Masa tu, game tu la paling mahal dan Super Mario antara menjadi favourite kinah pada masa tu.

Lebih kurang macam ni la permainan game yang kinah katakan tu.

Beza Permainan Game Zaman Dulu Dengan Game Zaman Sekarang
Kemudian, musim Brick Game pulak. Alaaa yang pakai bateri dan pelbagai jenis game dalam tu. Paling best kinah suka Tetris yang susun batu bata. Bina bagi tinggi, lepas tu dapat je blok yang menegak tu dapat pulak potong blok yang menggunung tinggi tu, kita dapat banyak point. Puas hati kot.

Beza Permainan Game Zaman Dulu Dengan Game Zaman Sekarang


Lepastu, pak sedara kinah bagi pulak seketul Cyber pet. Dah kerjanya jaga pet saja, bagi makan, tidur bagai. Comel betul benda tu. Lepas habis bateri terus campak. Ngeng betul pada masa tu.

Beza Permainan Game Zaman Dulu Dengan Game Zaman Sekarang

Selepas beberapa tahun, berlaku perubahan dalam bidang teknologi yang mana pada masa tu muncul pulak facebook. Gajet-gajet yang kinah main masa kecik dulu semakin dilupakan. Tapi ada je kinah tengok mainan ni di jual dalam talian lagi. Maknanya, masih ada permintaan lagi cuma tak seperti mula-mula keluar dulu la. Kinah pun dah tak heran dah dengan semua tu lepas kenal game online di facebook. Kinah ni mula gian dan minat main game online bermula dari facebook la. 


Minat Main Game Di Facebook

Dalam facebook tu, selain guna untuk mesej, tambah kawan, ada jugak game sebenarnya. Niat asalnya nak chat dengan kawan je, tak sangka pulak boleh terjebak main game di facebook masa tu. Niat cuma nak mencuba lepas kawan-kawan invite main. Sekali, terus melekat. Walaupun ada je iklan yang menganggu, kita layan je untuk penuhi masa lapang pada hari cuti masa belajar dulu. 

Kalau korang ingat lagi game yang famous pada masa tu "farmville" kalau tak silap la. Kerjanya asyik nak jenguk je ladang tu kot kot la dah berbuah ke, dah boleh "harvest" ke, bila ada masa melawat ladang kawan-kawan lain. Syok layan game tu pada masa tu.

Sekarang ni ada lagi ke tak game macam tu ek. Kalau ada pun, mungkin lain dah kot. Agaknya la, nanti nak cari balik game tu haha.


Selalu Uninstall Game Sebab Memori Penuh

Bila dah habis belajar, masa nak main tu dah mula kurang dah. Sebab fokus nak cari kerja. Tetapi ada jugak masa teringin nak main game, kinah download je game mana yang berkenan lepas dah puas main, kinah terus uninstall sebab memori telefon dah penuh. Haaa itu pada zaman sekarang. Ibu anak dua ni pun kekadang kena jugak main game untuk release stress dan rehat. Kekonon la, padahal tak tau nak buat apa bila suami takde anak pulak tidur. 


Isi Masa Lapang Dengan Main Game

Sekarang ni negara kita tengah lockdown sampai bila pun kinah tak pasti dan mungkin akan bersambung lagi, mungkin la. Ditambah dengan kes harian pun masih pada angka yang membimbangkan, lagi tepu la hakak ni duduk kat rumah meskipun hakak ni suri rumah. Dah biasa berjalan ke sana sini, sekali bila kena duduk rumah, menung je la. Suami kinah pulak frontliner. Kalau dulu, asal petang je, bawak budak-budak ni ambik angin kat luar sambil borak dengan jiran tetangga. Tapi sekarang masing apa-apa hal whatsapp je la.

Nak buat macam mana kan. Ni je cara kita nak putuskan rantaian penyakit tu. Lepas tak tau nak buat apa dah, why not kita try main game pulak la. Kinah pun pergi la godek google kot la ada game online best dan percuma. Kalau korang search, sebenarnya banyak je game tapi ada yang berbayar dan juga banyak iklan. Bab bayar ni yang leceh sikit, lagi pun bukan nak main hari-hari. Scroll punya scroll kinah jumpa satu platform game yang best dan kita tak perlu susah payah nak download sampai penuh memori phone tu dah. Sis happy sangat ni ha nak kongsi dengan korang ni. Nak tau platform game online apa yang best?

Kenalah baca sampai habis hehe.


Platform Game plays.org Menawarkan Game Online Secara Percuma Kepada Peminat Game

Beza Permainan Game Zaman Dulu Dengan Game Zaman Sekarang

Haa ini la dia platfofm game plays.org yang kinah katakan tu. Korang takkan menyesal punya la bila main game kat sini. Paling best, bila main game takde seketul iklan pun yang keluar. Smooth je bila kita main tau tanpa gangguan iklan yang annoying tu. Kira-kira lebih dari 100 game yang ada dan korang boleh pilih mengikut minat korang.

