Friday, 4 June 2021

Kisah Lulu Nafisah Di Awal Kelahiran

Seperti yang dijanjikan dalam entri yang lepas, kinah akan kongsikan kisah si Lulu Nafisah semasa di awal kelahirannya. Agak lama kinah nak ambil masa untuk tulis ni. Sebab sebelum ni kinah tak berapa kuat nak kongsi dengan korang masalah Lulu.

Kisah Lulu Nafisah Di Awal Kelahiran
Masa awal kelahiran dulu

Bila dapat tahu je mengandung, for sure kita akan ke klinik untuk buat pengesahan sekali bukak buku pink. Pada awal kehamilan, dah menjadi kebiasaan bagi ibu hamil untuk minum air gula untuk mengenal pasti sama ada kita ni ada GDM atau pun tak. Kinah pun tak terkecuali sebab ada sejarah GDM masa mengandungkan si kakak 6 tahun yang sudah. Nak tak nak kena la minum air gula.

Bila dapat tahu result sangkut, macam biasa la kena buat BSP dan kena pergi klinik ibu anak dua minggu sekali plus kita akan dirujuk ke pakar O&G. Pilihan kinah masa tu Hospital Selayang je la.

Sepanjang mengandung, kinah tak pernah masuk ward, atau alami apa-apa masalah. Setakat GDM dan tekanan darah tinggi tu je la. Tapi semua tu terkawal dan sepanjang buat scan, perkembangan baby pun normal dan takde sebarang masalah.


Lulu Nafisah Setelah Dilahirkan

Sebaik saja Lulu dilahirkan dan doktor buat pemeriksaan Lulu dalam keadaan Hypo dan bagi mengelakkan masalah yang lain timbul, Lulu terpaksa dimasukkan ke NICU untuk dipantau dengan lebih rapi di sana. 

Kita sebagai ibu pada masa tu, dapat pegang, peluk cium sekejap sebelum dihantar ke sana. Sayunya hati. Takpela untuk kebaikan dia jugak.

Keesokan harinya, yop bawak kinah melawat Lulu di NICU untuk tengok keadaannya di sana. Doktor kata Lulu nampak semakin ok. Apa apa pun kena tunggu betul-betul ok. Pada masa tu, kinah dah nampak sikit Lulu macam ada tanda-tanda kena jaundis. Pengalaman masa si kakak dulu membuatkan kinah lebih alert pasal hal ni.

Memang seperti yang disangka, Lulu kena jaundis pulak. Mujurlah pada masa tu, Lulu memang dah ada di wad NICU, jadi doktor terus pasangkan lampu biru dibawahnya.

Korang tau je la keadaan baby bila duduk bawah lampu tu macam mana. Hanya pakai pampers, dengan mata tertutup saja tanpa sebarang baju. Semasa duduk bawah lampu biru tu, doktor perasan Lulu bernafas agak laju. Jadi, prosedur biasa bagi doktor akan ambik darah untuk tengok jika ada masalah lain pula.

Selepas keputusan darah keluar, Lulu clear dengan sebarang jangkitan kuman, paru-parunya pun clear. Tapi ada yang membimbangkan para doktor sebenarnya. Setelah didiagnosis, Lulu ada masalah pada jantungnya.

Hati ibu mana yang tegar apabila mendengar keputusan tu dari mulut doktor. Masalah Lulu ni akan dirujuk terus ke Hospital Sedang pula, sebabnya di sana saja ada pakar jantung kanak-kanak. Hospital Selayang hanya ada paedriatik biasa saja dan kekangan peralatan. Sementara tunggu tarikh appointment di Serdang, Lulu masih ditempatkan lagi di NICU untuk pemantauan lebih rapi, di samping doktor masukkannya ubat untuk kuatkan jantung dan perlu sokongan oksigen pada masa tu. Agak lama jugak Lulu di NICU, boleh dikatakan dah jadi rumah kami yang ke dua. Mujurlah kakak pada masa tu dekat rumah mak.

Semasa daycare Lulu, nurse yang menjaga Lulu ada bagitau, jika sampai tarikh appointment Lulu tak discaj, kami akan ke Serdang dengan menaiki ambulans. Aduhhh. Kami hanya mampu berdoa saja.


Lulu Dibenarkan Pulang Ke Rumah

Alhamdulillah, dua minggu Lulu di NICU, Lulu dibenarkan pulang ke rumah. Perasaan pada masa tu, seronok tak terkata. Bau asem si Lulu usah la kata. Di wad, mana ada mandi pun. Walau macam mana sekalipun appointment di Serdang kena pergi jugak ye tapi kena pergi sendiri. Tak perlu naik ambulans. Lega dengar tau, korang faham-faham je la bila naik ambulans ni. Tak sakit boleh sakit jadinya.

Bila dapat discaj tu, macam-macam amanat dari doktor dan nurse sementara tunggu tarikh appointment. Semasa di rumah, kami kena lebih alert dengan keadaan Lulu, bila nampak biru kena terus pergi ke emegency, dan nurse pula ajar cara-cara bagi ubat kuatkan jantung pada Lulu. Agak leceh jugak pada masa tu. Sebab ada ubat lulu jenis yang tablet. Jadi, sebelum bagi pada Lulu kena tumbuk halus dulu. Sepanjang tempoh tersebut, kinah ni dah rupa dukun ubat pulak hahah.

Syukur alhamdulillah, sepanjang Lulu balik ke rumah, tak ada sebarang masalah dan Lulu pun nampak sihat je hinggalah ke tarikh appointment di Serdang.


Pergi Appointment Di Hospital Serdang

Berdebar sebenarnya nak ke sana. Sepanjang perjalanan, tak putus kinah berdoa moga Lulu baik baik aje. Dah la first time ke Serdang, selok beloknya kami pun tak tak tahu. Dengan PKP lagi. Tapi kami redah jer. Parking kereta pun jauh nun di Maeps Serdang. Mujurlah ada shuttle free ke hospital, kalau tak masak le kami, dengan panas terik lagi.

Selepas pendaftaran, kami terus ke Klinik Pediatrik, mujur dekat je dengan kaunter pendaftaran. Selepas diteliti surat lampiran yang Hospital Selayang bekalkan, kami dibenarkan masuk ke dalam dan nama pun dah ada dalam list mereka. Ingatkan pergi ke sini untuk ambil tarikh appointment je, rupanya z

Selepas beberapa lama menunggu giliran, akhirnya nombor giliran kami dipanggil untuk pemeriksaan. Macam biasa, doktor yang in charge akan tanya kita, bagaimana keadaan Lulu semasa di rumah, makan ubat apa? Sejarah kesihatan kita, ehh semua la. Selepas diperiksa, kami diminta untuk menunggu untuk proses seterusnya iaitu scan di bahagian jantung.

Pada masa ni, agak ramai jugak yang menunggu giliran untuk di scan. Hmm rupanya, masih ramai baby yang mengalami masalah jantung. Cuma antara kritikal dan tak saja.

Setelah agak lama menunggu giliran, akhirnya nama Lulu dipanggil. Agak gelap bilik scan tu. MA yang bertugas minta Lulu dibaringkan, tapi ntah macam mana Lulu tak bagi kerjasama pulak. Bila tak bagi kerjasama, agak susah untuk mereka scan dengan tepat. Kami diminta untuk tenangkan lulu di luar. Ehhhh sabor je la dengan si Lulu ni. Bagi susu apa semua pun tak jalan. Seolah-olah dia tau pulak, dia nak kena scan.

Selepas beberapa minit, kami dipanggil masuk semula ke dalam. Pada masa ni, Lulu masih tak beri kerjasama, solution akhir doktor pakar pada masa tu kalau tak silap Dr Tan, ambil alih dan minta MA berkenaan berikan Lulu glucose untuk tenangkannya. Hmm dapat glucose tu, senyap je la makcik tu. Siap pakej renyih. Habis rasa glucose, dia mengamuk, MA tu tembak sikit lagi glucose, baru dia senyap sampai doktor pakar tu habis scan.

Selesai scan, kami diminta tunggu di luar bilik dan tunggu saja nombor giliran dipanggil sekali lagi untuk doktor review hasil scan tersebut. Pada masa tu debornya usah cerita la.