Paling kinah tak sangka, game yang kita selalu main masa kecik dulu seperti pinball pun ada eh. Menggamit memori sungguh. Cuma bezanya kalau dulu game pinball kita boleh main dekat pc je, tapi sekarang bukan kata pc, korang boleh main pada smartphone korang tu tanpa kena download. Syok jugak layan sambil baring tu dan memori phone takde la asyik bagi warning sebab memori dah penuh.

Buat pengetahuan semua, game semua telah disusun mengikut kategori. Jadi, senang la korang nak pilih main game kesukaan korang tu. Team plays.org juga sentiasa menambah bilangan game yang ada, dan korang pun takde la rasa bosan asyik main game yang sama je kan tambah pula masing-masing tengah terkurung kerana lockdown ni.

Beza Permainan Game Zaman Dulu Dengan Game Zaman Sekarang

Satu lagi, game untuk kanak-kanak pun ada juga tau. Sesekali bagi anak main game tak ada salahnya. Nak bawak main kat luar macam dulu-dulu, memang tak dapat la. Mujur ada game online macam ni. Cuma kita sebagai ibu bapa yang perlu pantau semasa mereka bermain sama ada game tersebut sesuai ataupun tidak. Sedikit sebanyak dengan adanya game seperti ni dapat juga mengisi masa lapang dengan permainan yang menguji minda seperti sudoku. Kinah kalau dapat main sudoku ni memang ralit. Mula la ligat nak isi tempat kosong walaupun kekadang kinah sendiri surrender bila ambik yang "advance". Hahaha gatal....

Beza Permainan Game Zaman Dulu Dengan Game Zaman Sekarang

Bila kita bermain permainan sudoku seperti ni sedikit sebanyak mengasah minda kita, sentiasa membuat kita sentiasa berfikir nombor mana yang sepatutnya kita letak pada kotak ni supaya tak clash dengan kotak lain. Memang best tau. Siapa kata game macam ni buang masa haa. At least, takde la berkarat otak kita ni disebabkan lama sangat duduk di rumah.  

Beza Permainan Game Zaman Dulu Dengan Game Zaman Sekarang
Korang yang nak main sudoku boleh klik di Sini

Game sudoku ni kinah lebih suka main dekat phone sebelum nak tidur. Sebab senang nak tengok nombor dan lebih jelas. Kekadang tu sudoku tak siap lagi, mata dah pejam. Sampai ke sudah tak siap sudoku hakak.

Selain game menguji minda, korang juga boleh mencuba permainan simulator pula. Seperti kinah bagitau di atas tadi, game simulator adalah game favourite kinah. Di plays.org, game simulator yang menjadi pilihan kinah semestinya game Tap Supermarket. 

Beza Permainan Game Zaman Dulu Dengan Game Zaman Sekarang

Kalau korang tengok, sebelum ni kinah pernah main, jadi dia bagi kita option sama ada nak teruskan aje atau nak main yang baru. Kinah semestinya pilih continue je.

Beza Permainan Game Zaman Dulu Dengan Game Zaman Sekarang
Klik Sini kalau korang nak main game ni

Memang menggila kinah main game ni. Pada permulaan, kita diberi sejumlah wang untuk memulakan perniagaan. Kemudian dengan wang tersebut, kita boleh gunakan untuk membeli barang untuk kita jual di supermarket kita. Apabila barang dah habis dijual, kita boleh restock barang. Bila kita lambat restock barang, pelanggan kita akan mula marah. Dah macam dalam realiti pulak kan. 

Menarik game ni. Walaupun game simulasi ni simple je, tapi game seperti ni mengajar kita mengurus wang dengan betul, mana yang perlu kita dahulukan mana yang tak perlu boleh dikemudiankan mengikut bajet yang ada. Ralit jugak main game ni dari sikit pelanggan sampai penuh pelanggan dekat supermarket tu. Supermarket ku semakin dikenali.

Macam tak best pulak bila kinah cerita semua game yang ada di plays.org ni. Korang yang tengah cari game online yang best, cari je plays.org, macam-macam jenis game ada dan korang boleh explore semua game tu. Korang pun tak la bosan, anak pun tak bising asyik mintak nak main kat luar je sebab diorang dah ada game diorang yang nak main. Kita pun tak pening dan stress. Selamat bermain game ye kawan-kawan.








Post a Comment

5 Comments

  1. aah..dulu sempat juga main game cafe world dgn farm kat facebook tu

    ReplyDelete
  2. abe kie dulu main galah panjang je. pas tu ada la beberapa lagi permainan tradisioanl. jrg2 la main game guna gajet ni. huhuhuhu...

    ReplyDelete
  3. Bestnya game2 zaman dulu m masih ada lagi simpanan brick game dalam almari CCL, banyak listing game dalam tu

    ReplyDelete
  4. Hahaha,,,, zaman dulu memang seru dan banyak permaian unik. Sekarang, diganti dengan game digital.
    Salam Encik. Saya Blogger Indonesia. Salam sahabat. Saya suka baca artikel dialog malaysia di blog. Lumayan buat belajar bahasa melayu.

    ReplyDelete