Doktor Diagnosis 3 Masalah Di Jantung

Beberapa minit kemudian, nombor giliran naik. Dan hanya kinah saja dibenarkan masuk bersama Lulu, ayahnya kena tunggu kat luar. Selepas diteliti hasil scan tersebut, doktor jumpa 3 masalah minor pada Lulu. Pertama, masalah jantung tebal. Benda ni berlaku disebabkan si ibu ada kencing manis semasa hamil, kedua, saluran jantung berlubang dan ketiga jantung berlubang. Tapi setelah mendengar penerangan dari doktor, masalah pertama dan kedua tu lambat laun akan jadi normal. Manakala, jantung berlubang tu hanya lubang kecil saja dan tak perlu sebarang pembedahan sebabnya lambat laun akan tutup dengan sendirinya.

Alhamdulillah, satu kelegaan bagi kami bila dengar doktor explain macam tu. Dan pada masa tu, segala ubat-ubatan yang diberikan kepada Lulu semasa di Selayang, doktor suruh off. Tak payah makan dan bertumbuk bagai dah.

Seperti biasa, bagi kes-kes macam ni pastinya akan ada follow up untuk melihat keadaan kesihatan Lulu. Jadi, kami perlu datang lagi ke Serdang 6 bulan lagi. Sementara tunggu appointment di Serdang, di Selayang pun kami perlu follow up untuk monitor lulu sepanjang 6 bulan.


Pergi Follow Up Ke Hospital Serdang

Alhamdulillah pejam celik, dah 6 bulan. Kami sekali lagi berkelana ke Serdang. Nak buat macam mana kan. Macam biasa, semasa scan kali ni, Lulu bagi kerjasama. Sekejap je dah selesai, yang scan pulak DR Tan tu juga. Alhamdulillah. Selepas scan, Lulu perlu buat ECG pula. Alhamdulillah result ECG pun normal.

Selepas siap semuanya, kami dipanggil semula untuk review keputusan scan tersebut. Alhamdulillah, antara 3 masalah yang diberitahu oleh DR Tan tu, 2 masalah minor tu dah normal. Cuma, PDA nya masih belum tutup sepenuhnya. Walaupun begitu, lubangnya pada jantungnya semakin mengecil. Alhamdulillah, syukur sangat bila dengar berita tu.

Dan kami diminta untuk datang sekali lagi dalam tempoh setahun lagi. Lega sangat bila doktor bagitau hal ni.


Lulu Semakin Aktif

Lulu sekarang pun umurnya dah 9 bulan dan semakin aktif dah, kalau tak sebelum ni agak pasif je. Kejap je masa berlalu. Rasa baru je bersalinkan dia. Masa pemeriksaan berkala di KKIA pun doktor bagitau dah tak dengar bunyi lagi dah pada jantungnya. Kalau benar apa yang dikatakan doktor, alhamdulillah. 

Kisah Lulu Nafisah Di Awal Kelahiran
Haa ini lah budaknya


Haaa begitula cerita serba sikit mengenai anak kedua aye tu. Tapi ni bukan sikit ni, dah panjang berjela rasanya. Tapi takpe, sedikit sebanyak bila luah kat sini ada jugak kenangan boleh dibaca kemudian hari.

Pada ibu hamil yang tengah membaca ni, harap sangat korang jaga pemakanan, makan suplemen yang dapat dari nurse tu. Ada sebabnya mengapa nurse, doktor selalu bising pasal jaga makan, berat naik dan macam-macam hal lagi. Kekadang efeknya pada baby kita nanti. Kesian dia tau, kecik lagi nak kena hadapi semua ni.

Okaylah itu je setakat ni ye. Semakin panjang pulak karangan ni.



4 comments:

  1. Alhamdulillah.. sampai hati panggil dak comel ni mak cik yea… moga sihat terus yea Lulu

    ReplyDelete
  2. Jaga anak tu baik baik...kalau ada jodoh boleh kita berbesan..hahah
    ..........
    filem10minit.blogspot.com
    Filem seram pendek

    ReplyDelete
  3. sama macam najla masa lahir tu.. dos kata ada lubang 0.2mm dkt salkur jantung dan dlm masa 2 bulan akan tutup lubang tu.

    ReplyDelete